Thursday, March 18, 2010

Fadillah maksudnya Lebih (Mulia)





(Virtuous, Outstanding, Superior, Cultured and Refined)



Seindah nama

Semulia akhlak

Perkerti lambang maruah dijaga

Ditabur setiap senyuman

Dengan ikhlas tanpa prasangka

Periang ceria,

Peramah , tidak lokek bila ditanya



Peribadi mulia

Semulia Fadilah

Kepercayaan Ayahanda dan Bonda

Tersusun rapat amanat dihati

Disesip teguh disanubari

Mudahan ,

Cahaya bakal datang berseri

Menjadikan hidup bermakna dan dirahmati



Indah alam kejadian Tuhan,

Pujian manusia, memuji Tuhan

Memuji kesabaran, keberkatan,

Doa ibu mu termakbul



Doa Ayahmu tersemat kukuh di Luh Mahfuz

Doa mu, Tuhan makbulkan

Doaku moga ku terus berjaya

Usaha, tekun dan bahagia.



Damak09.

Jalan Hamzah

3.47pm

18/03/2010

Titipan ikhlas untuk Fadillah

Pensyarah Nursing

No comments:

Pages


ShoutMix chat widget
 

Palomar