Monday, March 22, 2010

Jari Manis untuk Mertua



Anugerah binari dari Allah
berpasangan tanda indah.
Tanda lengkap
tanda kuat
tanda semangat


jari sepuluh indah istimewa
berpadu mereka menjadi senjata
bercerai mereka lemah sengsara

Harus ingat!
Jangan kau takbur!
semua akan sujud pada ibu!



yang bongsu kelingking
kau paling nakal bergerak
dan di manja

Yang tengah.. kau hantu
amat nakal.. mungkin kerana kau paling tinggi
kau mampu berada pada hujung yang lain
namun jangan riak.. kau tidak sekuat mana

Along , kau jangan menunjuk-nunjuk
walau kau pertama,
suka menjadi pengarah
suka mencari pesalah

Wahai, kedua akhir !
kau pendiam
dan manis




menjadi buruan dara dan teruna
untuk hadiah istimewa pada mertua
untuk dikalongkan emas permata

kerana mu banyak mengalah
pendiam  tanda pasrah
tunduk tanda akur
kau istimewa
bersambung terus dari hati

pasangan mu bukan disini
kau bakal pergi
menjadi wakil
diri untuk membela
maruah umat Nabi

lepaskannya dengan bermaruah
berdara sunti
wahai !.. penjaga amanah!
kerana itu wajib untuk ajnabi

damak09
Pasir Mas

23/03/2010


No comments:

Pages


ShoutMix chat widget
 

Palomar