Sunday, February 28, 2010

Rumah itu Rumah kita- khas buat Ibu Syafiah

(

Bercerita tentang cinta buta
sesepi hati yang kosong
tiada cahaya!

menyelaputi segala noda hanya kerana secebis hinaan dunia nafsu
bermaharajalela
menjadi penduka ruang kosong
sesepi hati tidak bermata

terlupa meneropong itu dusta
bukan hidup
bukan hidup sebenarnya
ia hanya dusta penipuan belaka


menghabiskan segala sia-sia hidup bersama sang misteri
ikatan tidak disandarkan pada syari'e
"itu dosa". Rayu arwah anakmu syafiah.

Mengorbankan dirinya buat ibu tercinta
tidak mampu dia mendidik ibunya
namun dengan mengorbankan jiwa
menyedarkan ibu , ibu itu noda, dosa
mengapa! ibu begitu berani melakukannya

Pengorbanan ku ini untuk mu itu- bisik syafiah dalam mimpi ibunya malam tadi
mudahan ibu bertaubat.
Anak mu menunggu dengan setia di pintu rahmat Ilahi.

damak09-
jalan hamzah
KB
9.55 am
01/03/2010

Bunuh.. jangan tidak bunuh..

Kebusukan sistem hari ini semakin ketara.  Serigala bertopeng manusia semakin luas berleluasa. Hati dan iman mula menjadi musuh tidur dan hati mereka. Tidak percaya kepada konsep takdir dan  malas menuntut ilmu adalah punca segala malapetaka.

Semakin meluas penderaan dan semakin keji hina manusia membunuh anak-anak kecil , wajah-wajah penghuni syurga terpampar megah seluruh negara.  Wajah-wajah itu sebenarnya adalah imej syurga yang penghuninya "disumbangkan" oleh manusia durja.  Penyumbangnya menempah tiket ke neraka sekiranya tidak bertaubat dengan "nasuha".  Ini adalah realiti yang semakin ketara dalam masyarakat kita.

Pedih luluh hati untuk membelek tiap helaian akhbar kerana ia umpama debaran yang akan mengoyakkan hati dan perasaan.

Bagaimana mungkin anak sekecil itu, dihumban, dilempar, dipijak dan dibuat sesuka hati oleh mereka yang berjiwa serigala malah binatang tabik spring kepada mereka kerana tidak sanggup melakukan itu semua.

" Benarlah satu pesanan. Manusia itu akan lebih teruk daripada binatang sekiranya mereka tidak menggunakan akal fikiran yang waras.  Kewarasan itu boleh dibentuk oleh kesedaran iman dan taqwa.  Kecaknaan kepada masyarakat dan sensitiviti fitrah jiwa murni manusia hasil daripada sistem yang sempurna.

Kesempurnaan itu merangkumi, makanan( halal), pemerintahan, didikan, kekeluargaan dan sebagainya. maksudnya sistem kehidupan manusia itu sendiri. Jangan kita mencari kesilapan di mana lagi yang tidak lengkap. Kita sudah tahu namun seperti membatukan diri dengan tidak mahu  menerima dan enggan untuk menerima kebenaran kerana ia bertentangan dengan kepentingan keperibadian diri kita.

Wednesday, February 24, 2010

Berimaginasi tentang Kejayaan

Seperti biasa, semalam adalah satu pengalaman yang indah.  Dan permulaan kepada hari ini adalah pagi yang indah.  Keindahan pagi memakau saya dan mula beberapa curahan idea datang bertali arus.  Antara perkara yang terlintas di minda saya pagi ini.  Alangkah  baiknya, sekiranya aku mempunyai sebuah pusat pengajian tinggi sendiri. 

Bagaimana rupa bentuknya  pusat pengajian ku nanti.  Mungkin akan ada beberapa buah bangunan yang menempat pusat-pusat pengajian daripada pelbagai cabang akademik.  Termasuk ilmu-ilmu sekular dan ilmu agama. ( walaupun semua ilmu itu adalah ilmu agama).  Aku mula membicarakan tentang kemudahan yang bakal ditempatkan kepada pelajar-pelajarku.  Ohhh, yang pertama mungkin sebuah masjid, di tengah-tengah kota pendidikan itu. Masjid ini mampu diakses oleh semua pelajar dengan mudah. Sama ada lelaki ataupun wanita.  Dan tentu sekali di antaranya terdapat jara-jarak tentu untuk menjamin keselamatan maruah pelajar-pelajar ku sama ada lelaki atau wanita. Wahh.. semakin seronok aku berimaginasi.

Kemudian, Universiti itu akan saya sediakan kemudahan-kemudahan yang cukup untuk pembangunan fizikal dan kognatif, minda pelajar. seperti padang rekerasi, sebuah kolam buatan manusia yang luas untuk aktiviti air, sebuah sungai yang sentiasa mengalir dan deruan airnya memberikan  ketenangan kepada minda.  Dan sungai ini akan ku letakan berdekatan dengan perpustakaan dan pusat sukan untuk memudahkan perkembangan mental dan fizikal.  Oh tentu sekali, perpustakaan itu akan dilengkapkan dengan kemudahan tekonologi yang terkini. buku-buku daripada semua tamadun manusia dan seumpamanya.

ahh.. saya lupa untuk menamakan apakah nama universiti itu.  Mungkin Univerisiti Antarabangsa Damak.  Pusat pengajian ilmu-ilmu terulung di dunia.  Khazanah dunia untuk dicintai.

Sistem pengajian secara fleksibel, dan sepenuh masa.  Kehidupan harian dengan belajar. Budaya manusia cintakan ilmu. Manusia yang suka kepada  buku-buku, manusia yang sayang kepada tamddun dan menghormati antara satu sama lain.  Wah.. hebatnya Universiti ini.  Akan saya jemput pakar-pakar ilmu seluruh bidang untuk ditempatkan di sana. Wahh tentu sekali,... tarikan mereka adalah wang , gaji.  Ahh,... itu hanya masalah kecil bagi ku yang pada waktu itu telah kaya raya.  Mungkin kekayaan ku pada waktu itu telah boleh mengalahkan Bill Gate.  Pemilik asset komputer terkaya di dunia.   Wah.. hebatnya..


Prinsip dan kosep utama yang akan ditekankan ialah konsep pembelajaran secara percuma.  Tiada yuran pengajian dikenakan. Mungkin apa yang perlu dibayar oleh pelajar adalah makan minum mereka.  Buku-buku sudah terkumpul lengkap diperpustakaan.  Carilah ilmu. tanpa segan. belajarlah.. selagi mahu.  Universiti Damak merupakan universiti terulung di dunia pada waktu itu. ha ha..

aku tersenyum sendirian.  Bebas sungguh imaginasiku terbang.  Maklumlah ia tidak bertiket seperti kita hendak terbang bersama " Air Asia, Firefly, MAS, Garuda, dan macam-macam lagi.. tidak perlu rasa bersalah untuk berimiginasi kerana itu adalah kemampuan diri secara percuma.

Namun.. itu adalah matlamat murni ku... lahir daripada kebusukkan sistem yang ada sekarang.

damak09-
Jalan Salor
25/02/2010
10.08am

Monday, February 22, 2010

Bercakap tentang Agama Islam yang sebenar maka kita akan jadi Pembangkang?

Satu kekeliruan yang semakin terjaja luas dalam minda dan negara kita.  Kita akan dilebelkan dengan pelbagai kenyataan dan persepsi sekiranya kita bercakap tentang agama.  Kita akan dituduh fanatik, kita akan dituduh ekstremis , kita akan dituduh sebagai pembangkang, kuno, ketinggalan zaman dan sebagainya.

Kalau begitu, punca sebenar kepada persepsi ini sebenarnya adalah agama.  Agama Islam sebagai cara hidup. Islam is the way of life.  Islam bukan hanya ibadat ritual, Islam bukan hanya satu adat. Islam adalah cara hidup yang mesti sebati dengan umat Islam.  Mahu tidak mahu, orang Islam mesti menerima Islam sebagai satu panduan yang jelas dalam memandu hidup mereka.  Ini kerana panduan ini bukan datang daripada manusia. Sebaliknya datang daripada Pencipta yang Maha mengetahui apa yang terjadi dan akan terjadi.  Malah Dia yang mengetahui segalanya.  Siapalah kita untuk mencabar kuasa dan Ilmu  seperti itu.  Oleh itu, kurangkan ego diri, lipatlah dan koyaklah sijil , ijazah, masters dan PhD kamu  kerana ia tidak berguna dan tidak layak langsung untuk berada seiringan dengan Ilmu Allah.

Bercakap tentang agam, adalah bercakap tentang kebenaran.  Bercakap tentang kebenaran adalah kemestian yang mesti dilakukan.  Suara mejoriti seperti utilitarian , tidak layak untuk mengambil tempat dalam perbincangan kebenaran.  Kerana banyak tidak semestinya menunjukkan benar.  Dan sikit tidak semestinya menjadikan ia salah.  Salah benar adalah sesuatu yang mutlak di sisi Allah.  Kita manusia sepandai-pandai memberikan justifikasi mengatakan ini boleh dan ini tidak boleh.  Sedangkan kewajaran itu telah tersurat dan tidak boleh dicela lagi. 

Alangkah malang bagi mereka yang mencela dan menolak hukum-hukum kebenaran Tuhan.  Dan disaat mereka membuka mulut menyatakan tentang hukum kebenaran g Tuhan mereka akan dituduh sebagai pembangkang.

Sesuatu yang amat ironis apabila sesuatu yang dihalang dan disukai oleh manusia adaalh sesuatu yang selari dengan nafsu dan agama melarang tegas segala kemahuan nafsu yang tidak mengikut landas-landas syariat  Namun bukan makasud semua nafsu itu ditegah.  Ia mesti selari dengan syariat dan panduan daripada Allah.

Di saat menulis ini, ramai akan mengatakan saya pembangkang sedangkan soal yang lebih penting adalah kebenaran.  Saya yakin mereka yang sihat akal akan menyokong kebenaran bukan menyokong kebatilan.  Kebenaran itu adalah berdasarkan landasan agama Al-Quran dan Sunnah.  Mengapa dicipta lagi kebenaran lain tidak benar namun "diavangardkan"sebagai benar.

Soal pembangkan atau pro kepada pemerintah adalah soal yang akan datang sekiranya dasar yang diperjuangkan menepati asas-asas agama murni Islam.  Ini kerana amat penting untuk menjaga Agama bukan parti atau pertubuhan.  Ini kerana polisi dan hukum Agama tidak akan berubah.  Namun polisi parti dan "hukum" parti boleh berubah.   Oleh itu, apakah pendirian kita, Parti atau agama, kelompok atau puak, atau apa sahaja.

Soal apa yang harus dipentingkan. Siapa yang harus menentukan?.. ini bergantung kepada sejauhmanakah kesedaran , kecintaan , kasih kepada Agama.. iaitu agama Islam.

damak09
jln hamzah.
23/02/2010

Sunday, February 21, 2010

Memahami konsep" Rahmah"

Bersyukur dengan keadaan yang ada dan merasakan diri ini sentiasa mencukupi untuk segala hal dan kemungkinan menjadikan kita terasa dekat dengan Tuhan.  Allah itu, terlalu maha penyayang dan amat mengetahui segala hal dan perancangan dalam kehidupan.

Hanya Allah sahaja yang mengetahui dan berhak menentukan bilakah sepatutnya kita mendapat rama-rama atau mendapat ulat beluncas.  Hal ini kerana semasa kita mengharapkan rama-rama itu terbang mengerumuni bunga-bunga kehidupan.  Namun yang ada hanyalah ulat beluncas. Kita termenung sendirian dan mungkin berkata. Wah... kenapa ia datang bukan pada waktunya.

Namun percayalah , di saat dan satu masa ulat beluncas tadi akan menjadi rama-rama dan ketika itu baru ktia sedar bahawa.. kita lebih perlukan ulat beluncas ataupun rama-rama pada waktu itu..

Oleh itu, bersyukurlah dengan keadaan dan "rahmah" daripada Allah kepada kita.

Thursday, February 18, 2010

Teknik Bertengkar Secara Positif

Saya tertarik dengan posting yang saya terima daripada  Saudari Lis Safina Ismail (USM Alumni) dan saya masukan ke dalam blog ini untuk bacaan semua.

If There's A Will, There's Always A Way..


For ALLAH is The Most Merciful, The Most Gracious..



Rasulullah bersabda, "Sesiapa meninggalkan perdebatan, sedang dia berada di pihak yang benar, dibina untuknya sebuah rumah di tengah-tengah syurga."

(Riwayat Anas Bin Malik)

Tidak indahkah dijanjikan dengan sebuah rumah di tengah-tengah syurga? Sekalipun kita di pihak yang benar, namun untuk mengelakkan perbalahan berpanjangan, mengalah sahajalah. Rugikah kalau beralah? Bagi sesetengah orang yang mementingkan diri sendiri mungkin tidak munasabah jika mahu beralah tetapi apa kata kalau saya katakan ‘orang yang beralah akan menang besar kemudiannya?’

Pergaduhan suami isteri akan sentiasa berlaku. Bak lagu P.Ramlee ‘Sedang lidah lagi tergigit’. Anda tidak akan sentiasa boleh berkata ‘ok’ kepada isteri anda begitu juga dia. Setiap kali pergaduhan berlaku, pasti akan ada hati yang akan terluka terutamanya hati orang perempuan yang memang diketahui tidak dapat diramalkan.

Jika pergaduhan itu berpunca daripada sesuatu yang sangat kecil, maka jika kita perbesarkan, maka akan terlihatlah peribadi sebenar seseorang itu. Sungguh akan terlihat betapa hodoh sekali seseorang itu tambahan pula, mulutnya mudah sekali melancangkan kata-kata yang tidak sedap didengar.

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Orang mukmin bukan seorang pencela, bukan seorang pengutuk, bukan seorang yang keji dan bukan seorang yang berkata kotor."

(Riwayat Ibnu Mas’ud RA)

Dalam sabda ini, dapatlah kita fahami bahawa orang yang berkata keji bukanlah orang mukmin sebenar. Betapa iman kita dapat disukat dengan perlakuan yang sangat keji ini.

Pernahkah anda melihat pergaduhan suami isteri ini daripada sudut yang positif? Sebenarnya, pergaduhan akan menyebabkan terbentuknya satu penyatuan pelbagai perkara termasuklah cita rasa dan impian pasangan itu. Bagi mencapai tujuan inilah kita sering bertelingkah dengan pasangan untuk mencapai sesuatu yang terbaik. Tidaklah saya maksudkan pergaduhan adalah baik, namun hal ini adalah lebih baik daripada kita berdiam dan tidak berbincang sehingga akhirnya tidak ada penyatuan antara suami dan isteri.

Justeru, pergaduhan menjadi medium kepada pasangan dalam menyatukan kasih sayang. Setiap individu akan melahirkan perasaan tidak puas hati dan sebagainya. Maka, di sini adalah tempat untuk mencurahkan perasaan. Jadi, janganlah memendam perasaan sehingga jiwa kita menjadi tertekan ibarat belon yang akan pecah akibat ditiup dengan angin yang kuat. Jika tidak diluahkan, pasangan anda tidak mungkin akan tahu perkara yang ada dalam hati anda.

Di sini, saya akan kongsikan beberapa tip untuk bertengkar secara positif:

1. Jangan terlampau banyak bercakap – Ketika bertengkar, hati masing-masing pasti dalam keadaan marah. Ketika marah, pasti perkara yang logik sekalipun tidak diterima melainkan masing-masing mahu menegakkan pendapat masing-masing. Jika anda sebagai suami mempunyai hak untuk bercakap sekalipun, kurangkan daripada terlalu menegakkan pendapat anda sendiri. Hal ini akan mencetuskan perasaan tidak puas hati kepada pasangan anda sehingga perlahan-lahan dia akan menjadi bosan dengan anda. Yang perlu anda lakukan adalah dengan memikirkan secara mendalam cara untuk mem-betulkan keadaan.

2. Jangan menyebut kelemahan pasangan – Bukan hanya isteri anda yang mempunyai kelemahan, anda juga ada ke-lemahan sendiri. Jadi, dengan mengungkit kelemahan dia, anda akan turut merangsang pasangan mengungkit kelemahan anda. Lagi pula, anda tidak akan menang dengan hanya mengungkit sebegini tetapi menyebabkan keadaan lebih parah. Jika mahu menegur pasangan, minta dia meluahkan ketidak-puasan hatinya tentang anda dahulu supaya apabila giliran anda nanti, dia tidak akan meninggikan suara.

3. Jangan membalas perbuatannya – Sebagai contoh, pasangan anda bermesra-mesra dengan lelaki sebelah rumah. Anda mahu membuatkan dia sedar bahawa perbuatannya salah. Jangan anda pula bermesra-mesra dengan perempuan lain di hadapan dia. Keadaan ini hanya memberi peluang yang lebih kepada isteri anda untuk menjauhi anda. Akhirnya, anda turut terlibat dalam menjarakkan perhubungan anda sendiri.

4. Jangan cuba mengubah pasangan – Anda dibesarkan dalam keluarga ‘begini’, isteri anda dibesarkan dalam keluarga ‘begitu’. Pastilah terdapat perbezaan antara kedua-duanya. Anda harus memahami bahawa cara dia melihat sesuatu pasti tidak sama dengan pandangan anda.

5. Fokus pada masalah – Jangan meleret-leret sehingga perkara yang bukan masalah akhirnya akan turut menjadi masalah.

6. Jangan tinggikan suara – Semakin tinggi suara kita ketika bergaduh, semakin tinggilah suara pasangan kita nanti. Pergaduhan seperti ini tidak akan menjadikan keadaan semakin baik malah semakin kusut. Cubalah bercakap dengan tenang sehingga isteri anda yang sedang marah akan turut tenang dan seterusnya dapat menyelesaikan masalah dengan lebih cepat.

7. Gunakan panggilan manja – Ada pasangan yang pada masa biasa menggunakan panggilan ‘sayang’ atau ‘manja’ tetapi ketika bergaduh, keadaan akan beralih sebaliknya. Panggilan kasar mengambil alih menyebabkan pasangan anda merasakan dirinya rendah sekali. Jangan emosi sehingga tergamak menggunakan panggilan kasar termasuklah ‘aku’ dan ‘kau’.

8. Elakkan terlalu emosional – Ketika sesi bergaduh ini, pasti pasangan anda akan selalu terlepas mulut. Jadi, jangan ambil perkara yang dikatakannya terlalu serius memandangkan ketika sedang bergaduh, seseorang itu cenderung berkata yang tidak-tidak terhadap lawannya.

9. Gunakan perkataan yang baik-baik – Selain menggunakan panggilan manja, gunakanlah juga perkataan yang tidak menyalahkan. Perkara ini akan menyebabkan masalah akan cepat selesai. Antara contoh perkataan yang boleh anda gunakan ialah, "Abang rasa sayang tak patut buat macam ni," berbanding "Ni semua salah engkaulah!"

10. Jangan bertengkar di depan makanan atau di tempat tidur – Hal ini kerana tempat tersebut sepatutnya tempat kita menjamu selera dan bermesra-mesra sesama sendiri.

11. Dengar luahan isteri – Mungkin sahaja perkara yang disampaikan oleh isteri anda itu dapat menyelesaikan masalah. Jika anda hilang tumpuan ketika ini, bukan sahaja anda akan kehilangan idea yang baik malah anda menggunakan cara sendiri yang belum tentu dapat menyelesaikan masalah anda berdua.

12. Jangan bergaduh di depan anak – Dengan bergaduh di hadapan anak, anda hanya akan membuatkan anak keliru dan mengadili sama ada ibu atau bapa mereka yang berada di pihak benar atau salah. Perkara yang lebih menakutkan akan berlaku jika anak anda menceritakan keadaan anda berdua kepada orang luar. Hal ini akan menjejaskan imej anda sekeluarga.

13. Bersabar – Sekalipun anda lelaki dan anda lebih kuat secara fizikal berbanding dengan isteri anda, jangan sekali-kali anda cuba untuk mengasari isteri anda. Dibimbangi dia juga akan belajar untuk melawan dan membaling segala jenis pinggan mangkuk ketika bergaduh pada masa lain.

14. Say NO to third party – Selagi terdaya menyelesaikan masalah anda sendiri, jangan libatkan orang lain. Campur tangan pihak ketiga kebanyakannya hanya menyulitkan keadaan. Sekiranya perlu, pilihlah orang yang adil untuk menyelesaikan masalah anda.

15. Mengalah tidak bererti kalah – Mengalah ketika saat genting ini tidak menunjukkan anda kalah. Anda hanya perlukan masa untuk membuktikan bahawa tindakan anda sebenarnya betul.

16. Jangan keluar dari rumah sebelum selesai – Selalu menonton drama di TV? Kebanyakannya menunjukkan suami akan segera meninggalkan rumah semasa bergaduh untuk memudahkan cerita. Tindakan ini sebenarnya akan menyebab-kan isteri anda ditinggalkan dalam keadaan keliru. Hal ini menyebabkan dia akan berasa tertekan dan anda perlu ingat bahawa anak-anak akan ditinggalkan bersamanya di rumah. Perempuan yang hilang kewarasan akibat tekanan yang dahsyat akan menyebabkan mereka akan bertindak yang bukan-bukan. Mungkin sahaja dia akan memudaratkan dirinya atau anak-anak anda boleh menjadi mangsa keadaan. Sekiranya anda rasa tidak dapat menahan marah, beritahu isteri anda bahawa anda perlukan sedikit ketenangan dan hal ini lebih menampakkan rasa tanggungjawab anda terhadap permasalahan anda berdua.

17. Luahkan – Selain menjadi pendengar kepada permasalahan isteri, anda turut perlu meluahkan perasaan anda. Tunggu sehingga dia habis berbicara sebelum anda menyambung pendapat anda. Sekiranya anda tidak memberitahu keadaan sebenar anda, belum tentu dia dapat memahami keadaan anda.

18. Pelukan dan kemaafan – Hal inilah detik paling indah dalam pergaduhan. Setelah dirasakan masalah telah selesai, jangan melewatkan detik untuk memeluk pasangan anda seeratnya. Ucapkan perkataan maaf dan berharap agar perkara seperti itu tidak akan berlaku lagi. Keadaan ini akan menyebabkan perhubungan anda selepas itu lebih erat dan mantap dengan satu kesatuan hati yang lebih hebat.

Artikel di atas dipetik daripada Bab 9: Sedangkan Lidah Lagi Tergigit dalam buku Manual Kerja Super Suami. Maklumat lanjut berkenaan buku ini boleh didapati di www.books.perintis. com.my.

Wednesday, February 17, 2010

Merenung Dalam Diri




Merenung semalam menjadikan kita semakin matang
Melihat dunia yang ada dengan kaca mata kematangan. 
Merenung dalam hati melihat kesilapan silam
merenung matang untuk melihat masa depan

banyak merenung dengan melihat kita semakin redha dengan ketetapan Tuhan
memenjara kesilapan dalam diam.. benarkah ia?
atau melumatkannya dengan taubat penyesalan

mengiringi bumi dan mentari beredar
menuju ke matang
semalam menjadi mantan
hari ini untuk kita matang

Luruh dan gugurkan segala buih-buih dosa
dengan penyesalan malam
mengadap Kebesaran Zat
menjadi bukti keberadaan
ada dalam tiada
hanya pinjaman
perlu dibayar tanpa hutang dan riba
hanya dengan seketul daging hitam yang ikhlas


Menjelmalah.... kau hati
menjadi diri .. teguh.. jati iman
membunuh segala rembesan hormon kekejaman
agar membentuk umat dan insan
menuju kesempurnaan.



damak09
Jalan Hamzah- KB
18/02/2010- 11.19 am






Tuesday, February 16, 2010

Cermin dan Buku



















DAN


















Menjadi teman setia di meja
kaku terbujur menunggu untuk direnung
kata orang Cina. dari buku kau temui emas berjuta.. dari buku kau temui perempuan jelita
kata orang Arab.. ilmu itu letaknya di dada bukannya di buku..
kata orang Melayu.. buku itu letaknya di atas meja

Cermin itu letaknya  di atas meja
buku dan cermin teman setia

buku untuk merenung hati dan dada
cermin untuk merenung diri
melihat.. raut urat dahi , pipi dan waras akal

cermin menggambarkan maya pada luar fizikal
buku mencerminkan hati.. budi , rasa dan akal
jiwa kosong tanpa buku.. umpama cermin retak
muka tidak bercelak

hati retak tidak berakhlak
umpama buku jatuh tersepak koyak

buku dan cermin untuk diri dan hati
untuk jiwa dan budi
untuk imej dan janji
untuk manusia lalai supaya berbudi

banyakan cermin..
capailah buku di rak itu bersama cermin di meja
renung ke dalam diri
melihat hari-hari kosong
adakah dot dot itu boleh kita isikan dengan helaian buku
atau dengan imej wajah pada maya cermin
ia hanya pinjaman untuk mengenal diri
dalam memertabatkan iman

damak09- Jalan Hamzah
KB. 17/02/2010
2.51pm

Doa menjauhkan diri daripada melakukan Zina / maksiat

اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُبِكَ مِنْ شَرِّ سَمْعِي، وَمِنْ شَرِّ بَصَرِي،


وَمِنْ شَرِّ لِسَانِي، وَمِنْ شَرِّ قَلْبِي، وَمِنْ شَرِّ مَنِيَّتِي.

Wah!!!!.. kayanya mereka!

Membaca laman web pusat zakat selangor di http://www.e-zakat.com.my/baru/agihan/asnaf_layak.asp. tentang syarat -syarat sah zakat menyatakan hanya lapan ( 8) asnaf yang layak menerima zakat. Antaranya mereka yang sedang belajar di jalan Allah, fakir miskin,anak yatim, Amil, Mualaf, ibnil Sabil, Riqab- hamba muqtab yang ingin memerdekakan diri, Gharim- orang islam yang berhutang untuk membeli keperluan asas dan masalah diri.

Ia memberikan kesan mendalam kepada saya  tentang senarai terbaru yang keluar media perdana hari ini: Senarai Individu terkaya di Malaysia!...di Di utusan Malaysia :
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0217&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm

Suatu yang klise dan budaya dalam kapitalis akan merengangkan jurang-jurang pendaptan dan harta antara golongan jerung dan anak bilis malah mungkin plankton.  Golongan 8 asnaf itu mungkin diibaratkan seperti plankton.  Sering menjadi makanan bukan setakat bilis,malah semua ikan termasuk ikan paus yang diumumkan hari ini. 

Kagum sungguh ku , Sungguh kaya Malaysia!... mereka mampu mengumpul harta berbilion ringgit.  Dari mana datangnya wang itu.  Tentu sekali dari usaha dan penat lelah mereka- mungkin atau daripada saham-saham.  Kata orang sekarang duit jana duit. Tidak perlu penat bekerja.


Bukan cemburu dengan kekayaan yang dimiliki cuma kesal dengan sistem yang ada kerana semacam tidak lagi praktikal kerana telah mengabaikan sebahagian masyarakat massa yang menjadi penyumbang kepada kekayaan negara.

Saya pernah mendegar kisah kemuliaan Tan Seri Syed Mokhtar Al- Bukhari yang menubuhkan badan-badan amal dan mengeluarkan zakat sebagai tuntutan utama Muslim.  Saya amat kagum yang hartawan yang pemurah dan ikhlas.  Kisah-kisah ini telah berlaku pada zaman nabi dahulu kala dan merupakan satu teladan umat yang wajar diikuti.  Namun, berapa kerat hartawan kita seperti beliau.  Dan soalan cepu emas. Berapa ramai Hartawan kita yang berani mengisthiyarkan harta mereka.  Mungkin kerana takut diburu zakat atau LHDN.

Soal yang paling penting sekarang ialah mengimbangi kekayaan negara yang diibaratkan oleh Dr M sebagai sebiji kek yang dipotong secara sama besar saiznya.  Isunya adalah itu betul-betul berlaku.  Adakah size potongannya sama besar.  Kalau sama besar tentu sekali tidak akan berlaku dengan ketara mereka yang merempat dijalanan yang makan 2-3 kali seminggu berbanding dengan merek yang membelanjakan RM 10,000 untuk satu hidangan.

Inilah yang paling ditakuti oleh Islam. Mekanisme zakat adalah untuk mengurangkan jurang ini.  memang tidak dapat dinafikan akan wujud mereka yang kaya dan miskin.  Namun, sekiranya ia dilakukan secara berkesan dan semua yang umat timbul kesedaran untuk mengeluarkan zakat secara ikhlas tentu sekali ia akan banyak membantu menyelesaikan masalah umat manusia dan menjana sistem ekonomi dengan bekesan.

Kita mesti mengakui bahwaa kegagalan sistem kapitalis semakin ketara.  Ramai tokoh-tokoh ekonomi melihat kegagalan menguruskan ekonomi ini berpuca daripada sikap manusia yang tamak dan haloba.
Manakan tidak?.. Asas masalah dalam ekonomi kapatalis ialah "kehendak menusia tidak terhad dan sumber-sumber ekonomi terhad". apabila ekonomi diasaskan kepada kehendak ( nafsu) tentu sekali ia akan menjadi chaos dan lintang pukang.  Tiada unsur-unsur amanah dan pengurusan moral / akhlak dalam sistem ekonomi kapitalis.  Di dalam Al- Quran. Allah ada berfirman antara lain bermaksud ( ringksan): sekiranya kami berikan segunung emas kepada manusia tentu sekali mereka mahukan segunung emas yang lain".  oleh itu, adakah wajar asas  nafsu ini yang diletakan sebagai tunggak utama dalam sistem ekonomi kapitalis!.. Tentu sekali. mereka ini kurang makan sup belut - kerana sup belut pun kaya dengan omega 3..

Menjadi satu tanggungjawab bersama seluruh manusia untuk menolak sistem kapitalis yang diibaratkan seperti "kudis orang baik" yang semakin membengkak dan menjadikan lena malam resah, belunjur pagi tak kena". Ia akan semakin merosakkan sistem tubuh badan manusia yang sedia ada. Kesannya akan melahirkan lebih ramai mereka yang miskin dan mereka yang keluar namanya hari ini akan tetap di situ bertahta menguasai kepala rakyat Malaysia untuk menaruh mimpi malam untuk menjadi seperti mereka.  Sedangkan suiznya berada pada mereka.  Mereka boleh menggulingkan ekonomi negara pada bila-bila masa sekiranya mereka mahu berbuat demikian.  Oleh itu, ancaman kapitalis ini , harus dilihat untuk setiap masa sama ada jangka panjang atau pendek.  Sesuatu bergelegar di minda mereka malam ini. Esoknya menjadi kenyataan.  Bagi mereka yang tidak beriman. ia akan menjadikan mereka lupa diri mengulangi kisah Firaun dan Haman.  Oleh itu menjadi satu kewajipan kepada kita semua dan pemerintah untuk bercita-cita dan menaruh impian ,malah melakukan sesuatu yang nyata untuk merealisasikan kemurniaan sistem ekonomi Allah S.W.T

Monday, February 15, 2010

Pena lebih tangkas menjadi hakim VS kekurangan Omega 3

Entah di mana silapnya fenomena ini?.  Kata mereka.  kami berhasrat memberitahu kebenaran yang jelas. Kebenaran adalah matlamat kami.  Dan kami menjunjung tinggi hasrat dan amanah ini bukan kerana wang tetapi kerana mencari kebenaran.  Sejarah dan hakikat semasa telah membuktikan media memainkan peranan penting dalam mencanangkan sesuatu maklumat. Namun, silapnya apabila proses mediasi berlaku dengan begitu tirus sekali hingga keanjalan dan kewarasan maklumat yang dihidangkan menjadi basi, busuk, tidak menepati selera pembaca kerana tangan media diikat dengan beberapa peruntukan dan kepala editornya disumbatkan ke dalam mesin ATM.  Lalu mata mereka menjadi gelap, kelam dan takut kehilangan pandangan warna-warna dusta bulanan yang mengalir tetap ke akaun mereka. Merah, Biru, biru Muda, hijau dan sebagainya.

          Amat menarik apabila media perdana Malaysia semacam telah bermusyuarat untuk meletakan gambar-gambar yang mencerminkan mesej dan persepsi mereka terhadap sesuatu isu yang dibicarakan di mahkamah sebelum mahkhamah menjatuhkan hukum.  Lihat sahaja dua gambar di bawah!. Apa yang boleh kita tangkap?






Ya..  ada maknanya. Siapa yang tidak dapat menangkapnya  ada masalah kefahaman dan perlu banyak makan minyak ikan , sama ada pati ikan haruan ataupun minyak ikan kod.  Pati ikan ini dikatakan banyak khasiatnya kepada minda kerana kaya dengan Omega 3.   Sesuatu yang perlu dimakan sekiranya ingin banyak membaca di blog atau diinternet. 

Tanpa mahkamah sempat membuat keputusan, media sudah mencanangkan apakah keputusan yang seharusnya ditetapkan dan siapakah yang bersalah dan tidak bersalah.  Saya agak pasimis dengan sistem yang ada sekarang.  Adakah ia berlaku mengikut peruntukan perlembagaan.  Secara mudah dalam kes sebelum ini. Kita diajar dalam perlembagaan Malaysia. Hanya ada dua cara sahaja seseorang itu boleh dilucutkan menjadi Menteri Besar ( mengikut syarat tubuh negeri) atau Perdana Menteri.  Samada melalui undi tidak percaya 2/3 DUN maksudnya DUN dibubarkan atau Menteri Besar itu sendiri meletak jawatan secara sukarela. Namun sekarang, nampaknya ada 3 cara.  Iaitu dengan membawanya ke Mahkamah dan keputusan Mahkamah.  Sekarang buku Malaysia kita atau Pengajian Am dan Pengajian Malaysia harus diubah.  Inilah namanya manusia mencipta sejarah.

Berbalik kepada isu imej yang dimasukkan.  Dengan Imej Siaful yang digambarakan dengan senyuman dan Anwar dengan wajah agak kusam, berang, dan garang. Ini tentu sekali akan memberikan mesej dan gambarakan kepada minda pembaca. Ya, mungkin Anwar melakukan?. Inilah motif yang cuba disogokan atau diliwatkan.  Hal yang sama dengan imej kedua.  Anwar berkaca hitam, ramai akan mengatakan secara psikologinya Anwar malu untuk berhadapan dengan khalayak, maka beliau cuba berlindung disebalik kaca mata hitam.  Pada pandangan saya, itupun satu lagi kesan  sampingan daripada kekurangan Omega 3 dalam minda yang melampau.  Sekiranya otak kita mempunyai bekalan Omega 3 yang mencukupi.  Kita boleh melihat beberapa sudut. Antara yang paling logik  dan mudah adalah, silauan "flash" kamera yang difokuskan kepada Anwar akan banyak memberikan kesan kepada mata beliau dan sedikit sebanyak akan mempengaruhi tahap kesihatan mata beliau.  Cuba kita hadapakan flash kamera di mata sendiri.  Tidak sampai tiga kali flash mata kita akan mula berpinar-pinar dan dalam sesetengah kes kita akan jatuh.  Walaupun mata kita mencukupi vitamin A dan B.  Cuba bayangkan ratusan wartawan menunggu dari subuh dalam negara dan luar negara untuk mengambil "pose" terbaik mengikut niat dan matlamat yang telah ditetapkan oleh editor masing-masing. Ada sesetengah wartawan mungkin sudah menyiapkan langkaran cerita-cerita/ berita untuk dimuatkan. Tunggu masa dan kejadian itu berlangsung kemudian gambar itu akan dimasukan.  Nah ini berita saya!...bacalah, tangan dan hidung saya sudah jadi panjang seperti ponakio. Dan saya seperti patung ponakio yang boleh dimenarikan ikut sesuka hati kerana tangan kaki, badan malah  segalanya telah diikat untuk dimenarikan mengikut kehendak pengarah teater ini." kata mereka.  Maka bagi yang berpendapat rayban hitam itu untuk melindungi diri daripada malu atau sewaktu dengannya boleh ditimbangkan semula atau perbanyakkan makan Omega 3.

Namun yang jelas, imej-imej seperti ini memberikan satu gambaran kepada pembaca tentang apakah kesudahan cerita/ berita ini akan berakhir.  Saya sengaja menyamakan berita dan cerita kerana bagi saya ia tiada bezanya kerana semuanya memerlukan pengarah, pelakon, props dan skrip-skrip yang termaktub dengan rapi.

Bilakah ini semua akan berakhir dan rakyat Malaysia mengetahui bahawa pati ikan haruan itu lebih baik daripada minyak ikan kod. Halal, murah dan membantu perkembangan ekonomi  negara. Ayuhlah semua.  Kita cergaskan minda kita dengan banyak makan omega 3 dan berzikir kepada Allah. 

Kerana zikir itu adalah ubat dan penerang hati yang mampu menjadikan gambar-gambar yang dipilih tadi boleh dipertanggungjawabkan sepenuhnya. Bukan satu bentuk tomahan dan fitnah yang merosakan imej diri orang yang ditomah atau yang paling besar adalah imej penulis yang menulis artikel dan berita/ cerita itu sebenarnya.

Hentikan semua ini dengan kembali kepada kebenaran.  Gunakan bakat yang dianugerahkan untuk perkara yang lebih memulikan insan dan menjamin berlangsungan umat nabi Adam.  Wassalam.




Berjanji .... kosong

Kita masih berjanji dan tetap terikat dengan perjanjian itu. Perjanjian di alam Roh... bahawa akan patuh dan akur dengan segala hukum dari Rabull Jalil. Akan tunduk dan redha... sebelum kita berbentuk, sebelum maya pada, jagat raya ini berwenang-wenang di semesta raya.

kita akur.. Ya Tuhan kami setuju.

Namun.. bila wanita tua ini menunjukan perhiasan di dadanya.. ramai yang terpersona.  Mula lupa pada MOU.... asal yang pernah diucapkan dihadapan Khalid...
kita berani menjadi penipu. Berani memungkiri. Kenapa?
Semata-mata kerana perhiasan, emas, permata dan tarikan wanita tua ini.  Godaanya berpalit sehitam neraka jahaman ... tempat syaitan bakal dilontarkan.   Mereka bersekutu menjadi tombok menembusi bawang-bawang iman.

Meletuslah penderhakaan dan melanggar janji sebati.. cagarannya adalah hayat usia... dan hidup abadi.. Beranikah kita!

TABIK SPRING UNTUK BAPA MERTUA KU

Cuti Tahun baru Cina 2010 memberikan satu pengalaman berbeza bagiku. Aku berkesempatan untuk pergi melihat dan cuba merasai pengalaman hidup di kawasan terpencil.  Ah....susah untuk digambarkan dengan kata-kata.  Namun dengan keterbatasan perkataan aku cuba untuk menggambarkan pengalaman untuk dijadikan satu pendoman bagi diriku.

Susah untuk ku gambarkan hampir 40 tahun dulu. Bagaimana seorang lelaki yang berjiwa kental bersama isterinya membuka tanah hutan sendirian sedikit demi sedikit.  Dibalaknya hutan.. ditebangnya... bersama dua anak lelaki menggunakan tenaga empat kerat. Pokok balak yang beberapa meter besarnya bukan penghalang. yang penting untuk mendewasakan dan memberikan kehidupan dan pembelajaran yang sempurna kepada 9 orang anak-anaknya.  Cabaran dan pedih jerih yang tidak dapat ku gambarkan.  Namun ku cuba gambarkan ku fahami satu perkara.. betapa ajaibnya cita-cita, harapan dan impian yang Tuhan kurniakan kepada manusia.  Hanya dengan tubuh empat kerat.. Beliau memapu menebang hutang tebal hampir 40 ekar sendirian. Wahhhh.. termenung panjang aku!.. menitis air mata jantan ku...kental dan besar sungguh pengorbanan bapa mertuaku dalam menyempurnakan amanah suami, bapa, seorang muslim.


Aku... hanya dua malam dipondok kecil.. tanpa elektrik,, tanpa line 3G, tanpa hp... terasa bodoh dan kosong, menebas anak-anak pokok tidak sampai 50 meter.. sudah mengeluh dan banyak berehat dari bekerja.  Sungguh terpegun dan kagum aku dengan semangat kental beliau.  Aku bersyukur kerana Tuhan mentakdirkan aku belajar sesuatu dari Bapa mertua ku.  Hasilnya 7 daripada 9 orang anaknya menjadi orang yang berjaya dan dapat belajar di menara gading.  Dan salah seorangnya adalah isteriku.

semasa kami.. masuk ke kawasan kebun getah berusia 40 tahun.. itu.. dapat ku lihat matanya berkaca-kaca gembira.. dan masih sebati kuat cita-citanya untuk berjasa kepada tanah.  Dengan sisa-sisa.. tenanga yang ada dengan usia nya mencecah 79 tahun. masih mahu ia berusha untuk menebas pokok-pokok yang besar.. ku bertanya sendirian. untuk apa bapa mertuaku lakukan itu semua... bukankah dia sudah berjaya?... amanahnya telah tercapai dengan jayanya.

Ku Yakin,, tiada lagi anak-anak akan menyalahkan beliau kerana beliau telah memainkan peranan sebagai mungkin..  ku jawab... ohh ia tiada lain.. ia hanya kerana prinsip dan mungkin teladan kepada anak cucu dan cicitnya termasuk aku!

Hebat sungguh cita-cita manusia....

Ku termenung lagi.. dan terfikir... ya.. apa yang mustahil... yang mustahil ialah tiada apa- apa.. ataupun tiada cita-cita.. bagaimana tembok besar China terbina, bagaimana...bukit / gunung di Juruselam terbina, bagaimana Anngkor wat terbina,, bagaimana semuanya itu terbina kalau bukan cita-cita..

Yang penting adalah cita-cita yang konsisten...
jom kita bercita-cita untuk membentuk satu pemerintahan yang adil.. dan jadikan ia konsisten..

ayuhh..............

Thursday, February 11, 2010

Speaker itu berkumandang lagi...





Kemundang itu hanya bohong..
ia lompong dan kosong

mengadap cerobong
untuk menjadi lohong
yang lompong

kosong ia bohong
bersenohong dengan gelama dan duri


Yang nyata gelombang itu.. penuh riak
menjadi habuan yang haloba


menadah tangan syukur...
namun... ibu jari lalai  belaga telunjuk membilang
membilang hemburan lohong dusta
yang telah dilontarkan

kau sibuk membilang
lompang- lompong dusta itu
dan menandanya dikertas biru, hijau, merah, kelabu
kau tahu...
kau tahu
Hidung panjang nanti Ponakio..
pari-pari emas tidak bisa menyelamatkanmu
pari-pari itu akan terpenjara
dihukum oleh masa.

Wednesday, February 10, 2010

Hilang Seri Pagi 2

Sumber Utusan Malaysia-11/02/2010

Sambungan kisah semalam..., seri pagi ku.. hilang lagi....

semut merah dipipi..
merah lagi luka hati ini
marah seluruh warga dunia
yang waras akalnya

seekor semut merah mengigit
pinyit-pinyit hingga mati

inikan pula seluruh keremuni
berkecai hancur harapan bangsa

disingkir rasa sayang dan kasih
belas kasihan dan rintih

tidak kah kau merenung cahaya mata syurga ini

bau mulutnya yang menenang jiwa
semerbak bau...
bau yang tidak tergambar
mungkin itu bayangan bau syurga.


Anak kecil... ampunkan kami
warga yang berdosa
tidak mampu menyelamatkan mu
dari sistem dusta

dari hukum dan peraturan ciptaan manusia.

Balasan dan ingatan kepada mereka
yang ada kuasa
..
adakah mereka alfa?
melihat masjid
surau... di desa

kosong !!!!
disko dan rumah maksiat bermaharajlela
kami tanggung semua?

ampunkan kami...
Ya Tuhan berikan hidayah untuk mereka!

Tuesday, February 09, 2010

Hilang Seri Pagi


Tadi sepanjang perjalanan dari rumah ke tempat kerja. Aku merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Namun aku tidak dapat pastikan dimana tidak kenanya... pagi tadi kabus terlalu banyak, tebal hingga sukar dilihat. pengelihatan jadi blur dan kabur.  tidak ku dengar lagi burung berkicau.  Mungkin mereka mogok kerana Nizar kalah... kenapa ? aku tidak pasti!.. kenapa ia jadi begitu. Mungkin kerana ke DSAI yang seperti tidak kesudahan dan diperlambatkan-lambatkan. 

Mentari nampak seperti malas nak bangun, seperti aku pagi tadi agak keberatan nak bangun solat subuh. walaupun sudah mendengar ayam berkokok jam 5 pagi.. tapi semacam diselimuti oleh kulit babi.... hingga membawa kepada jam 6.30. menjadikan agak lambat untuk ku solat.. ahh satu imbas muka dan permulaan yang kurang memuaskan hari ini.  Walaupun dalam waktu solat subuh. Namun ia menjadikan timbul rasa kesal yang dalam di hati,!.


Hari ni seperti hilang seri paginya.. semuanya berjalan dengan perlahan. Seperti masa kita yang berada disebelah blog ini bergerak dengan perlahan dan seperti kita semua mempunyai  banyak masa.  Banyak perkara yang berlaku semcam di lengah-lengahkan.  Minda pun, seperti malas nak menangkap beberapa isu yang terpapar diakhabar hari ini.apabila ku berhenti membeli akhbar diwarung akhbar tadi!,,

Dalam Utusan Malaysia, Semalam isu bayi kena buang, hari ini pun isu bayi kena buang. cuma yang semalam tidak bernasib baik. meninggal dan hari sedikit bernasib baik. setelah diilhamkan oleh Allah kepada pembuang bayi tadi agar membuangnya di depan rumah polis.   Seperti nasib bayi yang baru lahir ini begitu murah dan menjadi masa mereka terlalu tidak berharga untuk dihargai oleh ibu bapa mereka

Aku merasakan seperti seluruh alam mula marah dan mula protes seperti di dalam filem box office Avatar yang berjaya mengaitkan alam ini mempunyai satu network yang akan menjadikan mereka satu dan berhubungan antara satu sama lain.  Mungkin kerana kebrobrokan yang dilakukan oleh manusia termasuk  " aku" menjadikan alam mula bersatu dan malas untuk menegur kita dengan senyuman manis bayi-bayi yang suci, "disucikan" agar mereka tidak usah mengecapikan "nikmat" pagi yang hilang seri.

Ahhh pasimisnya aku pagi ini.  aku harus mencari sesuatu yang boleh mengembalikan semangat dan jiwa kenal ku.  tapi Apakah itu?... dimanakah ia? dan bagaimanakah ia?  ya munngkin dengan membaca buku " la tahzan, atau dengan membaca beberapa surah al-quran.  aku mesti pulihkan semangat ini agar dapat berkomunikasi dengan alam kembali.. dengan membaca ayat-ayat suci yang memalukan mereka dengan mahkhluk yang memahami.  Tentu mereka akan tunduk dan akur dengan ayat-ayat suci Al-Quran. kerana ada satu peristiwa di dalam Al-Quran menceritakan .. bukit dan makhluk lain tidak sanggup untuk menerima agama islam dan Al-Quran.. kerana takut dan malu pada Allah.. namun manusia makhluk yang cukup istimewa dan " degil" kerana sanggup menafikannnya.  Ahh.. aku menjumpai senjataku untuk menundukan alam dengan ayat- ayat Al-Quran.. adakah dengan itu aku mempergunakan Ayat- ayat Allah untuk kepentingan diri.  Adakah nanti aku tidak ikhlas dan menyalahgunakan ayat-ayat Allah.

mahu tidak mahu.. ia harus diserikan kembali agar semuanya dapat kembali bertaut kembali dan ia sesuatu yang optimis dan bukan satu realiti kosong...agar agenda utama umat islam dapat ditegakkan.

aku mula tersedar  dan.. tekejut dari perjalanan minda kerana bunyi hon bas.. oh. rupa-rupanya dah sampai ditempat kerja. Terasa baru tadi ku bertoak dari rumah.. dan sekarang dah sampai.. aku terseyum sendirian.  Rupanya tidak semuanya berlaku dengna perlahan hari ini. Masih ada harapan. Persoalannya sekarang apa yang harus dilakukan.. seperti yang ilhamkan kata ku.. ayuh  sama-sama kita lakukan!

Monday, February 08, 2010

Pasimisnya Aku...Terhadap keputusan Siapa MB Perak

Predection ini ku lakukan.. sebelum keluar keputusan mahkamah.... namun rasanya aku berhak untuk menyatakan Nizar tidak akan menang!... Zamary akan menang..

Kalau Nizar Menang.. aku akan botakkan kepala.. ha ha...

Siapa berani... kita tunggu dan lihat!

Ja yang Jeling Juling

Tadi di kedai makan berdekatan dengan pejabat waktu minum petang. Aku turun minum.. dan salah seorang anak pemilik warung atau gerai itu namanya Ja.. dan dia sering kali menjeling dan menjulingkan matanya apabila waktu ku membayar untuk makan atau minum di warung milik emaknya itu.

lalu ku bertanya.. kenapa jeling?
mana ada jeling.. saya tidak pernah jeling.. saya biasa aje...

lantas terus saya teringat..wah begitu senang menafikan kebenaran.. senangkan ia terserlah dan dilihat dengan jelas bahawa ia jeling..

hal yang sama dalam dunia kehakiman yang mencari kebenaran.  Sesuatu yang benar tidak semestinya akan mnejadi benar.. sekiranya ia boleh dibuktikan tidak benar.. dan yang tidak benar boleh jadi benar sekiranya kita mampu menjadikan atau membuktikan ia benar.. lalu dimana kebenaran..

apa kebenaran.. dan apakah erti kebenaran

semuanya akan menjadi tidak benar. dan  itu semakin benar.

Chaos sungguh kebenaran, keliru sungguh kesahihan. ia bergantung kepad siapa dan apa yang dituturkan.

Sunday, February 07, 2010

"Mari Kita belajar ilmu sihir"



Semalam saya menonton drama bersiri Merlin. Secara umum kisah ini mengisahkan tentang Sebuah negeri namanya Camelot. Rajanya Uther amat anti kepada ilmu sihir walaupun banginda sendiri menggunakan sihir untuk mendapatkan anak lelaki pewaris tahta Auther.  Oleh kerana amat anti kepada ahli sihir maka dia mengarahkan malah mengisthiyarkan perang kepada ahli sihir...

ahhhh...itu berlaku dalam dunia Drama TV dicipta digubah... tidak bolehkah kita melihat sedikit plot dan tema yang berlaku dalam Drama Merlin dengan kisah .... hangat hari ini...Kisah DSAI dan Saiful Bukhari..

Seperti satu ilmu sihir sedang berlaku dengan ajaibnya.. segala ubat guna-gunanya telah diletakan kena pada tempatnya dan mereka yang terkena Ilmu guna- guna ini akan tergila-gila seperti Putera Auther gilakan Lady Vivian semalam. 

Mereka... ghairah bermain cinta.... namun sebenarnya diperalatkan oleh satu watak lain.. yang mahukan peperangan berlaku..

Ilmu sihir ada di mana- mana. Politik seperti ilmu sihir yang susah untuk berakhir.  Walaupun ditegah keras dalam islam ilmu sihir adalah dosa besar.. namun manusia apa peduli.. selagi niat menghalalkan cara.. Mereka tidak akan penat berusaha untuk menjadikan dan membukti mereka tidak bersalah.

Jom.. kita sedang di ajar bermain sihir.. nanti kelak kita boleh sihir seluruh rakyat kerana kebenaran telah tersihir.  Banyak sihir telah berlaku.

Enjin Jet yang sebegitu besar boleh hilang.. lenyap... seperti seorang ahli sihir mampu melipatkan enjin itu di masukan ke dalam ibu jari dan di bawa keluar tanpa rekod...

wah.. ajaib.. mungkin kita kena berterima kasih kepada satu rancangan "Breaking Magican Code" yang mendedahkan kepada kita bagaimana "sihir" itu dilakukan. ahhh...
segalanya mustahil.. magic memang benar-benar wujud.

Jom.. kita belajar ilmu sihir nanti kita boleh sihirkan beberapa juta wang negara lesap. Dan SPRM akan menjadi hero dalam memburu ahli sihir.

Ada beberapa posyen sihir yang mujarab... ini kita mesti cari... jom kita cari bersama- sama

Saturday, February 06, 2010

Nilainya seperdua...

Royalti...
Yang di nanti...
bergelegak seluruh negeri..
malam, siang dan pagi..

Namun belum pasti..
Nilainya seperdua
Belum pasti... belum pasti
Walau sudah ditegur Ku Li

Hanya seperdua... seperdua
dari dua

Dari DUA nilai jet yang " dicuri"


Nilainya untuk anak seluruh negeri...
gegak gempitar sepanduk sana sini...
menuntut janji yang telah dipateri
namun... ia hanya janji

Tinta cair itu secair air liur
tidak bermakna

seperempat daripada nilai yang dicuri
untuk anak-anak kecil mengaji!

Friday, February 05, 2010

Mari kita hidup bersama beruang



setahu ku.. banyak beruang...
beruang polar, beruang madu, beruang anjing
beruang putih
beruang liar, beruang gua

ahh.. macam- macam beruang

namun lalai manusia suka pada beruang ( beruwang)

aku beruwang?.. kau beruwang?
lalu mereka akan menjadi beruang
merampas ganas.. madu milik lebah..
milik marhaen.. kepenatan seharian bekerja
ribuan lebah mencari madu...
untuk anak-anak hingusan...

kau datang dengan ganas sebagai beruang hitam
dan kami mengelar mu beruwang...

memakan madu dengan lima jari
berkuku panjang
tanpa mengikut sunnah...
dengan lahap

mata beruwang mu...
masih belum puas... dengan
bakul lebah ditangan
masih kerling di dahan..
sambil menjilat-jilat kuku yang tajam
jika ada lagi rumah lebah bisa kau nodai...

lalu.. lebah terbang tinggi.. ke Tualang
jauh mencari ketenangan...

Fitrah lahap mu beruang.
tidak jemu memburu...
sekadar menambah lemak badan mu.....
renungilah  dan baca ayat-ayat yang tidak tertulis pada alam... kau akan  temui kebenaran.....

Hangat!!!, sedang di cari dan amat dikehendaki..

Sekarang sedang dicari seorang yang jernih hati,, suci iman, murni niat.. untuk ditempatkan di Syurga.

Ah.. tentu sekali bukan mereka yang meliwat yang diliwat atau yang datang kerja lewat.

Yang penting hati mereka tidak pernah dilawati oleh jahat
dan selalu dirawat dengan zikir-zikir munajat...

lebih penting lagi, jiwa mereka terbang tinggi seperti hud hud
dalam musyawarah burung mencari Simurgh

biarpun.... Si jahat mengatur bukti, primis,di pentas opera
kelihatan topeng-topeng berperang dengan pedang palsu
ditikim hidup semula

di mekup tebal wajah mereka
agar hilang jati diri
dengan itu mereka akan bisa melompat-lompat dengan rancak dan liar
tanpa malu pada penonton
dan  Al- Hakim..

Khalayaknya bersorak- sorak riang
setelah mangsanya dibunuh

adakah mereka jernih hati,
suci iman, murni niat

segalanya akan terjawab...
emas itu hanya 24 pada maya
namun ia infiniti nanti
hanya dimiliki oleh mereka yang
rendah diri, berakal mulia, tiada loba
taat, akur kepada Pencipta

Thursday, February 04, 2010

Berakhirkah Dusta ini!

Bermula dari corong udara
ke skrin ajaib di rumah
hingga helaian harian yang dibelek
semuanya "love"
kata mereka yang main tenis

aku anak kampung
tidak mengenal FYI, ASAP
kalau kenal pun DSAI
dulu Cloud 9.

kemudian ia menjadi 1
1 untuk semua

sekalipun satu itu hanya untuk satu
aku pun ada satu
satu matlamat
kamu pun ada satu
satu niat
Tuhan pun ada satu
Satu  hakikat

semuanya berdusta
pada mata, telinga, skrin, minda
ahhh bilakah ia akan berakhir
cepatlah berakhir
.....
jangan bermain-main dengan takdir
si cerdik pun bisa jadi si supir...

Kain tuala VS Tilam


VS


Kain tuala putih...
nanti lebih senang dibawa berbanding tilam

Bercakap tentang DNA

hal yang klise,...
mengerunkan
memeranjatkan
tidak terduga akal akan laku manusia
demi... masa manusia itu rugi
memburu harta
pangkat dan kuasa

bila nafsu bermaharajalela
betul.. jadi batil
batil jadi benar
shohih hanya berputih mata
melihat... ia diaturletak
seperti puzzle
yang telah dinomborkan dibelakangnya

pemainnya tidak akan sesat.
kerana imej terakhir itu sudah pasti
terpapar dalam setiap minda
mereka yang membaca akhbar
youtube, facebook, twitter,
segalanya akan berakhir
nombor aturannnya lengkap
akhirnya ...ia menjadi perangkap
untuk senang menangkap

kita berdakap dengan isteri dirumah
Namun dicekup salah di Genting Highland
pada malam bulan bintang berada dikedudukan yang sama
lalu ia ... menjadi saksi
keturunan pembela
Nanti, mereka akan lahir
menjadi generasi
pemarah!.

Pages


ShoutMix chat widget
 

Palomar