Thursday, November 23, 2006

Kembalikan Roh Perjuangan Islam untuk mendapatkan kuasa Veto di PBB berasaskan penganut agama di dunia


Melihat agama Islam itu sendiri yang cukup sempurna. Ia telah mengariskan kepelbagaian undang-undang dari hujung rambut sampai hujung kaki berkaitan dengan kehidupan mansia. Terdapat banyak cara dan pendekatan yang telah digunakan untuk memahami dan mengerti ajaran Islam yang sebenar. Dan ia juga merupakan satu perjuangan kita untuk memahami dan mendaulatkan Islam dibumi Allah.

Persoalan perjuangan menggunakan pedang dan pena telah lama diperkatakan dan ia sudah menjadi satu klise. Bagi mereka yang fobia dan tidak mengerti tentang agama. Mereka sering kali menerima hujahan bahawa agama Islam ini diperjuangan dengan pendang. Mereka terpengaruh dengan pelbagai cerita dan tanggapan negatif yang disebarkan oleh musuh-musuh Allah.

Sememangnya maksud perjuangan di dalam Islam tidak boleh disempitkan kepada makna tertentu mati syahid sahaja. Ia sangat luas dan merangkumi pelbagai lapsian yang perlu difahami. Pejuang Islam yang sebenar harus mengerti beberapa istilah penting yang sering dikaitan dengan manusia. Antara yang paling popular ialah khalifah, pemimpin dan penghuni bumi. Oleh itu, seorang muslim harus menjadi pemimpin baik dari sekecil-kecil organisasi sehingga ke peringkat dunia. Dari institusi keluarga mungkin ke badan PBB.

Soal menjadi kepemimpinan ini amat penting. Mulsim lahir untuk memimpin dan bukan dipimpin. Namun, muslim yang memimpin tadi wajiblah orang yang berilmu dan mendapat sokongan ramai atau popular. Soal ilmu mungkin hal yang mudah sekiranya seseorang itu kental mencari ilmu dan mentalaah. Namun soal popular ia sedikit berbeza kerana ia melibatkan orang ramai. Walaupun pada hakikatnya semuanya datang daripada Allah.

Dalam kehidupan sekarang apakah sinario yang dapat dilihat. Adakah orang Islam memimpin?. Jawapanya kalau dinegara ialah “Ya” tetapi diperingkat dunia jawapannya “Tidak”.

Oleh itu satu mekanisme harus dilakukan antaranya ialah penyatuan umat Islam dunia. Idea untuk menyatukan negara-negara Islam sendiri telah lama wujud. Namun, kegagalan objektif dan kehambaran OIC adalah sesuatu yang mendukacitakan. OIC pada pandangan sistem pemerintahan Islam harus merupakan satu pusat pemerintahan Negara-negara Islam. Maksundya ia umpama satu bentuk empayar Islam yang baru yang menghimpunkan semua Negara Islam yang berasaskan kepada system pemerintahan Islam yang dipersetujui bersama. Oleh kerana, agenda agama Islam itu tinggi lebih dominan sepatutnya. Pertubuhan yang berasaskan agama akan lebih berjaya menyatupadukan umat Islam seluruh dunia. OIC mampu menjadi satu empayar Islam yang kuat. Oleh sebab itu, persefahaman antara pemimpin dan dasar kerajaan Negara OIC sendiri haruslah berasaskan kepada agama Islam bukanya berasaskan kepada sistem celupan yang diambil daripada system secular. Ini akan melemahkan negara dan umat Islam itu sendiri dan seterusnya menjadi batu penghalang kepada aspek perpaduan umat Islam yang utuh.

Roh perjuangan ini harus dikembalikan. Kembalikan roh perjuangan sebenar Islam dengan menggunakan platform yang sedia ada atau baru. Numun ia cukup mencabar keikhlasan iman hati-hati muslim. Adakah muslim diseluruh dunia sanggup berada di bawah satu payung pemerinthan seperti empayar Islam lampau. Bersediakah kita? Ini adalah antara cabaran hebat kerana melibatkan tolak ansur yang tinggi. Namun pelbagai alternatif dan situsai menang-menag boleh di rancang. Sekiranya kita melihat kepada konsep ekonomi Islam sendiri manusia hanya pengurus amanah Allah dan hanya Allah penguasa kepada sumber ekonomi. Dan seharusnya ia sudi dikongsi dengan muslim yang lain secara sama adil.

Mengikut laman web The World Fact Book daripada laman web CIA (Central Intelligence Agency) bilangan rakyat di negara China ialah 1,306,313,812 dan mereka berjaya menguatkan hujahan mereka untuk mendapatkan kuasa veto di dalam PBB. Namun jumlah umat Islam yang lebih ramai iaitu 1,902,095,000 (www.islamicweb.com) gagal untuk mendapatkan undi dan kuasa veto di dalam PBB.

Jika dinilai daripada aspek ini. Beberapa rungkaian masalah timbul, antaranya kekeliruan untuk meletakan keutamaan pada diri masyarakat dunia sama ada kepentingan warganegara, etnik,nasionalisme dan agama yang lebih penting. Sekiranya kekeliruan yang mana ebih penting ini terjawab. Maksudnya, kefahaman umum memberikan penilaian dan padangan yang tinggi kepada agama tentu sekali peratusan dan pertimbangan kepada undian kuasa veto harus didasarkan kepada bilangan penganut agama masyarakat dunia dan bukanya berasaskan bilangan warganegara.

Dalam kehidupan hari ini. Kesedaran semangat persaudaraan sesama agama semakin meningkat dalam agama masyarakat dunia. Di dalam Islam sendiri, ,memang tidak dapat dinafikan ia telah lama dianjurkan melalui semangat Ukkhuwah Islamiyah. Apa sahaja isu agama yang dibangkitkan oleh rakyat negara lain akan turut dibela orang rakyat yang berlainan negara kerana persamaan agenda agama yang diperjuangkan. Hal ini semakin popular. Hakikat dunia global dan semakin sempit dari segi idea dan semangat keagamaanya telah mula mendemonasi masyarakat dunia hari ini.

Agenda perjuangan agama telah mula diperjuangkan oleh semua agama di dunia. Pengelompokkan manusia berasaskan bilangan penduduk rakyat di negara berkenaan sudah tidak tepat. Semangat negara atau nasionalisme boleh diabaikan dengan mudah apabila melibatkan semangat Ukhuwwah Islamiyah atau persaudaraan agama. Maksudnya, bilangan kuasa veto di dunia sekarang tidak seimbang dan adil untuk semua masyarakat dunia. Seharusnya, kuasa veto harus diberikan mengikut jumlah penganut agama masyarakat dunia. Ini akan menjadi lebih adil, telus dan saksma. Jika dilihat sekarang. Majority kuasa yang mempunyai kuasa veto dunia ialah negara yang masyarakatnya beragama kristian. Walaupun terdapat 5 kuasa veto iaitu USA, Britian, Rusia, China, Perancis. Empat negara awal tadi mejoritinya ialah beragama kristian. Oleh itu,amalan sekarang tidak menjamin keadilan dan kententeraman untuk semua penganut agama. Sekiranya keadaan ini dikekalkan, harapan dunia untuk mengecapi keamanan hampir mustahil. Ini kerana banyak konflik yang wujud sekarang mempunyai kaitan dalaman dengan agama walaupun secara luarannya mempunyai kaitan dengan hal-hal social,politk dan ekonomi negara berkenaan. Hakikat ini harus diakui dan dipersetujui oleh mereka yang bertelagah. Dan contoh yang paling tipikal ialah Isreal dan Palestin. Oleh itu perjuangan umat Islam sebenar ialah untuk mendapatkan kuasa veto di PBB. Sekiranya kita masih lagi mahu mengekalkan PBB itu sendiri. Atau kalau sudah tidak jalan lain. Sudah sampai masanya PBB itu dikuburkan dan diwujudkan badan keadilan di peringkat dunia yang bukan sahaja melihat kepada kekuatan negara kerana bilangan rakyatnya tetapi juga berasaskan kepada agama.


Damak09- Cheras

1 comment:

damak09 said...

terima kasih.. atas komen..., perjuangan islam dan bangsa itu harus dilihat dari kaca mata yang luas dan besar. Luas dan besar kesatuan itu memerlukan satu kesatuan yang besar.. tak cukup dengan sendirian.

Pages


ShoutMix chat widget
 

Palomar