Tuesday, February 09, 2010

Hilang Seri Pagi


Tadi sepanjang perjalanan dari rumah ke tempat kerja. Aku merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Namun aku tidak dapat pastikan dimana tidak kenanya... pagi tadi kabus terlalu banyak, tebal hingga sukar dilihat. pengelihatan jadi blur dan kabur.  tidak ku dengar lagi burung berkicau.  Mungkin mereka mogok kerana Nizar kalah... kenapa ? aku tidak pasti!.. kenapa ia jadi begitu. Mungkin kerana ke DSAI yang seperti tidak kesudahan dan diperlambatkan-lambatkan. 

Mentari nampak seperti malas nak bangun, seperti aku pagi tadi agak keberatan nak bangun solat subuh. walaupun sudah mendengar ayam berkokok jam 5 pagi.. tapi semacam diselimuti oleh kulit babi.... hingga membawa kepada jam 6.30. menjadikan agak lambat untuk ku solat.. ahh satu imbas muka dan permulaan yang kurang memuaskan hari ini.  Walaupun dalam waktu solat subuh. Namun ia menjadikan timbul rasa kesal yang dalam di hati,!.


Hari ni seperti hilang seri paginya.. semuanya berjalan dengan perlahan. Seperti masa kita yang berada disebelah blog ini bergerak dengan perlahan dan seperti kita semua mempunyai  banyak masa.  Banyak perkara yang berlaku semcam di lengah-lengahkan.  Minda pun, seperti malas nak menangkap beberapa isu yang terpapar diakhabar hari ini.apabila ku berhenti membeli akhbar diwarung akhbar tadi!,,

Dalam Utusan Malaysia, Semalam isu bayi kena buang, hari ini pun isu bayi kena buang. cuma yang semalam tidak bernasib baik. meninggal dan hari sedikit bernasib baik. setelah diilhamkan oleh Allah kepada pembuang bayi tadi agar membuangnya di depan rumah polis.   Seperti nasib bayi yang baru lahir ini begitu murah dan menjadi masa mereka terlalu tidak berharga untuk dihargai oleh ibu bapa mereka

Aku merasakan seperti seluruh alam mula marah dan mula protes seperti di dalam filem box office Avatar yang berjaya mengaitkan alam ini mempunyai satu network yang akan menjadikan mereka satu dan berhubungan antara satu sama lain.  Mungkin kerana kebrobrokan yang dilakukan oleh manusia termasuk  " aku" menjadikan alam mula bersatu dan malas untuk menegur kita dengan senyuman manis bayi-bayi yang suci, "disucikan" agar mereka tidak usah mengecapikan "nikmat" pagi yang hilang seri.

Ahhh pasimisnya aku pagi ini.  aku harus mencari sesuatu yang boleh mengembalikan semangat dan jiwa kenal ku.  tapi Apakah itu?... dimanakah ia? dan bagaimanakah ia?  ya munngkin dengan membaca buku " la tahzan, atau dengan membaca beberapa surah al-quran.  aku mesti pulihkan semangat ini agar dapat berkomunikasi dengan alam kembali.. dengan membaca ayat-ayat suci yang memalukan mereka dengan mahkhluk yang memahami.  Tentu mereka akan tunduk dan akur dengan ayat-ayat suci Al-Quran. kerana ada satu peristiwa di dalam Al-Quran menceritakan .. bukit dan makhluk lain tidak sanggup untuk menerima agama islam dan Al-Quran.. kerana takut dan malu pada Allah.. namun manusia makhluk yang cukup istimewa dan " degil" kerana sanggup menafikannnya.  Ahh.. aku menjumpai senjataku untuk menundukan alam dengan ayat- ayat Al-Quran.. adakah dengan itu aku mempergunakan Ayat- ayat Allah untuk kepentingan diri.  Adakah nanti aku tidak ikhlas dan menyalahgunakan ayat-ayat Allah.

mahu tidak mahu.. ia harus diserikan kembali agar semuanya dapat kembali bertaut kembali dan ia sesuatu yang optimis dan bukan satu realiti kosong...agar agenda utama umat islam dapat ditegakkan.

aku mula tersedar  dan.. tekejut dari perjalanan minda kerana bunyi hon bas.. oh. rupa-rupanya dah sampai ditempat kerja. Terasa baru tadi ku bertoak dari rumah.. dan sekarang dah sampai.. aku terseyum sendirian.  Rupanya tidak semuanya berlaku dengna perlahan hari ini. Masih ada harapan. Persoalannya sekarang apa yang harus dilakukan.. seperti yang ilhamkan kata ku.. ayuh  sama-sama kita lakukan!

No comments:

Pages


ShoutMix chat widget
 

Palomar