Wednesday, December 03, 2008

“Nikmat Tuhan manakah lagi yang hendak kau Dustakan?”

Ketika ku usia remaja
Pertama kali menghadiri temuduga untuk M. A (Medical Asistant)
Terlupa kepilkan MyKad dalam sijil interview
Ahli penel mengeleng kepala
Pandanganya aku leka dan bersahaja
Lalu tidak dapat kerja berputih mata


Kali kedua, menghadiri walk-in untuk menjadi “waiter” hotel terkemuka
Pakai seluar jeans dan singlet putih sahaja kerana tidak bersedia dan tahu apa-apa.

Lalu, ku dihalau keluar dengan hina
Sebelum keluar sempat ku berkata “ pakaian hanya kulit sahaja, kalau dipakaikan mereka kepada tunggul nyor ,ia masih tunggul sahaja” jawapan itu menjadikan mereka tergangga.
Lalu ku keluar dengan penuh bangga.

Kali ketiga, menghadiri latihan fizikal
Untuk jawatan inspektor
Diminta berlari sejauh 3 kilometer
Dalam tempoh 12 minit sahaja
Aku berlari bersahaja untuk tempoh 12.5 minit
Lalu ku jua berputih mata
Katanya tak kuat stamina nak kejar peragut bermotor!

Seterusnya, interview untuk KPLI
Kerana jujur dengan sasiah diri
Tidak ku jawab semua soalan ditanya
Kerana ku bukan hipokrit padaNya
Lalu jawapan ku diasingkan dari semua
Itu menjadikan aku istimewa
Yang lain mendaftar pada bulan Januari
Aku mendaftar untuk PhD

Lalu ku sedar
Ku memang istimewa
Ku tidak mendapat M.A, Waiter, Inspektor, dan Guru
Aku hanya perlu menjadi aku

Dan Tuhan Maha Kaya
Lalu mencampakan ku menjadi pensyarah pula
Ku bebas memeriksa persakit ilmu,
Melayan penagih ilmu dan kata di kelab blogku
Dan memeriksa kesalahan jiwa sebelum mengadapNya

Tidak kurang mengajar tunjuk baca
Menjadi guru kepada guru
Menjadikan diri terasa kerdil dihadapannya
Menjadi penakul hidup dan mengerti makna

Lalu nikmat tuhan manakah yang hendak ku dustakan?

Melihat sejarah ditempuhi darah dah nanah
Alat mendewasakan akal
Masih bugar kenangan untuk direnungkan di hadapan

Alahan demi alahan
Menjadikan diri tidak mengalah

Oleh itu nikmat tuhan manakah lagi yang hendak ku dustakan?

Dengan doa dan Rahmat Al-Rahman
merenung melihat masa depan
Dengan menadah tangan
Mudahan ku tidak dustakan
Nikmat yang telah diberikan

Maka Nikmat Tuhan engkau manakah lagi yang hendak kau dustakan?

No comments:

Pages


ShoutMix chat widget
 

Palomar