Thursday, January 05, 2006

Mencari Kesudahan Masalah Buli

Filem buli arahan Aflin Sauki mendekati realtiti apabila beliau cuba menjadikan isu social ini sebagai tema utama filem berkenaan. Dalam filem berkenaan beliau menggambarkan tentang keadaan yang sama berlaku dalam masyarakat sekarang. Ia merupakan alternatif kreatif yang disumbangkan oleh orang-orang seni dalam mengurangkan masalah buli.

Namun cara ini mungkin satu sumbangan kecil yang menghasilkan satu daya momentum yang mungkin kecil kerana ia tidak tersebar dengan luas. Perbuatan buli ini boleh diketogerikan sebagai satu jenayah. Buli mungkin boleh berlaku dari aspek psikologi dan juga fizikal. Namun kita sering memahami buli sebagai satu perbuatan yang dilakukan oleh golongan yang berkuasa atau berpengaruh terhadap golongan yang lebih lemah atau baru. Kalau dizaman persekolahan, perbuatan ini dikenali sebagai “ragging”. Satu proses yang perlu ditempuhi oleh setiap orang pelajar apabila mereka mahu tinggal di asrama. Konsep asal program ini ialah untuk membiasakan diri dan mengenali antara satu sama lain dengan menyuruh melakukan beberapa perkara yang agak memalukan untuk merapatkan adan mengenali antara satu sama lain. Namun, nampaknya ia telah disalah faham untuk menjadi satu medan membalas dendam dikalangan senior sebelum ini terhadap apa yang telah mereka lalui suatu masa dahulu.

Ini adalah salah satu contoh “ buli” yang dianggap “halal” suatu masa dulu. Tetapi buli sekarang lebih kepada satu jenayah kerana lebih kepada satu kecenderungan menggugut dan kemuncak kepada perbuatan ini ialah memukul secara kumpulan. Inilah yang telah berlaku sebelum ini kepada pelajar di Negeri Sembilan dan juga di Pahang. Keadaan ini juga semakin serius kerana ia nampaknya seakan-akan tiada kesudahan.

Kita boleh memanggil ia sebagai satu gejala social yang sedang mengila dalam masyarakat kita terutama dikalangan pelajar. Dari segi psikologi usia pelajar antara 13- 17 tahun merupakan satu tahap genting yang memerlukan pelajar dihindari dari segala macam unsur-unsur ganas. Perwatakan dan pembinaan psikologi pelajar amat dipengaruh oleh persekitaran dimana mereka dibesarkan. Elemen persekitaran yang disediakan oleh ibu bapa dan masyarakat amat penting dalam membentuk diri seorang pelajar menjadi seorang manusia yang kenal diri sendiri dan orang lain.

Mahu tidak mahu, kita kena berbalik kepada persoalan pembinaan diri insan dan manusia. Pembentukan perwatakan diri manusia amat berkait rapat dengan pengaruh dalaman dan luaran yang disediakan untuk seseorang manusia itu membesar. Tentu sekali entity yang pertama yang bertanggungjawab ialah ibu bapa. Sekiranya ibu bapa telah berjaya menjalankan tugas mereka. Sebahagian besar masalah ini dapat diselesaikan. Namun kejayaan untuk membentuk diri manusia bukan hanya bergantung kepada ibu bapa, persekitaraan atau masyarakat cukup penting dalam menjadikan ia menyediakan satu suasana yang serasi seperti yang telah dibekalkan dirumah. Nampaknya terdapat dua insititusi penting yang perlu diperkukuhkan iaitu keluraga dan masyarakat. Keadaan keluarga yang tidak stabil dan mempunyai masalah akan menjadikan anak-anak lebih mudah terlibat dengan perkara yang tidak baik.
Satu aspek yang tidak kurang penting yang perlu dilihat ialah pengaruh media masa dan media elektronik. Sekiranya kita betul-betul serius untuk mengatasi masalah ini. Pengnayangan filem-filem ganas harus dihentikan serta merta. Namun sayang seribu sayang dinegara kita. Di television tempatan mungkin telah ditapis oleh FINAS dan tidak dibenarkan ditayangkan filem ganas. Namun, aksi-aksi ini masih boleh dijumpai di dalam VCD dan DVD yang dijual dikedai-kedai hiburan yang begitu sedang diperoleh di hampir setiap taman perumahan di Malaysia. Termasuk dalam ketegori yang sama ialah permainan video game yang mengambarkan aksi-aksi ganas. Ia lebih teruk lagi dengan kebebasan capaian internet yang membolehkan mereka terdedah dengan apa sahaja. Keadaan ini semua adalah persekitaran yang boleh mempengaruhi jiwa dan peribadi manusia. Bukan sahaja kanak-kanak tetapi juga orang dewasa. Dan inilah masyarkat Malaysia.

Satu contoh yang paling kurang dilihat oleh kita ialah pengaruh filem-filem kartun yang ditayangkan di television tempatan dan yang dijual di pasar-pasar malam atau pasar raya. Filem-filem kartun seperti Tom & Jerry, The Bug Bunny Show, Popeye dan sebagainya adalah satu menifetasi buli yang pertama disogoknya kepada anak-anak kecil kita. Kartun-kartun ini sering memperlihatkan yang kuat akan mengenakan yang lemah dan yang lemah juga akan sedaya upaya mengenakan yang kuat. Ini adalah agenda yang tidak seharunsya dipaparkan kepada anak-anak kita. Rancangan kartun dari Barat menganggap perbuatan yang kuat mengenakan yang lemah sebagai melucukan mengembiran dan ia adalah lumrah. Namun, watak berkenaan tidak mati kerana ia adalah watak kartun walaupun telah dikenakan dengan bom atom sekalipun.. Keadaan ini sedikit berbeza dengan filem-filem kartun daripada Timur seperti Jepun. Rancangan kartun mereka lebih menjurus kepada didikan dan pengajaran yang bukan hanya bersifat melucukan. Contoh kartun “Doremon” ( walaupun ada yang mengatakan tajuk doremon itu bermaksud “tuhan mati”). Tetapi pengajaran yang dapat dilihat dari cerita ini sangat jelas. Watak “Giant” yang sering membuli akan mendapat padah dan kecelakaan. Tema-tema ceritanya mengalakan kanak-kanak berfikiran kreatif seperti doremon yang cuba mendapatkan apa sahaja untuk menyelesaikan masalah dan memberikan pengajaran tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan. Banyak lagi kartun-kartun Jepun yang mempunyai tema positif seperti usaha mereka untuk menang dalam perlumbaan kereta, hatta persaingan untuk memancing ikan. Racangan-rancangan ini seharusnya diberi tumpuan serius kerana ia menjadi tumpuan anak-anak kita.

Secara sedar, kita kena mengakui tidak boleh mengawal semua elemen ini dalam masyarakat kerana ia akan tetap masuk kedalam negara kita kerana orang yang tidak bertanggungjawab ada di mana-mana. Oleh itu, cara yang terbaik ialah dengan memperkuatkan ketahanan mental dan psikologi dengan pembinaan sasiah diri yang baik yang bermula dengan ibu bapa. Tentu sekali agama tidak boleh dipandang ringgan. Agama adalah asas kepada sesuatu perbuatan. Kejadian buli yang berlaku disekolah agama memang memberikan satu tamparan yang hebat kepada keberkesanan agama dalam membentuk masyarakat yang beriman. Namun, agama tidak boleh dipersalahkan kerana bagaimana agama dipandu bergantung kepada penganutnya. Seperti kita memandu kereta. Apabila berlaku kemalangan, kita tidak akan menyalahkan kereta tetapi kita akan menyalahkan pemandu berkenaan. Sebenarnya agama itu lebih daripada pakaian atau kereta. Ia adalah pakaian rohani yang cukup sempurna. Agama tidak boleh dibandingakan dengan kereta kerana kereta ialah pakaian ciptaan manusia. Manakala agama adalah pakaian ciptaan Tuhan. Namun dari aspek kesannya mungkin ia boleh dibandingkan.

Apabila diteliti dengan baik, kita akan temui satu lagi pihak yang cukup memainkan peranan dalam mencorakan masyarakat kita. Tentu sekali pihak yang diberikan amanah oleh sistem demokrasi di negara kita. Bermula dengan pihak kerajaan hinggalah kepada warden asrama contohnya harus dipantau dan disemai dengan satu rasa tanggungjawab yang tinggi. Banyak isu dalam negara kita menjadi isu hangat-hangat tahi ayam dan semangat meggi mee kerana kita tidak kembali kepada punca asal mengapa ia berlaku dan kenapa kita lakukannya. Kesedaran yang mendalam dan konsisten amat penting untuk menjamin ia tidak berulang. Ia adalah sesuatu yang sukar ditangani kerana melibatkan peruban sikap dan persepsi secara menyeluruh namun ia bukan sesuatu yang mustahil untuk dilakukan. Tindakan Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang turun padang mungkin akan menjadi sia-sia sekiranya pihak-pihak lain masih memandang masalah ini pada takuk yang lama dan pandangan sisi yang tidak menyeluruh. Sudah tiba masanya untuk merenung dalam diri dan melihat kehadapan bagaimana nasib bangsa pada masa akan datang dan perkara ini harus dilakukan secara berterusan dan bukan bermusim.

No comments:

Pages


ShoutMix chat widget
 

Palomar