Tuesday, February 13, 2007

Subuh itu Sungguh Indah

Pagi itu hening, cuacanya tenang

Setenang air di kali

Ku lihat seorang gadis mendayung rakit menghulu

Dengan sarat untaian harapan di bahu

Arus Sungai Po itu bukan halangan

Rakit impian yang dibina dari untai pengalaman

Menjadikan dia matang

Untuk menjadi ayah dan ibu

Mengajar hari esok dan semalam

Tentang semalam yang penuh kenangan

Semalam adalah teman setia mengajar kental

Bila suara terakhir melambaikan ucapan selamat tinggal

Rupaya dia tidak kembali lagi

Dia telah menemui Dia.

Namun… hari ini masih Subuh.

Masih sempat engkau berdoa di waktu Doha

Zohor masih belum tergelincir

Matahari masih terbit sebelah timur

Dan petang karang Asar, Maghrib, dan Isyak

Masih boleh berjemaah di “ masjid ”

Berjemaah lah kerana ia lebih afdal

Cipta lah satu lagi pendayung harapan

Agar kayuhannya makin laju.

Bukan lagi di Po River

Tetapi di Sungai Tembeling, Tasik Titiwangsa, Sungai Kinta

Bukan lagi rakit…

Tapi dengan perahu

Agar waktu itu gadis kental ini

Bisa berehat dengan aman

Dengan berpangku pada lengan teman tersayang

Melihat zuriat kesayangan mengumpul kematangan

Dari wajah kegigihan yang ditatapi setiap pagi

Aku pemerhati kagum dengan rakitmu

Bisa bertahan hingga ke hulu

Walau kita masih berada di waktu Subuh.

Ku harap sempat berjemaah dengan mu di waktu Subuh esoknya!

Agar bisa ku biasakan rambutmu dengan telekong

Agar hidup ini tidak melencong

Izinkan aku!

Damak09

13/02/2007

7.52 pm

1 comment:

Anonymous said...

Salam dan tahniah buat penulis,puisinya digarap dgn bersahaja namun penuh kata2 bermakna dalam mengungkap erti sebuah kehidupan,ketabahan dan pengharapan.Salam.

Pages


ShoutMix chat widget
 

Palomar