Sunday, February 28, 2010

Bunuh.. jangan tidak bunuh..

Kebusukan sistem hari ini semakin ketara.  Serigala bertopeng manusia semakin luas berleluasa. Hati dan iman mula menjadi musuh tidur dan hati mereka. Tidak percaya kepada konsep takdir dan  malas menuntut ilmu adalah punca segala malapetaka.

Semakin meluas penderaan dan semakin keji hina manusia membunuh anak-anak kecil , wajah-wajah penghuni syurga terpampar megah seluruh negara.  Wajah-wajah itu sebenarnya adalah imej syurga yang penghuninya "disumbangkan" oleh manusia durja.  Penyumbangnya menempah tiket ke neraka sekiranya tidak bertaubat dengan "nasuha".  Ini adalah realiti yang semakin ketara dalam masyarakat kita.

Pedih luluh hati untuk membelek tiap helaian akhbar kerana ia umpama debaran yang akan mengoyakkan hati dan perasaan.

Bagaimana mungkin anak sekecil itu, dihumban, dilempar, dipijak dan dibuat sesuka hati oleh mereka yang berjiwa serigala malah binatang tabik spring kepada mereka kerana tidak sanggup melakukan itu semua.

" Benarlah satu pesanan. Manusia itu akan lebih teruk daripada binatang sekiranya mereka tidak menggunakan akal fikiran yang waras.  Kewarasan itu boleh dibentuk oleh kesedaran iman dan taqwa.  Kecaknaan kepada masyarakat dan sensitiviti fitrah jiwa murni manusia hasil daripada sistem yang sempurna.

Kesempurnaan itu merangkumi, makanan( halal), pemerintahan, didikan, kekeluargaan dan sebagainya. maksudnya sistem kehidupan manusia itu sendiri. Jangan kita mencari kesilapan di mana lagi yang tidak lengkap. Kita sudah tahu namun seperti membatukan diri dengan tidak mahu  menerima dan enggan untuk menerima kebenaran kerana ia bertentangan dengan kepentingan keperibadian diri kita.

No comments:

Pages


ShoutMix chat widget
 

Palomar