Wednesday, April 26, 2006

Sajak Untuk Pemerintah Singapura


Singapura Pura-Pura Dan Kura-Kura

OLEH : DAMAK09

Kata Sang Nila Utama;
Memanda Bendahara. “Beta melihat daratan pasir panjang di hujung sana”
Apakah ia Bendahara? Itu Temasik Tuanku. Ayuh Memanda,Beta ingin ke sana!,
Menjunjung perintah Tuanku.

Apabila tiba di sana Sang Nila Utama melihat seekor binatang berwarna perang yang lebih besar dari kambing. Lalu baginda bertanya kepada Berdahara, Apakah nama binatang itu?. Lalu Bendahara Seri Paduka Raja berkata itu adalah singa. Lalu Sang Nila Utama menamakan pasir panjang itu sebagai “Singapura”- ini adalah antara ringkasan cerita daripada Sulalatus Salatin ( Sejarah Melayu). Agak aneh kerana setahu kita singa hanya ditemui di Afrika. Adakah ini sebagai satu imbas muka, ramalan masa depan pengarang bahawa Temasik (Singapura) akan menjadi negeri asing di Nusantara?. Hilang Temasik wujud Singapura yang berpura-pura dan "kura-kura".

Kau pandai berpura
Dari Temasik ke Singapura
Negeri singa bertaring
Bukan empat tetapi dua


Pura dan Puri
Kau pura
Johor puri

Kecil menyampah
Nusantara bukan tempat mu.
Ego mu sekeras singa

Sedang yang lain, hanya semut besar (samudera)
Anjing (Pasai), Pelanduk dan pohon Melaka

Kami pepohon dari rumpun sini
Johor (Johol)- , Pahang (Mahang)(Indrapura)
Perak (ikan kelisa), Taring Anu- (Terengganu)
Kelantan (Kilatan)- Fenomena.,Kedah (Queda)

Kau asing…, kau bukan nusantara
Kau mungkin dari Afrika, India,China, Barat
Kau bukan disini

Bertaring mulut ternganga
Meludah air liur ke muka kami
Menghadap Selat Teberau
Mencemari gegigi Pantai Lido.

Kami Melayu tersalah sangka
Kau Temasik.
Bumi Sri Paduka Maharaja,
Milik Sultan Iskandar

Tun Jana Khatib alim disana
Bumi dilanggar todak, derhaka Rajuna Tapa
Kau tebakar dalam syair Raja Ali Haji
Kau dagang menipu dalam Syair Tuan Simi.

Wakil Temagi pernah Melaka cincang
Jangan kau ulang
Sejarah silam
Jika kau belajar dengan dalam
Kenang asal keturunan
Kau tidak berani tunjuk belang

Tapi kau Singa.
Sanggup memakan anak jantan sendiri
Di kala berebut induk
Kau tidak akan tunduk

Minum lah kau hanyir itu
Lendir keringat CPF Malaya
Batu Putih sudah hitam
Udara bersih sudah kelam
Laut cantik sudah dalam
Kau korek dalam diam.
Habis nelayan memukat minyak hitam.

No comments:

Pages


ShoutMix chat widget
 

Palomar