Monday, February 15, 2010

Pena lebih tangkas menjadi hakim VS kekurangan Omega 3

Entah di mana silapnya fenomena ini?.  Kata mereka.  kami berhasrat memberitahu kebenaran yang jelas. Kebenaran adalah matlamat kami.  Dan kami menjunjung tinggi hasrat dan amanah ini bukan kerana wang tetapi kerana mencari kebenaran.  Sejarah dan hakikat semasa telah membuktikan media memainkan peranan penting dalam mencanangkan sesuatu maklumat. Namun, silapnya apabila proses mediasi berlaku dengan begitu tirus sekali hingga keanjalan dan kewarasan maklumat yang dihidangkan menjadi basi, busuk, tidak menepati selera pembaca kerana tangan media diikat dengan beberapa peruntukan dan kepala editornya disumbatkan ke dalam mesin ATM.  Lalu mata mereka menjadi gelap, kelam dan takut kehilangan pandangan warna-warna dusta bulanan yang mengalir tetap ke akaun mereka. Merah, Biru, biru Muda, hijau dan sebagainya.

          Amat menarik apabila media perdana Malaysia semacam telah bermusyuarat untuk meletakan gambar-gambar yang mencerminkan mesej dan persepsi mereka terhadap sesuatu isu yang dibicarakan di mahkamah sebelum mahkhamah menjatuhkan hukum.  Lihat sahaja dua gambar di bawah!. Apa yang boleh kita tangkap?






Ya..  ada maknanya. Siapa yang tidak dapat menangkapnya  ada masalah kefahaman dan perlu banyak makan minyak ikan , sama ada pati ikan haruan ataupun minyak ikan kod.  Pati ikan ini dikatakan banyak khasiatnya kepada minda kerana kaya dengan Omega 3.   Sesuatu yang perlu dimakan sekiranya ingin banyak membaca di blog atau diinternet. 

Tanpa mahkamah sempat membuat keputusan, media sudah mencanangkan apakah keputusan yang seharusnya ditetapkan dan siapakah yang bersalah dan tidak bersalah.  Saya agak pasimis dengan sistem yang ada sekarang.  Adakah ia berlaku mengikut peruntukan perlembagaan.  Secara mudah dalam kes sebelum ini. Kita diajar dalam perlembagaan Malaysia. Hanya ada dua cara sahaja seseorang itu boleh dilucutkan menjadi Menteri Besar ( mengikut syarat tubuh negeri) atau Perdana Menteri.  Samada melalui undi tidak percaya 2/3 DUN maksudnya DUN dibubarkan atau Menteri Besar itu sendiri meletak jawatan secara sukarela. Namun sekarang, nampaknya ada 3 cara.  Iaitu dengan membawanya ke Mahkamah dan keputusan Mahkamah.  Sekarang buku Malaysia kita atau Pengajian Am dan Pengajian Malaysia harus diubah.  Inilah namanya manusia mencipta sejarah.

Berbalik kepada isu imej yang dimasukkan.  Dengan Imej Siaful yang digambarakan dengan senyuman dan Anwar dengan wajah agak kusam, berang, dan garang. Ini tentu sekali akan memberikan mesej dan gambarakan kepada minda pembaca. Ya, mungkin Anwar melakukan?. Inilah motif yang cuba disogokan atau diliwatkan.  Hal yang sama dengan imej kedua.  Anwar berkaca hitam, ramai akan mengatakan secara psikologinya Anwar malu untuk berhadapan dengan khalayak, maka beliau cuba berlindung disebalik kaca mata hitam.  Pada pandangan saya, itupun satu lagi kesan  sampingan daripada kekurangan Omega 3 dalam minda yang melampau.  Sekiranya otak kita mempunyai bekalan Omega 3 yang mencukupi.  Kita boleh melihat beberapa sudut. Antara yang paling logik  dan mudah adalah, silauan "flash" kamera yang difokuskan kepada Anwar akan banyak memberikan kesan kepada mata beliau dan sedikit sebanyak akan mempengaruhi tahap kesihatan mata beliau.  Cuba kita hadapakan flash kamera di mata sendiri.  Tidak sampai tiga kali flash mata kita akan mula berpinar-pinar dan dalam sesetengah kes kita akan jatuh.  Walaupun mata kita mencukupi vitamin A dan B.  Cuba bayangkan ratusan wartawan menunggu dari subuh dalam negara dan luar negara untuk mengambil "pose" terbaik mengikut niat dan matlamat yang telah ditetapkan oleh editor masing-masing. Ada sesetengah wartawan mungkin sudah menyiapkan langkaran cerita-cerita/ berita untuk dimuatkan. Tunggu masa dan kejadian itu berlangsung kemudian gambar itu akan dimasukan.  Nah ini berita saya!...bacalah, tangan dan hidung saya sudah jadi panjang seperti ponakio. Dan saya seperti patung ponakio yang boleh dimenarikan ikut sesuka hati kerana tangan kaki, badan malah  segalanya telah diikat untuk dimenarikan mengikut kehendak pengarah teater ini." kata mereka.  Maka bagi yang berpendapat rayban hitam itu untuk melindungi diri daripada malu atau sewaktu dengannya boleh ditimbangkan semula atau perbanyakkan makan Omega 3.

Namun yang jelas, imej-imej seperti ini memberikan satu gambaran kepada pembaca tentang apakah kesudahan cerita/ berita ini akan berakhir.  Saya sengaja menyamakan berita dan cerita kerana bagi saya ia tiada bezanya kerana semuanya memerlukan pengarah, pelakon, props dan skrip-skrip yang termaktub dengan rapi.

Bilakah ini semua akan berakhir dan rakyat Malaysia mengetahui bahawa pati ikan haruan itu lebih baik daripada minyak ikan kod. Halal, murah dan membantu perkembangan ekonomi  negara. Ayuhlah semua.  Kita cergaskan minda kita dengan banyak makan omega 3 dan berzikir kepada Allah. 

Kerana zikir itu adalah ubat dan penerang hati yang mampu menjadikan gambar-gambar yang dipilih tadi boleh dipertanggungjawabkan sepenuhnya. Bukan satu bentuk tomahan dan fitnah yang merosakan imej diri orang yang ditomah atau yang paling besar adalah imej penulis yang menulis artikel dan berita/ cerita itu sebenarnya.

Hentikan semua ini dengan kembali kepada kebenaran.  Gunakan bakat yang dianugerahkan untuk perkara yang lebih memulikan insan dan menjamin berlangsungan umat nabi Adam.  Wassalam.




No comments:

Pages


ShoutMix chat widget
 

Palomar