Sunday, March 28, 2010

Sangkar Bayi langkah terdesak...! VS Kaunseling Kampung Gred U 41




Langkah terdesak atau sesuatu yang bersifat lighting project.  Ah.. mana satu?.  Kita tidak dapat pastikan. namun yang pasti ia mesti lakukan dengan berhati-hati. Supaya mereka yang terlibat tidak  mendapat lesen besar untuk terus telibat dalam noda maksiat ini.

Hasil sumbang saran dengan kawan sepejabat maka datang satu idea yang mungkin bersifat jalan tengah kepada penyelesaian logik akal manusia.  Ini kerana secara terang-terangan pemerintah  menolak dan tidak mahu melaksanakan undang-undang yang bersifat islamik. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan mereka fobia dengan undang-undang Islam ini.  Maka , kami berhempas pula memikirkan cara logik yang mungkin dapat diketengahkan untuk menyelesaikan masalah ini.  Ternyata idea rumah pembuangan bayi, kurang tepat untuk dilaksankan dinegara kita.  Ini akan memberikan mesej yang salah kepada penzina dan seterusnya ia juga akan memberikan mesej yang salah kepada rakyat tentang pendirian kerajaan dalam menanagi isu ini.

Maka setelah dibincangkan secara rinci dan kulit bawang.  Maka tercetus satu idea untuk melantik seorang pegawai kaunseling kampung Gred Gaji U41 yang melaporkan terus tugas mereka kepada pengawa atau kepada ketua Kadi Daerah.  Maka datang pula satu bahasan mengapa kita nak belanjakan duit rakyat.   Tidakah lebih baik kita perluaskan tugas imam dikampung.  Bukan setakat menjadi imam dimasjid sahaja.  Sebaliknya menjadi pegawai bergaji penuh untuk menyelia hal-hal pembangunana kampung.  Dan ketua kampung sendiri boleh memainkan peranan penting untuk mendidik masyarakat.  Maka , dilihat idea melantik kaunselor peringkat kampung / taman, amat penting untuk lebih dekat dengan masyarakat.  buat masa sekarang peranan kaunseling terhad kepada kes-kes yang dirujuk oleh mahkmah atau kes-kes yang dilaporkan.  Mahu tidak mahu langkah pencegahan apabila seorang remaja telanjur mereka ada tempat untuk merujuk dan mereka boleh diselamatkan untuk diletakan dipusat jagaan ataupun pemulihan akhlak.  Entah lah,, macam-macam idea akan datang ia hanya akan bersifat sementara.  Secara teori ia akan nampak cantik  namun apabila sampai pada peringkat perlaksaan akan ada masalah bajet, penyelewengan dan sebagainya.  Hal- hal ini, wujud kerana kedegilan kita untuk melaksanakan perintah hukum fitrah manusia seperti yang tercatat dalam Al- Quran.   Kita cuba membuat manual sendiri seperti sebuah komputer aatau robot yang dicipta oleh manusia namun cuba membuat manual atau SOP untuk dirinya sendiri.  Ahhh.. ia tidak akan lengkap kerana pengetahuan robot tentang dirinya amat terhad dan ada banyak aspek tentang diri Robot itu yang tidak diketahui.  Lawak dan lucu.. namun itulah idea lemah yang kami sarankan sebagai langkah terdesak untuk menyelesaikan masalah yang kian parah.  Mengikut Al- Islam bulan April 2010 dikatakan  pendaftaran anak luar nikah seramai 17 kes dalam tempoh 17 saat. Dengan kata lain 1 kes  1 saat.  wah.. hebatnya Malaysia.  Apakah yang hebat sebenarnya?.. Kerajaannya, pendidikannya, medianya, internetnya, masyarakat, remaja, keluarga atau agamanya.  Cuba kita renung dan fikirkan sejenak!


No comments:

Pages


ShoutMix chat widget
 

Palomar