Sunday, August 13, 2006

Israk dan Mikraj Kesan Kepada Tahun Lompat

Salah satu peristiwa yang penting dan mesti dingati oleh umat Islam dan masyarakat dunia ialah kisah perjalanan suci Nabi Muhammad menemui Pencipta yang Maha Agong. Pelbagai tuduhan dan tomohan yang diterima apabila baginda menceritkan pengalaman suci ini dan antara yang paling tipikal ialah Muhammad mengamalkan sihir.

Apabila pulang daripada pengembaraan agong itu. Muhammad telah diperintahkan oleh Allah supaya menceritakan apa yang telah dilihat dan dialami oleh baginda. Ini merupakan satu cabaran yang hebat. Mengikut keadaan semasa pada waktu itu adalah mustahil untuk seseorang itu berjalan dari Mekah ke Baitulmuqadis dalam masa satu malam dan naik ke langit berjumpa dengan Allah.

Oleh kerana telah diperintahkan oleh Allah. Muhammad yakin baginda akan mendapat pertolongan daripada Allah. Baginda akan memberikan bukti tentang kebenaran pengalaman itu dan Allah telah membantu Rasullah untuk menyokong hujah dan cerita Rasullah itu.

Antara banyak-banyak pengalaman yang diceritakan. Baginda ada menyebut semasa balik dari pengembaraan itu, baginda telah menemui satu rombongan dagang yang unta merah mereka telah pata kaki( kalau kita sekarang macam tayar pancit ) dalam perjalanan ke Mekah. Tidak cukup dengan itu. Golongan yang tidak mahu mempercayai Rasullah telah menayakan soalan. Bilakah mereka akan sampai?. Dengan bantuan dari Allah, Muhammad memberitahu bahawa mereka akan sampai pada hari Rabu. Lalu mereka pun berkumpul semula pada hari Rabu untuk menunggu rombongan dagang itu. Ini sebenarnya menggambarkan mereka mula mempercayai pengalaman cerita Rasullah kerana memberi ruang untuk menunggu bukti seperti yang katakan sebelum ini. Namun, penantian pada hari Rabu itu agak panjang dan lama kerana walaupun sudah petang rombongan itu masih belum sampai. Oleh itu, Rasullah telah berdoa kepada Allah dan Allah telah memerintahkan Malaikat Jibrel untuk menahan pergerakan matahari pada hari itu buat sementara waktu. Oleh sebab itu, hari Rabu menjadi panjang sedikit untuk membolehkan rombongan yang dikatakan tadi sampailah pada haru Rabu dan seterusnya telah mengubah pergerakan bumi hingga sekarang. Sekiranya kita melihat kenapakah wujud tahun lompat. Setiap 4 tahun sekali akan berlaku pertambahan satu hari pada bulan Febuari. Maksudnya Tahun lompat telah bertambah daripada 365 kepada 366 hari. Ini adala satu bukti dan kesan moden ( logik dan fakta) yang boleh dilihat hingga sekarang. Ia merupakan satu implikasi yang besar kepada masa. Dan di dalam islam, masa sering dikaitkan dengan kepentingan solat lima kali sehari semlaam.



Kita mungkin boleh membuat kesimpulan bahawa umat akhir zaman iaitu umat nabi Muhammad telah diberikan masa yang lebih sedikit jika dibandingkan dengan umat-umat lain. Ini adalah antara keistimewaan dan kelebihan umat nabi Muhammad.

Kajian sainstifik boleh dilakukan untuk membuktikan kebenaran ini mungkin dengan membandingkan kelander dan pengiraan masa ahli astronomi Greek atau India sebelum kerajaan Islam Madinah untuk melihat perbezaan pengiraan masa dalam masa setahun oleh mereka. Implikasi masa ini satu keadaan yang tidak dapat ditolak oleh manusia moden. Oleh itu, ia merupakan satu hujah kukuh dan benar kepada manusia sekarang Muhammad benar-benar melakukan perjalanan itu.-

5 comments:

Anonymous said...

update! update! buku motivasi tu apa cerita? dah masuk kedai? atau masih dalam komputer?

~albazrah~ said...

Pasal tahun lompat ni...boleh sama2 kita fikirkan. Tidak mustahil.

damak09 said...

terima kasih..., nanti kita tngok. betul tak.. buku.. tu masih tergendala lagi.. kerja suntingan akhir susah boner nak dimulakan.. tapi biasanya bila dah mula... kejap aje. he wasalam

Anonymous said...

I have been looking for sites like this for a long time. Thank you! Clomid and ovary pain Indiana casino boats Why fluoxetine giving for tention migrain Bingo gambling game online Accutane prednisone topcall fax server Mesotherapy essage board North dakota northwood laser tatoo removal Acyclovir acyclovir hsv treatment acyclovir.md Propecia viagra Affordable dental insurance minnesota Buymoveto link online viagra 3d blackjack trainer Prozac cat pride power wheelchairs Aston martin db7.html http://www.quit-smoking-help-2.info/Housecleaningbusinesscard.html Camera digital store printing Maternity clothes mableton georgia

Anonymous said...

Where did you find it? Interesting read »

Pages


ShoutMix chat widget
 

Palomar