Friday, March 19, 2010

Kata-kata hikmah untuk motivasi

Berikut adalah beberapa petikan kata-kata motivasi yang saya petik daripada buku motivasi saya " Mengenal diri dan beriman pencetus motivasi.  Moga memberi manfaat.  Ayuh kita berusaha!, berdoa dan bertawakal

 Budaya dan Tradisi Islam,


1. Firmah Allah (s.w.t) “ Hanya sesuatu kaum itu yang berhak mengubah nasib kaumnya”

2. Kenalilah diri mu sebelum kamu mengenal Tuhan

3. “doa itu adalah senjata bagi orang Islam”

4. “Tidak akan gugur sehelai daun dan bergerak sebutir pasir di lautan tanpa izin Tuhan”

5. “Berusahalah kamu nescaya kamu akan berjaya”

6. “Rahmat Tuhan akan datang kepada orang yang sabar”

7. “Di sebalik keburukan yang menimpa akan sentiasa ada rahmat dan kebaikan yang boleh dipelajari”

8. “Gantunglah cita-cita mu setinggi langit” (Saidina Abu Bakar R.A)

9. Kejayaan itu harus datang dengan berkat, berkat itu akan datang setelah kita melakukan 3 perkara, patuh perintah Tuhan, hormat ibu bapa dan guru.

10. Janganlah kau mengejar bayang-bayang, kerana ia tidak kesampaian, dongaklah ke langit, kau akan lihat bayang-bayang di bawah tapak kaki.

11. Sebelum Tuhan menjadikan manusia “telah ditetapkan jodoh, rezeki dan ajal maut seseorang hamba”

12. Perihal nafsu manusia itu” sekiranya Tuhan berikan segunung emas kepada mereka, tentu akan menginginkan segunung emas yang lain”

13. Belajarlah bersyukur kerana Tuhan akan tambahkan nikmat itu, dan janganlah kamu menjadi orang yang kufur (nikmat)

14. Adapun nikmat yang paling besar bagi orang Islam ialah nikmat Iman (Islam) yang lain hanya bayang-bayang.

15. Kejayaan adalah hak mutlak orang yang Sabar

16. Sabar itu separuh dari Iman

17. Tidak ramai orang Islam yang mengatakan “masuk syurga adalah cita-cita ku”

18. Marah itu adalah syaitan, jikalau kamu berdiri, duduk, jikalau duduk, baring, jikalau baring masih tidak teurai marah itu maka “ berwuduklah”

19. jikalau hati resah, berselawatlah kamu

20. Mintalah dengan Allah kerana Allah Maha kaya. Budiman dan dermawan manusia ada hadnya.

21. Menuntut ilmu itu dari buaian hingga ke liang lahad.

22. Walau tinggi kamu mendaki, lihatlah ke tanah kerana tempat itu kau akan kembali

23. Mukmin yang berjaya mesti pandai berkata “Alhamdulillah”

24. Setiap kerja yang dimulakan dengan Bismillah pasti ada berkatnya.

25. Berfikir tentang kekuasaan Tuhan juga adalah ibadat.

26. Nasihat Rasulullah, bergesa-gesalah kamu sebelum datang lima perkara,1) Hidup sebelum mati, 2) sihat sebelum sakit 3) muda sebelum tua 4) kaya sebelum miskin 5) lapang sebelum sempit.- mesejnya hargailah masa.



27. Ingat akan mati itu akan menguatkan motivasi diri mu.

28. Tuhan itu Maha Pengampun dan Maha Pemurah,

Firman Allah (s.w.t) “Berdoalah kepada Ku nescaya akan Ku makbulkan” (Ghaafir:60)



29. Belajarlah dari kisah semut dan anai-anai.

30. Ujian itu datang untuk menguji keimanan hati.

31. Allah (s.w.t) tidak akan menguji sesuatu yang tidak tertanggung oleh Manusia, kerana Allah (s.w.t) itu Maha Adil dan Saksama.



Nasihat Orang Melayu.

1. Berakit-rakit dahulu berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian.

2. Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih

3. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

4. Untuk mencapai awan yang tinggi, kita tidak semestinya terbang, cukup dengan membina layang-layang.

5. Menjadi yang terakhir tidak semestinya kita gagal, kita harus bersyukur kerana kita juga berada di dalam kelompok itu.

6. Ikut rasa binasa, ikut hati mati (ikut iman kau akan tenang)

7. Kebaikan sering menjadi milik orang lain, walaupun pada hakikatnya orang lain melihat diri kita lebih beruntung daripada mereka.

8. Jadilah kamu padi makin tunduk makin berisi.

9. Jatuh ke ladang menjadi sumur, jatuh ke laut menjadi pulau

10. Manusia akan lebih mengingati keburukan yang dilakukan sekali, walaupun kita telah melakukan seribu kebaikan.

11. Membujur lalu melintang patah.

12. Hidup mesti diteruskan selagi hayat dikandung badan.

13. Kau adalah apa yang kau fikirkan

14. Kejayaan tidak akan datang bergolek.

15. Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah

16. Gagal sekali bukan bererti gagal selamanya

17. Api tidak akan panas dengan hanya menyebut “Panas”

18. “Bila bermula tidak pandai berhenti, hanya maut penyudah diri”

19. “Hari pertama lahir kau sudah menangis, itu tanda hidup ini banyak dugaan”

20. Tidak salah toleh ke belakang untuk melihat berapa tinggi telah kita daki,supaya kita tidak tergelincir kaki.

21. Barang yang lepas jangan dikenang, kalau dikenang merosakkan diri

22. Kalau bapa kencing berdiri anaknya kencing berlari

23. Bahagia datang dari hati bukan dari apa yang kau miliki.

24. Orang tamak selalu rugi.

25. Semua orang mengharapkan masa boleh undur supaya mereka menjadi baik, hakikatnya sekarang adalah masa terbaik untuk memulakan

26. Pentingkan yang lebih penting daripada yang penting.

27. Mengapa tunggu esok untuk berubah kerana esok bermula dengan hari ini.

28. Orang yang kaya ilmu tidak akan miskin harta.

29. Kalau sesat di hujung jalan, kembalilah ke pangkal jalan,

30. Buang yang keruh ambil yang jernih

31. Sedangkan lidah lagi tergigit

32. Bumi mana tidak ditimpa hujan.

33. Mengapa berat mengatakan maaf, sekiranya ia akan melegakan.

34. Ibu-bapa lembayung diri,menjadikan diri semakin besi

35. Lidah adalah harta sejati manusia.

2 comments:

MSOM said...

Banyak pesanan di sini, syabas!

damak09 said...

Ya.. mudahan.. menjadi satu dorongan untuk kita semua

Pages


ShoutMix chat widget
 

Palomar