Sunday, December 23, 2007

Cinta Dunia

Cinta itu lahir dari hati
Sayang itu turun dari mata katanya

Katakan kepada mata dan hati
Ia bukan milik kekal
Ia akan pudar
Hambar dan tawar

Katakan pada pencinta
Ia hanya mainan mata dan hati

Ia akan hilang bila tiba masa
Usia dan waktu adalah segala
Kerana itu Tuhan bersumpah demi masa
“sesungguhnya manusia itu dalam kerugian melainkan mereka yang bertaqwa”

Ia akan hilang
Cintakan bunga, bunga akan layu
Cinta harta, ia akan membutakan mata hati
Cintakan pangkat, langit tidak boleh kau tongkat
Cintakan zuriat,, ia akan hilang oleh hayat

Maut akan mengucapkan selamat tinggal
Pada pinjaman ini.
Syukur ,semalam memberikan nikmat menyintai Tuhan

damak09
Gunung Nuang
23/10/2007

No comments:

Pages


ShoutMix chat widget
 

Palomar