Wednesday, March 17, 2010

Amalan Tahlil di Negeri Kelantan. Ibadah, atau adat atau membebankan


Saya berfikir panjang sebelum menulis pandangan tentang tajuk ini.  Saya merasakan apakah hak dan profesion saya untuk membahasakan tajuk yang agak berat dan besar ini.  Ini kerana saya melihat kepada keterbatasan bidang ilmu saya di bidang agama.  Saya merasakan tajuk ini penting untuk dimulakan dibincangkan.  Namun mungkin tulisan saya ini hanya sekadar lontaran pendapat atau cetusan pemikiran yang dilihat dari sudut semasa dan realiti kehidupan sekarang.

Mungkin saya boleh mulai dengan adat dan situasi yang berlangsung sekarang.  Sebelum ini,saya sudah merasakan adat tahilil yang diadakan disekitar tempat saya di Pasir Mas. Kelantan dan mungkin dibeberapa tempat lain semacam satu perkara yang amat membebankan keluarga si mati.   Kenapa saya berpendapat demikian.  Ini bergantung kepada keadaan dan keperluan semasa yang lebih penting.  Bukan soal saya berkira-kira atau kedekut atau menentang keras amalan ini.  Namun saya cuba menyelami hati dan perasaan keluarga si mati yang terpaksa menanggung beberapa kos yang boleh dikatakan agak tinggi dalam usaha untuk " mendamaikan" si mati.   Ya.  semua tahu, ia adalah satu bida'ah. hassanah.  Dan ramai berpendapat ia adalah sesuatu yang harus dan boleh dilakukan.  Namun, dalam konteks yang bagaimana?. 


Sekiranya kita telilti satu hadis  kesimpulan " apabila meninggalnya seorang anak Adam, hanya  3 amal yang akan berterusan sampai kepadanya. iaitu amalan anak yang soleh, ilmu baik yang berterusan di amalkan, dan amal sedekah jariah semasa hidupnya kerana Allah.".

Dan sekiranya kita melihat, kepada keadaan ini, tidak ada bahagian langsung untuk majlis tahilil itu mengambil tempat. Namun, ramai yang berpendapat ia boleh dimasukan ke dalam bahagian amalan anak yang soleh, dan di kukuhkan dengan Firman  " berdoalah kepada Ku nescaya akan  Ku makbulkan".

Maka, di persetujui majlis tahlil adalah satu perkara yang harus dilakukan,  dan Insyallah dengan rahmat dan kasih Allah si mati akan mendapat pahalanya.   Itulah antara sandaran hujah dan dalil yang saya tahu mewajarkan majlis tahlil.

Namun,  apa yang berlaku agak bertentangan. sesuatu yang asalnya harus sudah menjadi kewajipan dan semacam adat dan perkara yang mesti dilakukan.  Sekiranya tidak dilakukan, mereka yang tidak faham akan mula mengatakan keluarga si mati ini kedekut, tidak sayangkan kepada si mati dan sebagainya.

Dalam majlis tahlil yang saya ikuti dua tiga hari lepas. Saya mula membuat matematik mudah daripada hari pertama si mati hingga hari ke -7.

Perbelanjaan hari pertama- kain kafan- wajib- RM 120.00, Gali kubur Rm 200.00 ( sagu hati wajib),  Untuk majlis solat jenazah, ( RM 10.00 satu sampul) dan biasanya minimum 60 sampul untuk 60 orang atau lebih- RM 600)- wajib. Termasuk dalam plastik bag itu juga, nasi berlauk (RM 2.00- optional/wajib), Air mineral (RM 0.80-optional/ wajib).

Ini tidak termasuk kain pelekat, kain sarung, untuk hadiah kepada mereka yang akan membaca 30 juzuk Al-Quran di kubur dan termasuk upah pula mungkin ( RM 100. seorang)- dulu dipanggil (Menunggu kubur)

Kalau dibaca secara 30 orang serentak, sagu hati kepada pembaca seorang satu juzuk antara  RM 10-30 seorang. biasanya RM 10 juga.. Tetapi diberikan kain pelekat berharga lebih kurang  ( RM 20.00) X 30 orang.

Ini adalah untuk hari pertama majlis kematian, sebelum, semasa, dan selepas pengebumian.  Keseluruhan kos sekitar   RM 1990.00 atau kalau dibudarkan adalah RM 2000.00.

Kemudian malamnya akan bermulalah majlis tahlil, yang akan lagi banyak membazirkan wang dan menekan bagi mereka yang tidak mampu.  Kalau jamuan nasi, paling -paling tidak, mereka kena membelanjakan antara RM 500.00 atau lebih untuk satu malam. ini pun dianggap sebagai terlalu murah sekiranya ada jiran-jiran yang sanggup datang membantu.

Keadaan ini mungkin boleh diterima sekiranya berlaku hanya pada malam pertama.  Namun sekiranya terus berlangsung selama  7 hari berturut-turut. Ia tentu sekali akan membebankan keluarga si mati.  Hinggakan ada " kanak-kanak membuat teka teki." banyak -banyak perkara yang kita tanam, tanam apa yang cepat boleh makan." maka jawapannya . Tanam orang mati. hari ini tanam. Malam nanti boleh terus makan di majlis tahlil.  dan di sesetengah tempat., majlis ini akan terus diraikan untuk setiap malam jumaat setiap minggu sehingga malam 40 hari selepas kematian.  Dan bagi mereka yang mampu 100 hari selepas kematian.  Dan kemudian, apabila mereka ada kelapangan wang pada bila-bila masa.

Makan 100 hari, tidak lah dilihat sebagai satu kewajipan besar, namun makan 40. kalau tidak dibuat akan dilihat sebagai melakukan satu kesilapan besar. Malah ada yang beranggapan sebagai anak tidak mengenang budi dan sebagainya.  Satu soalan saya yang kurang arif ini.  apakah nas-nas dan dalil-dalil yang mengatakan tidak buat makan 40 hari dan tahli dianggap sebagai jahil.. tentu mereka yang berkata demikian akan ternganga kerana tiada hadis dan dalil yang sahih. yang ada cuma satu adat yang diwarisi diikuti,dipercayai dan kemudiannya menjadi satu  adat yang dianggap ibadat.

Sudah sampai masanya, kita menimbang semula sambutan majlis tahlil yang melampau ini.  Setahu saya, ia lebih kepada pengaruh budaya Hindu yang berkabung di atas kematian pada hari-hari tertentu. Kemudian , apabila Islam datang , ia  cuba diharmonikan mengikut  roh islam.  Sedangkan, Nabi, para sahabat, para tabii, tidak mengamalkannya.

Mengapa masyarakat kita suka membuat perkara yang sia-sia yang belum pasti sahih dan fidilatnya.  Tambahan pula nanti ia akan amat membebankan mereka yang tidak mampu.  Bagi mereka yang mampu, nak buat sepanjang tahun pun tidak ada masalah!..

Mungkin kerana hendak menjaga adat inilah, kalau tak dibuat , dikata dek orang, tidak pandai bermasyarakat pula kata mereka.  Maka, datanglah idea untuk menubuhkan  Khairat Kematian, Takaful Kematian, dan seumpamanya.  Namun, disebabkan sambutan majlis tahlil ini keterlaluan. wang sumbang khairat kematian dan takaful pun tidak mencukupi. Hingga menimbulkan masalah lain apabila keluarga si mati bergolok gadai dan berhutang. 

Amalan ini tidak termasuk dalam ketegori sunat pun, namun diperbesarkan hingga menimbulkan masalah lain.  Ini sesuatu yang perlu dilihat secara serius agar kematian tidak menjadi satu perniagaan dan sumber pendapatan kepada mereka yang lain.  Kematian seharusnya menjadi satu titik keinsafan dan renungan untuk ditanggung secara kolektif dan bukannya medan untuk membuat pernianggan dan keuntungan seperti dalam agama lain.  Oleh sebab itu, Islam mengamalkan sistem wakaf. Sekiranya semangat kerjasama dan faham kehendak hukum yang sebenar dilakukan. Ia tentu sekali tidak akan membebankan keluarga si mati.  Di saat ini, saya sendiri mula berkira-kira, paling-paling tidak  pada waktu ini saya mesti ada dalam simpann lebih kurang RM 5000.00 sekiranya tidak mahu menyusahkan keluarga saya apabila saya meninggal yang kita tidak pasti bilakah waktunya. Waallahu' alam

Gambar Hiasan

No comments:

Pages


ShoutMix chat widget
 

Palomar