Aku terfikir sendiri. mungkin kerana aku ini suka berfikir dan banyak berfikir. Namun, hari ini terfikir dalam benak mindaku.. esok 26/03, lusa 27/03 dan tulat 28/04.. Jadi apa yang menarik? Kelantan akan ada JOm Heboh... ha ha.. rasa macam pelik, dan rasa macam tak percaya..
Itu tidak menjadi satu isu pelik sangat lagi... Yang lebih hangat dan pelik.. apabila bagaimana pihak pengajur TV3 hendak mengislamikan program mereka. Tentu sekali kerajaan negeri memberikan syarat-syarat yang ketat. Jikalau tidak, segala kutukan pembakang di medan ceramah rakyat sebelum ini hanya satu drama dan cakap kosong sahaj. Sebelum ini, nyata kebanyakan penceramah PAS ( kerajaan negeri kelantan) membantah dan mengkritik pengajuran JOm Heboh. Tentu sekali kerana pengisiannya yang bersifat terlalu banyak hiburan. Dan sekarang!.. bagaiamana bentuk pengisian progeram itu nanti. Ha.. ha menanti dengan penuh debaran untuk menulis dengan lebih lanjut lagi tentang perubahan semasa di kelantan ini.. Sama ada ia bersifat positif atau negetif. Pihak kerajaan negeri harus berhati-hati dalam soal ini sekiranya tidak mahu.. belati memakan tuan sendiri..
No comments:
Post a Comment