Thursday, January 05, 2006

Memakna Islam Dalam Dunia Pascamoden

Agama merupakan satu fitrah semulacipta yang terpendam sunyi di dalam hati manusia. Secara naluri dan secara tanpa didesak oleh elemen luaran manusia akan bertindak dan berfikir untuk mencari Tuhan dan cuba mencari kebenaran tentang Tuhan. Cuma dalam keadaan tertentu pencarian yang tidak dibantu oleh guru yang sepantutnya menjadikan individu tadi terlencong dari jalan dan panduan yang benar.

Usaha untuk memaknakan Islam dalam dunia pascamoden ini amat mencabar dan kekadang terlalu getir kerana terpaksa berhadapan dengan satu arus modenis yang amat fobia dengan nama agama terutama Islam. Agama bukan lagi menjadi satu wadah untuk diperjuangkan dan dipertahankan oleh penganutnya. Agama lebih kepada satu pil ekstesi yang melalaikan dan menenagkan jiwa dikala manusia mempunyai masalah. Peranan agama telah disempitkan dan penyempitan ini berlaku dengan begitu kasar dan rancak sekali pada zaman ini.


Bibit-bibit idea modenis awal seperti Renne Descatre, Nitzcshe, dan lain-lain masih lagi menebal dan kian menebal. Tambahan pula idea dekontrusksi daripada Darida menjadikan menusia mula hilangan kepercayaan dan hilang tumpuan. Hakikat ini yang sedang rancak berlaku dibarat. Barat telah mengalami satu fenomena keruntuhan idea dan falsafah dan telah menjahamkan seluruh pembinaan idea yang holistic dan relegonis.

Persolanya sekarang, mengapa kita yang masih kaya dengan kerukunan dan kemuliaan akhlak ini mahu meniru dan mengajak dan mengembangkan budaya itu dalam masyarakat kita. Tidak itu satu tindakan yang maha bodoh dan merugikan. Kebudayaan yang diasaskan oleh agama islam yang benar ini mesti diteruskan. Ini maksudnya seluruh kebudayaan tradisional kita yang bertentang dengan agama harus ditinggalkan atau disesuaikan dengan ajaran agama Islam sekiranya boleh. Sekiranya tidak boleh. Maka tindakan yang paling waras ialah meninggalkan budaya itu.


Maksud, dalam keadaan sekarang apa yang perlu dilakukan oleh masyarakat Malaysia dan umat Islam ialah mempertahankan budaya agama Islam. Bukanya budaya etnik atau suku kaum yang tidak selaras antara satu sama lain.

Perbuatan dan kegilaan yang menjitu kepada budaya yang ditiru daripada kerosakan akhlak dan budaya masyarakat yangt sudah hilang punca prinsip dan psesipi seharusnya ditinggalkan. Maksudnya disini, apa sahaja budaya yang mengugat dan merosakan pemikiran dan perilaku umat Islam harus ditinggalkan. Ini merangkumi budaya dari suku entik lain atau daripada suku entik sendiri.


Umat Islam mempunyai budaya dan cara hidup yang tersendiri dan ia adalah menyeluruh. Oleh itu, kesedaran tentang arus pascamoden yang semakin menghakis nilai-nilai murni dan suci agama Islam seharusnya telah lama disedari oleh umat Islam.

Kesedaran sahaja tidak mencukupi sekiranya tiada tindakan susulan dan plan perancangan yang harus dilakukan. Antara perkara yang cukup penting dalam mempertahankan diri daripada ancaman ini dan menyerang balik adalah dengan budaya nasihat menasihati dan berdakwah. Sudah lama samapai seruan kepada seluruh umat islam supaya saling nasihat menasihati dan mengembangkan ajaran islam ini dengan cara yang betul.

Memaknakan Agama Islam pada zaman pasca moden bukan satu perkara yang main-main. Ia mestilah satu usaha yang kondensif, konsisten dan berpadu untuk menjamin kemulian agama Allah ini dapat dirasai dan dinikmati oleh suluruh umat manusia.

Suatu perkara yang amat menyedihkan hari ini, kerancakan penularan idea postmodern melebihi kerancakan usha menyedarkan umat manusia supaya kembali ke pangkal jalan. Usaha pulang ke pangkal jalan atau usaha menyebarkan benih nikmat islam dan iman harus lebih giat mesti lebih menyeluruh.

Kalau dahulu, cara konvensional agama dan nasihat ditemui di dalam masjid, kitab-kitab syair, buku-buku agama,kaset, Cd dan lain-lain. Sekarang, usaha itu harus menggunakan medium yang lebih besar dan popular. Elemen lagu nasihat atau nasyid, atau lagu belada dan sebagainya harus diperluaskan. Maksudnya cara berdakwah itu harus berubah dan mengikut peredaran zaman.

Cara menyebarkan agama islam amat feleksibel dan boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Ini bermaksud ruangan, kerjaya, medium dan status bukan menjadi satu halangan untuk menyebarakan agama islam. Seorang doctor mungkin boleh menasihati pesakit dengan cara merawat pesakit dan memberikan kententuan penyakit dan menyedarkan pesakit tentang kekuasaan Tuhan. Seorang tukang sapu mungkin lain pula caranya. Boleh bertindak menasihati dan menyebarkan kebenaran akidah kepada anak-anak muda yang berpeleseran dan mat-mat gian yang bertapa dilorong-lorong sunyi.

No comments:

Pages


ShoutMix chat widget
 

Palomar