Saturday, March 06, 2010

Mencari Redha




lurah dan lembah menjadi lumrah
menjadi bisa dan tegar maya pada
menjadi suri setia teladan jiwa
terseliuh, terpijak, calar balar malah patah
menjadi suka duka pengembara

membaca peta dengan aksra compas
meniliknya dengan rinci
satu persatu
agar jalannya tidak payah

dalam hutan yang tebal ini
banyak hidupan liar
bermaharaja lela
berkeliaran mencari sumber minuman iman


namun berapa ramai
terjumpa aliran iman yang jernih
hulunya bersambung di syurga
ramai tergoda dengan pesta
riuh rendah pembalakan
menjadikan alam semakin bercelaru
airnya imannya berkelodak
hitam, ditandakan pada dahi mereka

walaupun menapis dengan teliti
iman dan taqwa bersubur cabar
bacaan hati semakin pudar
lumah pencari mengejar sinar
ia menjadi haluan sebanjar
menjadi durjana diam dalam sedar
kerana redha itu
Milik Qalik,... tiada siapa pun boleh cabar!

damak
Taman Tengku Anis
Pasir Mas
6/03/2010
5.30pm

No comments:

Pages


ShoutMix chat widget
 

Palomar