Aku terperangkap dalam lingkungan
Terikat erat dengan janji
Terikat erat dengan dusta
Sejarah dusta memerangkap kita
Dalam perasaan cinta
Luhur cinta kita tergendala
Kerana cinta terlalu agung
Cinta pertama amat tamak
Mahu memungut segala kehendak
Lantas yang perlu lebih ditanak
Mengapa ia jadi tamak
Cinta kedua ku
Suci dan agung
Dibahagi- bahagi sifat mulia
Lantaran digalakkan semua
Membatu sesama umat manusia
Cinta pertama dan kedua
Ku siram ia sama rata
Ku baja ia dengan sempurna
Agar melata segar sentiasa
Moga halaman cinta kita
Mekar mengembang harum sentiasa
Dengan penjaga dan bunga
Menyerikan taman surga duniawi
Agar Ukrawi tidak jangal
Asas ditanam dahulu disini
Moga matlamat ini kekal suci
Di sanubari
Thursday, September 14, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
macam sajak org bermadu je!
dua cinta bagi seorang manusia biasa sahaja.namun keutamaan harus diberi pada yang lebih utama untuk fitrah yang asal supaya kita tak terpesong .teruskan berkarya...dengan cinta dan fitrah .
Post a Comment