Monday, May 26, 2008

Dihambat Hantu Baju Jarang


Sebagai reaksi aku kepada tulisan akhbar hari ini berkaitan dengan kisah pakain pelajar perempuan yang menggangu konsentrasi guru. Baju kurung yang tidak dikurung. Sepatutnya mengurung nafsu liar. Dan mengurung ghairah kasar. Mengurung sinar permata yang berkilat dari terus memanggil serangga dan kumbang berterbangan buas.Baju kurung yang harus sepatutnya tidak dianggap mengurung dan mengongkong. Seharusnya ia menjadi darjah yang harus dijujung kerana ia sulung ulung dan amat agung kerana apa yang dilindung bukan sekadar maruah bergunung juga martabat agama yang kita laungkan 5 kali dalam azan sehari.

Maka mimpi ku bermula begini;



Dihambat hantu baju jarang
Mimpi semalam masih segar
Bersama puteri cantik
Berlidah manis
Mulutnya gambaran godaan nafsu
Yang telah dibakar 1000 tahun
500 tahun dijahanam
Dan bakinya di neraka lapar

Puteri idaman berjari lentik
Mata berkaca-kaca
Tajamnya memikat hati lara


Sengsara Awang Selamat
Bersama Parang Puting Hikmat
Dari Puteri Gading hingga Puteri Cincin Manikam
Ia hanya hantu.

Hantu berbaju jarang mempamerkan susuk badan mengiurkan
Demi menyesatkan

Mau diherat cucu Adam
Demi balas dendam
Untuk menjadi teman
Bukan lagi 1000 tahun namun selamanya ( wa iya zu billah himin zalik)

Hantu berbaju jarang
Memukau fitrah yang dipendam
Menjadi bara diam
Membakar perlahan panasnya dari dalam

Ditiup perlahan-lahan oleh syaitan
Agar membara
Menjadi teman sejatinya
Berdekah mereka tanda puas menang terhadap Adam
Itulah kisah Hantu Baju Jarang.








damak09
Hulu Langat
24 May 2008
4.30 am

No comments:

Pages


ShoutMix chat widget
 

Palomar