Monday, February 22, 2010

Bercakap tentang Agama Islam yang sebenar maka kita akan jadi Pembangkang?

Satu kekeliruan yang semakin terjaja luas dalam minda dan negara kita.  Kita akan dilebelkan dengan pelbagai kenyataan dan persepsi sekiranya kita bercakap tentang agama.  Kita akan dituduh fanatik, kita akan dituduh ekstremis , kita akan dituduh sebagai pembangkang, kuno, ketinggalan zaman dan sebagainya.

Kalau begitu, punca sebenar kepada persepsi ini sebenarnya adalah agama.  Agama Islam sebagai cara hidup. Islam is the way of life.  Islam bukan hanya ibadat ritual, Islam bukan hanya satu adat. Islam adalah cara hidup yang mesti sebati dengan umat Islam.  Mahu tidak mahu, orang Islam mesti menerima Islam sebagai satu panduan yang jelas dalam memandu hidup mereka.  Ini kerana panduan ini bukan datang daripada manusia. Sebaliknya datang daripada Pencipta yang Maha mengetahui apa yang terjadi dan akan terjadi.  Malah Dia yang mengetahui segalanya.  Siapalah kita untuk mencabar kuasa dan Ilmu  seperti itu.  Oleh itu, kurangkan ego diri, lipatlah dan koyaklah sijil , ijazah, masters dan PhD kamu  kerana ia tidak berguna dan tidak layak langsung untuk berada seiringan dengan Ilmu Allah.

Bercakap tentang agam, adalah bercakap tentang kebenaran.  Bercakap tentang kebenaran adalah kemestian yang mesti dilakukan.  Suara mejoriti seperti utilitarian , tidak layak untuk mengambil tempat dalam perbincangan kebenaran.  Kerana banyak tidak semestinya menunjukkan benar.  Dan sikit tidak semestinya menjadikan ia salah.  Salah benar adalah sesuatu yang mutlak di sisi Allah.  Kita manusia sepandai-pandai memberikan justifikasi mengatakan ini boleh dan ini tidak boleh.  Sedangkan kewajaran itu telah tersurat dan tidak boleh dicela lagi. 

Alangkah malang bagi mereka yang mencela dan menolak hukum-hukum kebenaran Tuhan.  Dan disaat mereka membuka mulut menyatakan tentang hukum kebenaran g Tuhan mereka akan dituduh sebagai pembangkang.

Sesuatu yang amat ironis apabila sesuatu yang dihalang dan disukai oleh manusia adaalh sesuatu yang selari dengan nafsu dan agama melarang tegas segala kemahuan nafsu yang tidak mengikut landas-landas syariat  Namun bukan makasud semua nafsu itu ditegah.  Ia mesti selari dengan syariat dan panduan daripada Allah.

Di saat menulis ini, ramai akan mengatakan saya pembangkang sedangkan soal yang lebih penting adalah kebenaran.  Saya yakin mereka yang sihat akal akan menyokong kebenaran bukan menyokong kebatilan.  Kebenaran itu adalah berdasarkan landasan agama Al-Quran dan Sunnah.  Mengapa dicipta lagi kebenaran lain tidak benar namun "diavangardkan"sebagai benar.

Soal pembangkan atau pro kepada pemerintah adalah soal yang akan datang sekiranya dasar yang diperjuangkan menepati asas-asas agama murni Islam.  Ini kerana amat penting untuk menjaga Agama bukan parti atau pertubuhan.  Ini kerana polisi dan hukum Agama tidak akan berubah.  Namun polisi parti dan "hukum" parti boleh berubah.   Oleh itu, apakah pendirian kita, Parti atau agama, kelompok atau puak, atau apa sahaja.

Soal apa yang harus dipentingkan. Siapa yang harus menentukan?.. ini bergantung kepada sejauhmanakah kesedaran , kecintaan , kasih kepada Agama.. iaitu agama Islam.

damak09
jln hamzah.
23/02/2010

No comments:

Pages


ShoutMix chat widget
 

Palomar