Sunday, April 02, 2006

RM-9 Cabaran Kepada Nilai Diri

Persoalan yang paling penting dilihat dalam merealisasikan misi dan objektif RM 9 merupakan soal sikap dan mentaliti pentadbir, pemaju dan rakyat. Di mana silap dan tidak kenanya. Adakah pentadbir benar-benar bersedia dengan jentera yang mantap dan berkesan untuk memantau dan mengendalikan karenah pihak-pihak tertentu di dalam menjalankan projek-projek yang bakal dilaksanakan.

Pihak swasta atau orang tengah nampaknya mula mengurut misai dan memerhati dengan penuh minat. Di manakah susu,mantega (doh) dan makanan ini akan dihimpunkan. Kucing harus bertaring dan bergigi dan bukannya boleh diasah oleh "kertas pasir" yang menjadikan kucing tidak berselera dan hilang minat untuk memburu tikus. Jangan dilemakkan kucing ini dengan pelbagai makanan dan susu yang akan melemakankan lagi badan pentadbiran.

Cabaran besar menanti dalam urusan birokrasi dan pentadbiran. Projek-projek sekolah dan jalan raya mula membajiri lagi. Siapakah yang akan mengautnya?. Nama-nama pemaju yang sudah "black list" harus dipantau. Jangan "di Ali Baba kan" projek untuk membantu rakyat ini. Masalah perumahan terbengkalai selama 13-15 tahun merupakan satu tamparan hebat kepada Badan Perumahan Negara. Mengatasi masalah kemiskinan tegar di desa dan bandar secara bersungguh-sungguh. Keseimbangan di dalam peluang pekerjaan sama ada dalam perkhidmatan kerajaan dan swasta .Yang paling utama matlamat Misi Nasional merupakan satu agenda besar yang harus difahami oleh semua pihak. Ini adalah antara beberapa yang digariskan di dalam RM-9. Semua ini adalah satu cabaran kepada nilai dan keimanan kita rakyat Malaysia. Adakah pisang akan berbuah dua kali, atau berkali-kali atau tidak berbuah langsung. Bajanya sudah ada, petaninya sudah ada,tapak semaian pun sudah baik malah benihnya pun sudah bermutu. Cuma bagaimana ia ditanam dan disiram akan mempengaruhi projek ini. Mudahan hasrat yang murni ini dapat dimajukan dengan kerjasama dan penuh rasa tanggungjawab. Cabaran tidak seharusnya dipikul oleh PIN, BPR atau PDRM tetapi cabaran kepada rakyat Malaysia. Ya.. lagi 15 tahun sebelum 2020. Fikirkan!

2 comments:

Naimisa said...

Kejayaan RMK-9 akan dicapai (insyaAllah) jika jentera kerajaan bebas dari unsur rasuah dan birokrasi. Juga isu2 pemberian projek kpd klik2 perniagaan yg mempunyai hbgn rapat dgn politikus harus diberi perhatian. Kerna inilah punca rasuah dlm kebanyakan kes selain drp pernigaan yg dilakukan oleh peniaga yg mah untung atas angin.

damak09 said...

Sepatutnya ialah yang menjadi teras dan pegangan kepada kita. Harapan yang tinggi menggunung ini harap tidak dimusnahkan oleh "seribu Rawana".

Harus, belajar daripada peristiwa dan Maulidur Rasull. Sejarah dan peribadi yang menjadi kebanggaan kita umat Islam.

Pages


ShoutMix chat widget
 

Palomar