Monday, December 06, 2010

Selamat Tahun Baru

Azam Baru.. sempena bula Muharam..


1) khusyuk dalam solat.
2) niat dan bersihkan jiwa dari segala noda- bisikan syaitan yang merosakan umat nabi Adam

Azam berubah.. sentiasa berubah.. namun diri tetap sama.  Kerana iltizam dan semangat selalu rebah.  Aduh.. terkena kepada batang hidung sendiri


Bagaimana hendak menguatkan semangat.. hari demi hari.. minggu berganti minggu, bulan berselisih bulan.  Tahun berganti talang tahun.

Semuanya menjadikan detik masa berputar dengan begitu laju,  Malaikat Maut melawat 70 kali seharui 15 minit sekali.


Perlukah kita risau dan runsing dengan hal-hal remeh tempat, prepaid habis, minyak hitam kereta tak tukar, rumah tak cat, baju tak tukar...

Rasanya.. ia bukan satu halangan besar.. Risau dan  rungsinglah kehidupan kekal abadi.. Bakal menjelma bila-bila.  Mungkin semasa, setelah atau selepas saya menulis artikel ini.. semuanya kiamat kecil bagi saya akan berlaku.



Maka Azam dan niat baru kita.. harus sentiasa berfikir untuk membuat yang terbaik dan tercantik untuk diri kita dan amanah yang diberikan.  Ini akan menjamin kesejahteraan jiwa agar menjadi lebih tenang agar kita tidak gudah dengan perhiasan dunia yang bersifat sementera.  Namun,, ingat.. dunia ini bakal menjadi satu kuyu ukur kepada kejayaan dan kegagalan seseorang itu.  Oleh itu,, usahalah yang terbaik agar kita sentiasa mendapat rahmat Tuhan.. Insyallah.

No comments:

Pages


ShoutMix chat widget
 

Palomar