Dari tenungan tajam pertama
kau hilang pertimbangan
mengusarkan akal fikiran
hingga terbawa ke mimpi urat nadi
ia mula bersarat pintal dibayangan
Dipintal sekuat cemburu semalam
Semaunya,
Yang terkandang erat oleh prinsip
Terujilah kisah cinta klise Qais
Seribu rasa pelik muncul
Hancur, lebur bacul, terlanjur
Menampar pipir agar sedar
Tidak tergoda oleh tenungan itu
Agar ditolehkan ke masa silam
Moga disangkutkan pada tali harapan
“jangan tertipu dengan tenungan bermakna”
Kerana makna itu… imbiguis
“jangan terleka oleh senyum manis”
kerana manis itu penyakit
jangan terpesona oleh lembut tutur kata
nanti gigi patah alah dek lidah
terkelu menurut perintah
hilang prinsip entah berantah
kandang tegar pun mungkin pecah.
Damak09
Cheras
11.20 am
5 /02/2007
2 comments:
Salam,lepaskanlah lara jiwa dari genggaman ilusi semalam.
Tuan hamba seorang yang bijak bermain dengan puisi yang indah dan sajak yang melekakan. Juga pandai bermain dengan baris-baris kata yang puitis. Sayangnnya hingga saat ini hati hamba masih tertanya-tanya, siapakah tuan hamba yang sebenarnya. Apakah tuan hamba cuba untuk menjadi watak di dalam sajak itu? atau sekadar sukar bermadah mengisi masa sengang?. Tidak aneh jika hamba menyatakan tuan hamba masih lagi dibayangi oleh kenangan silam. Kenangan kecewa, merana dan sedih lantaran cinta tak kesampaian (maaf jika telahaan hamba meleset). Hati hamba turut dipagut pilu dengan sajak-sajak yang ditulis. Seolah-olah hamba salah seorang daripada watak yang dilahirkan. Walau apapun maksud yang tersirat disebalik nukilan tuan hamba, hamba sangat-sangat berharap semoga tuan hamba membiarkan sahaja kenangan cinta dan air mata itu berlalu bersama desiran ombak semalam. Moga-moga kehidupan tuan hamba tidak lagi diselubungi kenangan mawar merah.
Yat..UKM
Post a Comment