Tuesday, September 04, 2007

Zaman Keagungan atau Kedangkalan Logikal Akal

“Zaman Keagungan atau Kedangkalan Logikal Akal”

Semalam isteri saya membacakan kepada saya satu petikan daripada sebuah majalah. Dia memberitahu “ kajian seorang professor bukan Islam dari Belanda mendapati dengan menyebut zikirullah contohnya Allah akan memberikan kesan piskotrapi kepada manusia. Maka perkataan Allah itu dikaji kepada beberapa pesakit muslim dan bukan muslim selama 3 tahun. Pesakit muslim didapati dapat menghadapi keadaan keadaan sakit dengan lebih tenang dan ada antaranya dapat hidup lebih lama malah sembuh. Namun paskit bukan muslim di dapati lebih pendek usianya dan penyakit mereka menjadi lebih serius atau tidak berubah”


Maka Professor itu telah mengemukakan hasil kajiannya dan mengatakan dengan menyebut perkataan “ Alif” atau “ A” akan menghasilkan satu getaran kepada bahagian otak dan dapat merangsang saraf otak untuk menjadi lebih positif.. Huruf “Lam” atau “L” berikutnya akan dapat memberikan satu isyarat kepada jantung atau senaman kepada jantung untuk menjadikan jantung boleh bekerja lebih lama dan sihat. Ini kerana untuk menyebut perkataan “ Lam” akan melibatkan bukaan ruang rongga mulut dan lidah yang memberikan kesan yang tersendiri kepada jantung. Manakala huruf “ Ha’ atau “ H” akan memberikan satu kesan kepada penafasan kerana untuk menyebut perkataan “H” akan melibatkan satu proses penafasan. Seterusnya gabungan 3 huruf ini akan berjaya menaktifkan tiga organ utama manusia iaitu otak, jantung dan peparu. Dengan menyebut perkataan Allah sebenarnya seseorang itu akan menjadi lebih sihat dan lebih panjang usia. Maka kita orang Islam kena banyak berzikir, katanya ringkas kepada saya”


Itulah antara rumusan yang disampaikan oleh isteri saya. Saya terpaku seketika dan mengeleng-gelengkan kepala dan mencetuskan idea untuk menulis artikel ini. Bertanya saya kepada isteri saya “ Umi!, kenapa kita umat Islam apabila ada kajian yang sebegitu rupa baru kita hendak percaya?. Dan kajian itu pula dilakukan oleh orang bukan Islam. Adakah begitu hina kita, hinggakan dalam soal berzikir kepada Allah pun kita hendak menunggu orang barat buat kajian baru hendak berzikir. Tidak cukupkah kita dengan khabar yang benar disampaikan oleh Rasulullah .s.a.w. kerana Rasulullah itu tidak sekali-kali akan menyampaikan khabar yang sia-sia melainkan benar belaka.

Adakah Professor Belanda tadi lebih kita percayai daripada khabar dan berita yang disampaikan oleh Rasulullah. Antara sifat yang perlu kita percaya tentang Rasulullah ialah “ Sidek (benar), Amanah ( jujur), Tabligh ( Menyampaikan), Fatonah (Cerdik). Nampaknya logik akal kita semakin telah didangkalkan oleh hal-hal yang kita yakini benar.

Terlalu bergantung kepada logik akaliah akan menjadikan kita sesat dan terpesong dalam mencari kebenaran. Antara sumber ilmu yang dipersetujui umum pertama mendapat daripada khabar yang benar ( sumber yang benar) dan keduanya daripada cerapan pengalaman pancaindera yang sihat dan sejahtera. Ungkapan khabar yang benar itu diterima oleh semua ahli ilmu sama ada barat atau Islam. Oleh kerana itulah, dalam penulisan tesis atau buku mesti ada rujukan. Tiada manusia atau sumber ilmu yang dimulakan oleh manusia dimulakan dengan kosong. Seseorang pengkaji itu harus bermula dengan sesuatu atau hipotesis kajian. Sama kajian itu melibatkan kajian bidang ilmu baru atau campuran lebih daripada satu bidang ilmu. Namun bagi ilmuan Islam, dalam istilah khabar yang benar itu, perlu dimasukan wahyu dan hadis-hadis Rasulullah kerana ia dianggap salah satu sumber yang mesti didahulukan atau utama. Hal ini tidak berlaku dan tidak dapat diterima oleh kajian barat. Oleh itu, mereka mula mencari satu kajian sainstifik untuk menunjukan akal mereka lebih hebat walaupun mereka tidak dapat menolak kebenaran itu akhirnya. Tidaklah salah untuk mengetahui rahsia disebalik sebutan zikiruillah itu. Namun mengapa kita menuggu begitu lama iaitu 3 tahun baru hendak berzikir kepada Allah?. Hal yang sama berlaku di dalam kisah seperti dirtiwayatkan Rasulullah pernah membelah bulan. Kajian NASA berjaya menunjukan pernah pada satu ketika bulan ini terbelah berdasarkan rekahan yang ada dibulan. Lihat betapa Tuhan telah “memperbodohkan” mereka yang degil untuk percaya kepada kebenaran Rasulullah dan Islam dengan mereka membelanjakan jutaan US Dollar semata-mata untuk mengetahui bahawa Muhammad pernah membelah bulan. Maka kajian dilakukan daripada semua sumber sama apa yang mereka percaya atau tidak percaya sebelum ini. Lalu dijumpakan satu kisah Rasulullah pernah melakukan mujizat iaitu membelah bulan dalam usaha untuk membuktikan kebenaran ajaran yang disebarkan pada waktu itu.

Seterusnya cerapan pengalaman pancaindera yang sejahtera atau sihat. Ungkapan sihat dan sejahtera itu harus digariskan. Bagi seorang yang sedang mengidap penyakit selsema. Deria rasa lidahnya tidak boleh digunakan untuk menjadi ukuran kepada sesuatu masakan sama ada sedap atau tidak. Hal yang sama berlaku kepada bau pesakit itu. Sekiranya kita lanjutkan, kepada aspek khabar yang benar tadi, terdapat persamaan yang menjadikan khabar atau hadis itu diragui apabila pewari hadis itu diragui atau tidak sejahtera iman atau diragui keperibadiannya. Pengalaman pancaindera yang sihat dan sejahtera ini amat dianggungkan oleh ilmuan sains barat. Mereka menyedari keterbatas mata manusia untuk melihat hidupan seni. Lalu diciptakan mikroskop, mula menaman minat yang mendalam untuk mengetahui ( tidak salah melakukan kajian) dan akhirnya terpaksa sujud akur kepada kebesaran Allah dan tidak kurang pula yang telah mematikan Tuhan kerana mula bangga diri dan riak dengan penemuaan itu.

Adakah kita pun, perlu sampai ke tahap degil dan bebal seperti itu baru hendak mempercayai akan kebenaran khabar dan seruan syariat in ?. Subahanllah! Mungkin,inilah satu zaman logik akal yang amat dangkal, kajian dan penemuan sains telah mematikan Tuhan. Nampaknya mereka yang percaya kepada pandangan faham Descartes “ I think therefore I ‘m ” semakin meluas. Keanggungan kepada logikal akal manusia menjadikan mereka semakin jauh dari sumber ilmu-ilmu yang benar. Semua perkara mahu dibuktikan. Walau, kekadang dalam aspek akidah dan tauhid kita tidak memerlukan bukti yang emperikal. Cukup dengan kita menyakini. Iaitu yakin kepada wahyu-wahyu dan khahbar yang disampaikan Rasulullah kerana ia merupakan salah satu sumber ilmu yang benar untuk diamalkan.





Damak09
MS. Cheras
5/09/2007

1 comment:

azrulazmie said...

I believe religion should also be a very logical scientific studies instead of pure theological one, be it the division of the moon or the benefits of the words in the zikr. Instead of being an 'accidental believer', we should all choose to believe by our own freewill and to do so these findings are very crucial.

There are researches (I don't know the status now) in UM which relate the position in the prayer to the functional brain activation. I personally applaud these researches and wonder why these were not done earlier.

This is just my personal opinion and I hope it will not attract any speculation or unjustified judgements

Pages


ShoutMix chat widget
 

Palomar