Monday, March 15, 2010

Bahagia dengan banyak memberi pertolongan /bersedekah



Geseran, demi geseran dalam kehidupan menjadikan  semangat kita semakin haus dan longlai.  Ada yang tewas dengan keletihan itu. Dan tidak kurang ada yang mati dipertengahan jalan sebelum sampai ke destinasinya.  Ia menjadi resam dan adat dalam melihat hidup dengan kaca mata keseluruhan.

Satu persoalan yang penting. kenapa mereka cepat letih dan longlai. ? kenapa mereka cepat menyerah kalah.  Kenapa hati mereka cepat kering.  Kenapa mereka tidak berusaha dengan cara yang lain. Jawapanya mungkin mudah. Dan mungkin susah!. 

Apa yang mudahnya?  Hal yang mudah ialah banyak bersyukur dan banyak membantu.  Ini akan menjadikan hati kita hidup dan basah dengan pujian kepada Allah.  Banyakkan zikir. ia membasuh hati dan membunuh "mazmummah".  Membunuh ammarah dan menjadikan kita sedar bahawa kita tidak hidup sendirian.

Dan jawapan yang susahnya ialah kedegilan nafsu dan keegoan diri manusia itu sendiri. Ini amat sukar untuk diubati dengan difahami.

Fikirkan masih ada saudara mara dan rakan taulan disekitar kita yang menjadikan hidup kita ini lebih bermakna.  Oleh itu, untuk memaknakan hidup, kita perlu menjadikan kita lebih bermakna kepada orang lain.  Banyakan membantu dan menolong orang lain akan menjadikan kita bahagia, tenang, lebih senang fokus akal fikiran dan meletakan darjat kita tinggi di sisi Tuhan dan manusia. 


Menolong dan bersedekah akan mampu menjadikan kita lebih sihat mungkin insyallah lebih panjang usia kerana keberadaan kita bukan hanya untuk diri sendiri malah amat berguna untuk orang lain juga dan mungkin juga menjadi sebutan doa mereka yang dibantu agar dirahmati.  Dengan kata lain, jadilah orang yang berguna dan bermanfaat untuk orang lain.  Hidup bukan sekadar sebatang lidi yang berdiri keseorangan ditengah padang. Ia akan mudah reput dan patah ditimpa hujan panas dan seterusnya kesunyian dipenghujung hidup.  Sesuatu yang amat menakutkan dan memedihkan. Namun itu akan bakal berlaku sekiranya semuanya sering dipusatkan kepada pendirian diri yang  janggal dan tidak dapat diterima oleh orang lain.



Maka , jadilah hujan yang memberi manfaat kepada tanah, seterusnya tanah memberikan manfaat kepada tumbuhan, dan tumbuhan memberikan manfaat kepada haiwan dan manusia, dan manusia memberikan manfaat kepada manusia dan alam.  Dan berbakti kepada Tuhan.  Dengan cara itu kita boleh melihat hidup ini dengan pandangan yang lebih jelas. Insyallah


No comments:

Pages


ShoutMix chat widget
 

Palomar