Tuesday, April 06, 2010

Hobi Baru ku


Salam tadi... aku mula berjinak- jinak dengan satu hobi baru.. haha.. menembak.  Bercadang untuk mendaftarkan diri sebagai ahli persatuan menembak.  Aku paling-paling tidak ada alasan sendiri untuk hobi ini.  Teringat aku satu hadis nabi  antara lain menggalakkan umatnya mempelajari 3 perkara
1) berenang
2) menungang kuda
3) Memanah

kalau kita padankan dengan keadaan semasa.  Berenang itu memang tak boleh nak ubah.. tetap kena berenang. Tapi yang menariknya Mekkah dan Madinah di padang pasir. Rasullulah mengalakkan umatnya mempelajari sukan berenang.

kedua. menungang kuda.. kalau keadaan semasa mungkin maksudnya motor atau memandu kereta.

ketiga memanah.. keadaan semasa sepadan dengan menembak.

Atas dasar itu, aku memberanikan diri untuk menyertai persatuan ini. Walau pun ramai mengatakan ia adalah permainan orang kaya-kaya dan berduit. Namun rasanya setakat nak pergi seminggu sekali tu. insyallah masih dalam kemampuan aku. Insyallah.

Di samping menembak akan menjadikan kita lebih fokus kepada kerja-kerja yang kita lakukan.  Aku amat suka dan minat pada fokus kerana ia memberikan latihan kepada otak kita untuk menyelesaikan masalah dalam tempoh yang singkat.  Aku yakin sukan ini amat berguna untuk menjana kemahiran akal dan taakul minda dalam  diri  untuk kita memaksimakan kebolehan menguruskan diri dan masalah.  Manakan tidak, sebelum menembak kita harus mempunyai satu sasaran atau target yang jelas.  Tidak boleh terburu-buru, fikiran mesti tenang dan kepuasan akan tercapai apabila bidikan kita mengenai sasaran.

Dan sekiranya dalam aktiviti " aku namakannya piring terbang".  Kita tidak boleh terburu-buru dan harus menembak sasaran yang sedang bergerak.  Ini satu sukan yang memerlukan tahap kesabaran dan kemampuan untuk menjangkakan corak penerbangan sesuatu piring terbang.  dan kepuasan akan jelas terpancar apabila kita mampu membidik piring itu.

Aku berpendapat. Alasan itu sudah cukup untuk membenarkan aku melabur dalam sukan menembak ini. Wa'allah hu alam.

1 comment:

Pages


ShoutMix chat widget
 

Palomar