Tuesday, March 23, 2010

Luasnya Ilmu Allah



Sebentar tadi, saya baru selesai menghadiri bangkel SPSS 12advance.  Dengan latar belakang pendidikan sastera dan falsafah.  Aku tersenyum sendirian.  Secara keseluruhan saya memahami 80 % daripada apa yang diajar pada 2 jam pertama.  Namun setelah masuk  jam ke -3, Saya mula "lost" apabila masuk kepada bahagian- bahagian pengaplikasian kepada teori. Pada bahagian teori tiada masalah kerana saya masih mempunyai asas kefahaman falsafah terhadap apa yang diutarakan.  Mungkin kerana bidang yang diajar banyak tertumpu kepada statistik secara mendalam dan rinci.  Dan saya sendiri tidak pernah terdedah kepada subjek itu.   Saya agak sedikit kecewa kerana tidak memahmi banyak perkara-perkara ( istilah, perkataan yang digunakan)  namun saya senyum sendirian apabila teringat pada satu firman Allah

" Sekiranya seluruh air lautan yang wujud dimuka bumi ini dijadikan tinta dan ditulis ilmu-ilmu Allah dan ia kering.  Dan ditambah pula oleh Allah satu lautan lain yang sama banyakknya.  Dan ia kering. Maka nescaya ilmu Allah itu belum habis ".



Ha . ha menjadikan saya terfikir.. luas sungguh ilmu Allah. Siapalah  aku untuk memahami ilmu seluas itu dan aku sentiasa berusaha sedaya mungkin untuk mengaitkan ilmu-ilmu ini supaya berada di dalam satu sentris yang sama.

Dan ilmu SPSS itu sendiri, digunakan untuk mengkaji sifat jirim dan jisim makhluk sama ada secara objektif atau subjektif untuk menyatukannya dengan keberadaan jagat raya ini dengan Allah.  Ahh.. jangan risau ilmu itu satu.   Walaupun, aku sendiri tidak mahu mengalah untuk terus belajar dan memahami ilmu SPSS secara tegar selepas ini.

Secara asas.. semua hal-hal yang berkaitan dengan " data entery" itu amat mudah untuk difahami.  Namun apabila tiba kepada beberapa hal yang kita tidak tahu... maka kita akan menjadi tidak faham.  Dan isnyallah apabila kita tahu kita akan cepat faham sekiranya kita berjaya mengaitkan ilmu itu dengan Ilmu agama dan Allah.. itulah konsep senteris yang saya pelajari satu masa dulu'' insyallah.. Allah akan permudahkan



damak09
KB
24/04/2010

No comments:

Pages


ShoutMix chat widget
 

Palomar