Sunday, October 04, 2009

Tuhan menasihatiku dengan mentakdirkan keretaku rosak di kawasan pedalaman

Kisah ini berlaku, sehari sebelum Ramadhan lalu. Pelbagai tafisran yang aku boleh aku berikan kepada drama ini. Namun yang pasti ia adalah anugerah untuk mematangkan akal dan menjadikan aku lebih bersyukur. Melihat dunia dalam kaca mata yang luas dan tidak terlalu melihat manusia boleh mengawal semua masalah yang dihadapi oleh mereka.

Sehari sebelum ramadhan aku bercadang untuk pergi ke sebatang sungai dengan tujuan untuk mengutip batu- batan untuk dimasukan ke dalam kolam rumah burung yang baru siap itu. Aku macam biasa, hanya ada sebuah kereta itu sahaja. Telah hampir lima tahun aku menggunakannya tanpa sebarang masalah serius. Kalau ada pun setakat tukar tayar pancit, dan kerosakkan minor sahaja. Namun, kejadian kali ini agak berlainan.

Setelah berbincang dengan isteri, aku merancang untuk pergi ke Paloh Dua ke rumah kakak ipar aku. Kebetulan sudah lama juga rasanya tidak berkunjung ke rumah mereka. Tanpa perancangan panjang dan hanya semudah “tip” aku, isteri dan tiga orang anak-anak memulakan perjalanan sehala hampir 100 km itu dengan penuh riang dan gembira. Kami sudah bercadang dan menconggak untuk beli beberapa lauk pauk untuk dijadikan bekalan bersahur nanti di rumah kakak iparku itu.

Perjalanan ke Paloh sangat lancar dan meriah. Anak- anak ku yang berumur setahun setengah, tiga tahun dan empat tahun itu sangat ceria di dalam kereta. Walaupun kenderaan kami tidak sebesar dan mewah mana. Namun cukuplah untuk kami lima beranak bergerak ke sana ke mari dengan senang.

Perjalanan itu bermula awal pagi sekitar 9.00 pagi dan kami sampai lebih kurang 12 tengahari. Aku cukup berhati-hati apabila membawa kenderaan terutama apabila kaum keluargaku ada bersama. Kata orang “pandu cermat jiwa selamat”.

Hendak dipendekan cerita. Kami sampai di Paloh Dua jam 12 tengahari. Dan pada malam itu kami bermalam di rumah Kakak ipar ku itu dan bersahul pada keesokkan harinya. Namun, cerita sebenarnya bermula pada awal hari pertama puasa. Aku merancang untuk pulang awal kerana pada hari Ahad aku sudah mula bekerja. Hari sabtu, aku merancang untuk pergi mengambil batu-batu kemudian memasukan ke dalam guni dan muatkan dalam kereta kecilku.
Aku bangun pagi, dan mula pergi ke kereta untuk menghidupkan enjin. Namun entah mengapa, biasanya kereta ku yang amat senang hidup hanya dengan sekali tekan suiz terpaksa ku tekan berkali-kali baru hidup. Aku mula rasa pelik dan tak sedap hati kerana tidak pernah berlaku sebelum ini. Pada mulanya kereta ku hidup tiada masalah, namun tidak lama selepas itu ia mati dengan sendiri. Dan bermula dari situ lah kereta ku tidak bergerak dan tidak hidup langsung. Pada mulanya, aku beranggpan ia adalah kerosakkan minor namun setelah cuba beberapa kali. Hati ku mula gelisah dan mengatakan ia bukan kerosakan biasa.

Abang ipar ku, berusaha memanggil makenik kampung itu untuk melihat apa yang berlaku. Daripada pemeriksaan mekanik itu. Dia mengatakan kemungkinan besar kereta ku rosak “Pulg Coir”. Aku tidak pernah tahu dan kenal apa itu plug coir. Sebab aku bukanlah ahli dan arif dengan kereta ini. Setelah diperiksa beberapa kali maka dia dengan yakin mengatakan ia adalah kerosakan plug coir. Dan dia menasihatiku untuk pulang ke Kota Bharu untuk mengambil spare part. Menurutnya part itu tidak ada di Gua Musang. Aku tiada banyak pilihan. Tanpa fikir panjang kerana anak dan isteri sudah ada tempat tinggal yang selamat aku bersetuju untuk balik ke Kota Bharu seorang diri dengan pengangkutan awam sama ada bas atapun perbet sapu. Paracangan kami ialah dengan memberli plug coir itu, kereta ku akan hidup macam biasa dan kami sekeluarga akan dapat pulang bersama-sama.
Aku pun mula bersiap dengan pakai seluar tracksuit,selipar jepun dan baju T-shirt memulakan perjalanan sejauh 100 km untuk mendapatkan plug coir. Perjalanan ini aku mengelarkannya sebagai satu perjalanan tarbiah yang mengubat kedukaan hati dan perasaan kun anti. Aku amat kecewa kerana berfikir dan kenapa kereta ku ini buat hal 100km daripada Bandar Kota Bharu. Apa sebenarnya muslihat Tuhan yang maha Adil dan penyanyang kepada aku yang lemah ini.

Setelah menaiki motor Honda 50 ( Honda samah) yang dituggang oleh abang ipar ku dengan menghantar ku ke jalan utama KB- Gua Musang. Aku menunggu kenderaan awam disitu tepat jam 2.00 petang. Mengikut jangkaan ku insyallah aku akan sampai ke rumah ku pada jam 6.00 petang. Yang menariknya sengang aku menunggu bas itu tidak lama di wakaf bas itu. Bas demi bas berlalu namun tidak ada bas yang berhenti. Namun aku tidak kecil hati kerana semua itu bas ekpress yang tidak akan berhenti mengambil penumpang sesuka hati kerana tempat duduknya telah disisi dengan penumpang yang naik bas lebih awal.

Hendak dijadikan cerita, tidak lama selepas itu berhenti seorang lelaki usianya dalam lingkungnanya 50-an mengajak aku naik kenderaan. Aku pada mulanya tidak mahu kerana tidak tahu apakah niat dan tujuan lelaki itu mengajak ku. Namun ada beberapa orang remaja lelaki sebelah ku juga setuju untuk naik bersama. Maka aku merasakan itu mungkin budaya orang di sana yang suka menolang orang lain itulah sikap terpuji orang Melayu yang tidak riak dan anggkuh dengan kemudahan yang Allah kurniakan kepada mereka. Aku berpendapat demikian kerana lelaki itu memanduk kereta yang agak mewah. Seingat ku Honda Civic 2.4. Dengan yakin aku masuk ke kerusi depan dan dua orang remaja itu naik dibelakang. Dalam minda ku. Paling tinggi pun lelaki ini hendak lepaskan kos minyak kereta mewahnya dengan mengambil orang sepanjang jalan. Aku terfikir mungkin dalam lingkungan RM 20.00 kot. Remaja dibelakang itu berkata mereka hendak berhenti di Laloh- Kuala Krai. Dan aku pun hendak berhenti di jalan Hamzah Kota bahru. Lelaki itu berkata, dia hanya setakat Peringat dan kalau aku nak naik aku kena naik kenderaan lain pula di Peringat untuk ke Jalan Hamzah. Aku bersetuju kerana Peringat dan Jalan Hamzah tidak jauh sangat dalam 12 km sahaja. Sebaik sahaja kami bertiga naik kenderaan itu. Pak cik itu mula menjelaskan niatnya, “ katanya “ pakcik ni selalu gi KB , selalu naik boleh dikatakan har- hari ke KB, Kuala Krai, Rantau Panjang sebab ada urusan perniagaan. Aku hanya mengiyakan dan tidak menyampuk panjang. Dia turut menjelaskan” Pakcik ni kalau bawa kereta jauh nak kan teman untuk berbual.. tak nak bagi mengatuk”.. sebab dia kata perjalanan lama ini macam-macam boleh jadi terutama kalau kita lalai sikit. Aku mula faham dan timbul sedikit persoalan dalam minda ku. Ada ke orang buat benda free dan tidak mahu apa-apa bayaran. Penjelasan pak cik itu menjadikan sangkaan awal aku tidak meleset. Aku tidak banyak bercakap dan hanya dua orang remaja dibelakang ku yang banyak bercakap. Dalam keadaan kereta mewah itu, ditambah dengan air-cond dan keletihan membaiki kereta hampir separuh hari. Aku terlena tidur-tidur ayam. Tidak lama selepas itu. Dua orang remaja itu meminta pakcik itu berhenti katanya mereka sudah sampai di lahoh. Dan dia meninggalkan RM10 di atas armrest kereata Honda civic itu. Pak cik itu memberitahu, kepada remaja berkenaan, katanya tak usah kerana dia ikhlas dan berniat sekadar untuk mencari teman untuk berbual-bual. Namun dikeraskan oleh salah seorang remaja itu dan ditinggalkan juga. Mereka terus keluar. Sekarang hanya aku seorang sahaja dalam kenderaan mewah itu bersama pakcik itu. Dengan baju T-shirt, selipar Jepun, dan traksuit bersama- sama ku juga ada ku bawakan notebook ku yang tidak pernah ku tinggalkan kalau ke mana-mana.

Disinilah nasihat Allah kepada ku bermula. Mungkin niatnya hanya sekadar becerita untuk menghilangkan menggantuk namun ia berfikir panjang selepas itu. Pakcik itu mula bercerita panjang tentang perjalanan hidupnya. Bagaimana dahulunya dia seorang yang sangat susah sebelum boleh mengecap kemewahan seperti yang ku lihat sekarang. Katanya dahulu, dia pernah menjadi pembalak, penebang kayu balak. Namun berkat kejujuran dan keikhlasan yang ditunjukan oleh beliau. Dia Berjaya menarik hati bossnya seorang cina untuk mempercayai beliau sehingga kerjanya menjadi lebih mudah dan senang dan tidak perlu ke tapak pembalakan lagi. Dia menceritakan, setiap kali bossnya hendak mengeluarkan wang untuk membayar gaji. Bossnya akan mengajak dia bersama. Mereka bersama-sama membawa wang dalam bentuk tunai sehingga mencecah 500 ratus ribu ringgit. Berkat kerjujuran dan keikhlasan beliau. Bossnya telah menghadiahkan sebuah kenderaan secondhand untuk beliau. Pada lewat tahun 2003. Dia masih bekerja di Syarikat pembalakan. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk meninggalkan syarikat pembalakan bekerja “makan gaji “ dan mahu berkerja sendiri. Walaupun ditegah keras oleh bossnya. Namun dia tetap dan tekad memberitahu. Usianya makin lanjut, dan lebih baik dia mahu memulakan hidup bersama keluarga dan anak-anak dan bersedia dengan hidup yang sebenar. Dalam mindaku terfikir” dalam hidup ini ada ke hidup sebenar dan tidak sebenar?. Tanpa mecelah cerita pakcik itu yang lancar dan menarik aku menadah telinga ku untuk mengetahui rahsia dan apakah kerjayanya sekarang sehingga mampu menggunakan kenderaan mewah ini. Pak cik it uterus meyambung ceritanya dan memberitahu, dia berhasrat untuk menjadi seorang pemborang getah skrap. Pada waktu itu, masa amat sesuai kerana harga getah pada waktu itu sedang meningkat. Dia tekad dan mengatakan untuk mempunyai sebuah lori muatan 3 atau 6 tan. Dengan sedikit sebanyak bekalan daripada titih peluh kerja dikawasan pembalakan dia terus ke bank pertanian untuk bertanya khabar dan mendapatkan maklumat bagaimana untuk memulakan perniagaan itu. Dan dia memberitahu, dia sebenar seorang yang buta huruf. Hanya tahu sedikit sebanyak penggiraan mudah atau conggak. Namun isterinya seorang yang celik huruf. Pada pertemuaan pertama dengan Bank Pertanian atau Agro Bank sekarang, pegawai bank berkenaan memberitahu, tidak tidak dapat menolong pakcik untuk membuat sebarang pinjaman.. ini kerana syarat bank pertanian untuk menjadi seorang pemborong. Pinjaman modal hanya diberikan kepada mereka yang mempunyai lessen membeli getah skrap secara sah. Dan ini dikeluarkan oleh satu jabatan yang lain. Agensi kerajaan yang dimaksudkan ialah Lembaga Getah Malaysia. Antara fungsi jabatan itu ialah mengeluarkan lessen pemborong kepada pemborong getah untuk dijualkan kepada syarikat tempatan.

Dengan seribu satu harapan yang menggung tinggi pak cik ini menceritakan bagaimana dia terus pergi ke Lembaga Getah Machang untuk mendaptkan maklumat bagaimana untuk mendapatkan lessen pembeli getah. Dan ceritanya disini menjadikan aku menitis air mata. Dan dapat aku lihat kilauan air pada kelopak matanya mungkin menahan rasa sebak sedih mengenangkan apa yang telah dihadapi dan syarat- syarat tambahan yang dikenakan oleh pegawai terbabit untuk membolehkan dia mendapatkan Permit membeli getah itu. Selain daripada wang simpanan modal minimum RM5000.00 ada syarat syarat yang aku anggap sebagai kejam dan menindas umpama menangguk di air yang keruh. Walaupun dengan keadaan serba berkurangan namun dengan niat dan tekad yang kuat. Pak cik memberitahu dia boleh mengumpulkan modal permulaan sebanyak RM 10,000.00 untuk menyakinkan pihak Lembaga Getah Malaysia bahawa mereka tidak mempunyai sebab untuk tidak menolak permohonan beliau. Pada waktu itu, aku terfikir mungkin ini antara sikap dan nilai yang dipelajari daripada matan bossnya dahulu seorang Cina bagaimana untuk mengambil hati orang lain.

Antara syarat-syarat kejam yang dikenakan oleh pegawai Lembaga Getah Malaysia kepada beliau ialah, pegawai itu hendak merasa daging rusa, kijang, dan landak. Sekirnya pakcik ini boleh menyediakan semua keinginannya maka harapan besar untuk permohonannya itu diluluskan. Pada ku, ini seseuatu permintaan yang melampau dan diluar batasan kemampuanku. Namun pakcik ini berani menyahut cabaran pegawai berkenaan yang seterusnya menjadikan kisah hidupnya berubah. Dia menceritakan bagaiaman pada mulanya, berusaha untuk mendapatkan rusa. Walaupun agak susah, namun dia berusaha mendapatanya dan setelah itu, daging itu diagihkan kepada pekerja-pekerja di Agensi berkenaan seramai 12 orang. Seterusnya, dia berikhtiar mendapatkan kijang. Dan seterusnya dia berusaha mendapatkan landak. Dia tidak menceritakan secara panjang lebar bagaimana dia mendapatkan rusa dan kijang kerana pada waktu itu kami sudah sampai di kuala krai. Dia hanya menceritakan dia menggunakan cempedak untuk memerangkap landak dan mendapat landak seberat 13 kg. Kesemua daging landak itu dihadiahkan kepada pihak yang zalim seramai 12 orang maksudnya seorang dapat 1 kg. aku mengeleng-geleng kepala dan terharu bagaimana beliau begitu nekad dan tekun dalam matlamatnya.. aku baru sedar. Yang berada di sebelah ku itu adalah seorang yang berjiwa besar dan amat cekal dalam hidupnya. Tidak pernah terfikir oleh ku akan ditakdirkan untuk berjumpa dengan seorang lelaki yang gagah semangat seperti itu. Setelah itu, dia memberitahu. Mendapat khabar berita yang dinanti-nanti dan semua hasil usahanya sebelum ini berhasil kerana Berjaya mendapat permit pembelian getah skrap. Dia memberitahu satu misi telah selesai. Dan ada misi setersunya yang masih lagi belum selesai.

Misi berkenaan itu, ialah membeli lori. Oleh kerana sudah mendapat permit dan lessen. Dia berhasrat untuk mendapatkan lori yang lebih besar katanya. Bukan lagi lori 4 tayar tetapi 6 tayar. Maknanya harga lebih mahal. Dia telah pergi berjumpa dengan pegawai bank di Agro Bank dan pegawai bank berkenaan memberitahu, pinjaman tidak dapat diberikan dan diluluskan untuk membeli lori 6 tayar kerana bayaran deposit yang tidak mencukupi. Paling-paling tidak dia memerlukan lagi lebih kurang 6 ribu. Dengan keadaan kerja kampung yang tidak seberapa dan duit penyata dalam bank yang dipinjam beliau tidak mempunyai banyak pilihan melainkan ikat perut. Beliau telah memanggil semua anak beranaknya dan memberitahu matlamat dan niat yang ingin dilaksanakan iaitu berjimat cermat dengan cara ikat perut. Pada waktu ini, sekali lagi aku terharu dan terasa macam nak peluk aje pakcik sebelah ku itu. Dia menceritakan bagaimana pedih jerih berjimat hingga boleh dikatakan dia berjimat cermat dengan memakan nasi dan ikan kering sahaja selama hampir 6 bulan. Falsafahnya ialah belanja RM2 nak dijadikan RM1. Ternyata usaha itu tidak sia-sia, beliau berjaya mengumpul wang sebanyak yang dimahukan oleh pihak syarikat kenderaan lori motor itu. Saya terfikir, mungkin yang cuba hendak dibeli ialah lori terpakai. Namun dia tidak menceritakan sama terpakai atau baru. Namun dia menceritakan setelah bersusah payah mengikat perut selama 6 bulan dan apabila tiba hari untuk membayar wang deposit wang kepada syarikat kenderaan itu. Sekali lagi dia dipermainkan oleh jurujual dengan mengatakan wang pendahuluan itu sudah meninggkat dan tidak boleh beli. Melainnkan guna cara duit bawah meja. Pada waktu itu, dia memberitahu, dia amat kecewa dan hampa kerana beranggapan dia sudah gagal kerana tidak mampu membeli lori yang diidamkan. Namun, dia mengambil pedekatan drastic dengan pergi sendiri ke rumah jurujual berkenaan dan memberikan wang sebanyak RM350.00 kepada juru jual berkenaan katanya dengan niat hadiah, dan ikhlas dan sedekah supaya boleh usahakan untuk membantu beliau membeli lori sedangkan dia sendiri mengikat perut untuk mengumpul duit itu. Disini aku terasa, oh kejam sekali mereka yang memperalatkan orang tidak tahu membaca, naïf dan jujur untuk kepentingan diri sendiri. Lalu dengan usaha itu, barulah dia Berjaya membeli sebuah lori yang diidamkan.

Dalam perjalanan aku bersama pakcik ini.. tidak memperkenalkan namanya kepada ku. Hanya secara tidak langsung dia memberitahu orang kawasan itu memanggilnya “ Wak Misai”. Dengan hasil usaha membeli getah skrap. Dia secara jujur memberitahu ku,. Bahawa dia pernah mendapat RM 3,000 semalam. Takdir tuhan amat adil pada orang yang sabar dan bersungguh-sungguh kebetulan pada waktu itu, harga getah sedang meningkat naik hingglah dia menjadi seorang yang dikenali dikampungnya kerana baik hati, pemurah dan seorang yang berada sekarang

Dipendekan cerita, maka aku sampai di Peringat menaiki kereta Honda Civic 2.4 milik seorang yang tidak tahu membaca dan menulis namun kaya dengan semangat dan tekad. Maka turunlah aku, dengan berpakaian sehelai sepinggan dengan berfikir panjang. “ aku seorang pensyarah, lulusan sarjana, adakah aku sekuat beliau. Dia masih mahu menceritkan sesuatu kisah dan pengalaman lain. Namun kerana tujuan dan matlamat berbeza, maka kami berpisah disitu. Lalu aku temenung sendiri sambil menuggu bas atau teksi untuk ke jalan hamzah. Dan dalam pada itu aku terfikir..
Tuhan maha adil kepada ku.. menasihati kedukaan keretaku rosak dengan mendatangkan satu cerita semangat untuk aku insafi”.. wah hebat perancangan Allah!.. aku senyum sendirian dan tidak gundah lagi tentang kenderaanku yang rosak. Aku yakin, tuhan maha adil dan amat menyayangi hambanya. Dan aku mohon agar terus mendapat rahmat tuhan.

No comments:

Pages


ShoutMix chat widget
 

Palomar