Wednesday, January 04, 2006

Rakyat Malaysia tidak tahu Menilai Bendera

Saya tertarik untuk memberi pandangan tentang pelbagai cara dan aksi yang dilakukan oleh rakyat Malaysia untuk menyambut hari kemerdekaan. Salah satu cara yang digalakan oleh kerajaan supaya mengibarkan jalur gemilang sama ada di kenderaan, rumah, tempat kerja, perimis perniagaan dan di tempat-tempat awan untuk menunjukan rasa cinta dan kasih pada negara. Saya ingin bertanya, adakah cara ini benar-benar berkesan dapat memberikan satu suntikan semangat kepada kita untuk cinta kepada negara dan tanahair? Pada saya jalur gemilang adalah simbol negara dan kedaulatan negara yang perlu dihormati dan disanjung dengan nilai patriotik yang paling tinggi dan tiada nilainya. Oleh sebab itu, tidak seharusnya cara mengibarkan jalur gemilang dengan cara yang tidak betul dan yang paling teruk boleh dikatakan biadap. Pada fahman saya walaupun ia tidak pernah diajar oleh bapa saya, oleh guru saya dan oleh wakil rakyat saya, bendera harus sentiasa dipacak tegak walau dalam keadaan apa sekalipun dan ia mesti 90 darjah. Ini syarat utama. Tidak boleh berkeadaan senget, terbalik dan condong kerana ia membawa makna negetif dan yang paling penting ia akan menghilangkan nilai intrinsik dan jati diri bendera tersebut. Saya suka mengambil contoh negara jiran kita di selatan yang mensyaratkan sesiapa yang memasang bendera dengan cara yang tidak betul boleh dikenakan denda. Tidak kurang juga negara jiran kita di utara yang mengambil berat tentang lagu nasional mereka yang mensyaratkan semua kenderaan berhenti apabila lagu kebangsaan dimainkan. Di manakah kedudukan negara kita dari segi patriotisme bebanding dengan jiran-jiran kita?. Saya tidak pasti, berapa ramaikah antara kita yang menyedari akan peraturan dan larangan ini?. Bendera tidak boleh dijadikan pakaian, sama ada untuk diperagakan, nyanyian atau pertunjukan walaupun pada hari kemerdekaan. Yang pasti, bendera bukan sekadar kain semata-mata yang boleh diperagakan sesuka hati dan boleh dibuat main-main. Kain bendera bukan kain biasa, bukan kain yang boleh digunakan untuk membalut tubuh sesiapa sahaja. Malah wira negara yang terkorban sekalipun tidak dibalut dengan bendera hanya kerandanya sahaja. Perbandingan manusia contohnya dan wanita islam khasnya. Kain yang dipakai adalah sebagai pelindung maruah diri, agama dan keluarga . Jika terkoayak kain itu, maka tercalarnya maruah wanita berkenaan. Hal yang sama mungkin boleh kita ibaratkan. Kain jalur gemilang adalah kain yang membawa maruah kepada negara. Kita berang apabila segelintir rakyat Indonesia membakar bendera kita apabila mereka tunjuk perasaan membantah penderaan pembantu rumah di Malaysia. Namun , kita masih boleh berdiri dengan selesa apabila bendera dijadikan sebagai kain basahan di kampung untuk mandi, sebagai alas meja, sebagai pakaian dan sebagainya yang telah mencemarkan bendera itu sendiri. Apa yang jelas, tidak ramai rakyat Malaysia yang menyedari akan hakikat ini. Tambahan pula tidak terdapat larangan atau undang-undang khusus tentang cara pemasangan bendera, kalau ada pun mungkin ia tidak dikuatkuasakna atau diwartakan. Oleh sebab itu kita dapat melihat cara pemasangan dan kegunaan bendara untuk tujuan yang salah. Hal-hal ini perlu diberi perhatian sekiranya kita mahu menanam satu semangat patriotik dan cintakan negara yang tinggi dalam masyarakat kita. Oleh sebab itu, tidak hairan kenapa rakyat Malaysia liat sangat hendak mengibarkan jalur gemilang semasa hari kemerdekaan. Walaupun, lebih kurang dua minggu lagi negara kita akan menyambut ulang tahun kemerdekaan tetapi masih ada yang tidak dapat memasang bendera pada kenderaan mereka dengan betul. Apa masalahnya?. Mungkin tunggu bendera “free” agaknya. Walau apa pun yang hampir pasti ia berpunca dari nilai intrinsik dan instrumental bendera itu semakin hilang dalam jiwa rakyat Malaysia.

Jadi salah siapa?, salah mereka dan keluarga mereka ?, Bukan! Ini adalah kesilapan negara kita yang tidak memberikan nilai yang tinggi kepada bendera kita.

*pernah disiarkan di dalam Utusan Malaysia Ogos 2004.

No comments:

Pages


ShoutMix chat widget
 

Palomar