Tuesday, September 21, 2010

Menguruskan hati dan emosi

Terdetik di hati saya hari ini untuk menulis tentang emosi dan hati.  Pengalaman dua tiga hari yang lepas.  Menjadikan saya berfikir panjang.  Ohh dan dahsyat sekali ledakan emosi, ammarah dalam diri jika tidak diuruskan dengan bijak.

Maka ia menekan saya dengan kuat untuk menulis tentang topik ini.   Dalam diri terdapat paling-paling tidak 4 bahagian utama yang akan memainkan peranan penting dalam membentuk seseorang manusia yang terzahir dan dapat diliha sehari-harian secara nyata.  Elemen itu , merupakan hati, iman , emosi dan akal.  Maka keempat-empat elemen ini akan bergabung dan mula menerjah antara satu sama lain dan akhirnya akan terbentuklah diri dan ego.  Maka  ada yang mengatakan ego itu maruah dan ada yang mengatakan ia adalah harga diri.

Apakah makna harga diri dan maruah.  Ini memerlukan kefahaman yang rapi.  Harga diri boleh dinilai kepada dua bahagian. Pertama secara luran dan kedua secara dalaman.  Sekiranya secara luaran harga nilai diri kita lebih murah jika dibandingkan dengan seekor kambing.    Ini kerana tiada manusia yang akan makan daging manusia melainkan  orang itu telah terkeluar daripada fitrah manusia dan batasan kemanusiaan.

Harga diri dan nilai kedua lebih dinilai berdasarkan intrinsik atau dalaman.  Dan ia amat subjektif.  Harga nilai diri ini mula diberikan definasi secara bebas oleh manusia.  Setiap orang mula memberikan nilai harga diri mereka.  Ada mengatakan harga diri aku adalah dengan menepati janji.  Ada orang mengatakan harga diri aku dengan menunaikan segala perkataan ku.  Ada juga yang berpendapat, nilai diri ku aku sentiasa benar dan akulah paling baik.  Dan tidak kurang yang akan berpendapat harga diri aku apabila orang lain tidak menghina dan mencaci aku.   Pengertian tentang nilai diri ini amat songsang dan amat jauh daripada makna dan konteks kefahaman Islam.

Amat kurang orang akan tampil dan mengatakan  " aku tiada harga diri kerana semasa Allah menjadikan aku aku kosong dan tiada apa-apa". Ertinya, harga nilai diri manusia sebenarnya telah dimomokan oleh manusia sendiri.  Asalanya manusia kosong, tiada apa-apa.  Namun setelah Allah memberikan mereka dengan banyak nikmat.  Maka mereka mula mengakui dan mengatakan nikmat itulah nilai harga diri mereka.  Maka apa maksud dan matlamat sebenar maruah dan harga diri.  Tiadalah lain maksud dan makna nilai harga diri yang sebenar ialah beriman kepada Allah.  Bertaqwa kepada Allah. Segala yang kita ada dan miliki ini merupakan satu kurniaan daripada Allah.  Oleh itu, dalam kita membincangkan soal maruah dan harga diri.   Jangan kita terlalu berdegil mengatakan ia milik mutlak kita.  Siapalah kita untuk mengakui itu semua.  Maruah dan harga diri sebenar akan terbit dan dianugerahkan oleh Allah S.W.T. Apa yang perlu kita lakukan adalah berusaha untuk mendapatkan keredhaan Allah dengan bertaqwa kepadanya.

Satu pekara yang amat ironi, apabila seseorang yang tidak beriman kepada Allah mengakui dia mempunyai harga diri.  Diri yang penuh dengan ledakan emosi, benci, dendam kesumat di dalam hati tidak disucikan oleh iman dan zikir kepada Allah. Maka orang tersebut mendabik dada dan mengatakan aku beriman dan ada harga dan maruah diri.  Apakah makna semua itu?. Maksudnya, ia tiadalah lain melainkan daripada penonjolan ammarah ,ego dan emosi diri yang tidak dipandu oleh iman dan akal.  Maka, mereka sebenarnya keliru dalam mengenali maruah diri.

Mengalah tidak semestinya kalah atau tidak bermaruah, dan menang tidak semestinya benar.  Kerana perjalan maruah itu sendiri masih panjang dan tidak hanya selesai dengan sesuatu isu atau keadaan. Maruah dan harga diri harus dihidupkan untuk dipanjangan dengan roh iman. Ia tidak terputus dan tergendala oleh sesuatu masalah yang dibanyangi oleh ammarah.  Walaupun, melalui sudut emosi ia seperti menampakan hilang maruah, berpunca daripada mengalah atau diam atau mati akal.  Namun, bukan penilaian itu yang harus dilihat.  Penilaian yang harus digunapakai mestilah sentiasa bersifat lebih tinggi daripada emosi iaitu akal yang tidak dangkal.  Jika biarkan diri kita dibayangi oleh emosi. ia akan menjadikan hati itu mati dan hati yang mati amat susah untuk ditumbusi oleh iman.  Dan ini adalah satu kegagalan ataupun muflis yang paling nyata. wasalam.

No comments:

Pages


ShoutMix chat widget
 

Palomar