Wednesday, February 22, 2006

Bila Bertudung di negara sendiri "dihalang"

Satu perkara biasa kita temui dinegara barat seperti France dan US yang agak prajudis tentang budaya dan keperluan bertudung umat Islam. Sukar untuk mempercayai akan hakikat perkara yang sam berlaku di Malaysia walaupun kita sebuah negara Islam. Walaupun, pemerintah Malaysia tidak pernah menghalang malah sentiasa mengalakkan rakyatnya bertudung tetapi ada pula pihak lain yang berkeras dan cuba mengimplitasikan amalan harian mereka iaitu tidak bertudung sebagai budaya di dalam masyarakat Malaysia. Hal ini sepatutnya tidak berlaku sekiranya mereka memahami dan menghormati sosial budaya masyarakat kita. Oleh kerana perkara ini telah lama diamalkan. Tindakan Hajah Habsah mengemukakan aduan (menghebahkan) masalah ini harus dilihat sebagai satu tindakan yang harus dipuji dan seharusnya disokong oleh semua umat Islam khususnya dan rakyat Malaysia khasnya. Ini sebagai menghormati hak asasi manusia dan agama seperti yang tercatat di dalam perlembagaan negara kita. Oleh itu apa lagi sokong laaah

No comments:

Pages


ShoutMix chat widget
 

Palomar