Monday, July 17, 2006

Keamanan Dunia adakah kita sudah berputus asa?

Melihat usia wanita tua ini yang semakin bongkok dengan penyakit angin ahmarnya, akibat selalu menyedut asap hitam peperangan dan pembangunan. Ada ketikanya sekali-sekala digegarkan dengan penyakit parkinsonnya berkekuatan mencecah 9.7 SR terjatuh nenek dari tapak asalnya. Kias ibarat ini seakan-akan menjadikan kita seperti seorang anak yang menderhaka kepada nenek atau ibunya. Disebabkan harta milik si ibu tua ini yang sedikit yang ditanam di Asia Timur menjadikan anak-beranak Nabi Adam a.s bergaduh dan berbunuhan mengulangi kisah Habil dan Qabil. Malah ia sentiasa berterusan tiada tanda akan menunjukan ia akan reda.

Sekiranya wanita tua ini mampu bersuara, maka mungkin dia akan berkata “ cukuplah anak-anak Nabi Adam aku sudah tidak larat untuk mengendung dan melihat karenah kalian yang semakin liar dan buas”. Pergaduhan antara Pak Alang (Yahudi), Pak Ngah (Kristian) dan Pak Su (Islam) semacam akan kunjung padam dan tidak terkawal lagi.

Antara anak-anak Nabi Adam ini, Pak Alangnya memang sangat keras kepala dan alang kepalang. Dari dahulu lagi kaum Pak Alang ini suka mencari masalah. Belum kering lagi debu-debu tapak kaki dasar Laut Merah yang mereka pijak. Mereka sudah mendustakan Allah dan melanggar perintah penghulu Musa a.s pada waktu itu.

Kaum Bani Israel memang angkuh dan sering melihat semangat etnosentrisme mereka sebagai satu sumber pengaruh dan dasar yang perlu mereka perjuangkan. Bermula dengan agenda agama seterusnya dilanjutkan kepada beberapa perancangan yang teliti dan rapi untuk menguasai bidang ekonomi dan sosial. Mereka akan tetap berdegil dan akan terus menerus memperjuangkan agenda mereka sehingga menjadikan kita besikap pasismis terhadap apa sahaja bentuk rundingan dan peracangan untuk mendamaikan permusuhan yang mereka mulakan ini.

Umum mengetahui US bukan lagi menutup sebelah mata, malah kedua-dua belah mata dan telinga untuk tidak melihat dan mendengar apa yang telah dilakukan oleh Yahudi dan Rejim Zionis. PBB ( Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) sudah hilang taring apabila bertindak memberikan lima taringnya kepada lima kuasa besar dunia dan taring yang paling panjang dan berbisa dimiliki oleh Amerika. Pendedahan re-open 11/09 mendapati Sharon pernah berkata “ kita jangan pedulikan Amerika dan kuasa Amerika, kerana kita memiliki kongres mereka” dalam satu ceramah umum yang pernah diadakan secara langsung . Maksudnya, imej Amerika sebagai kuasa besar dunia sebenarnya merupakan patung yang dikuasai oleh Yahudi atau Israel. Oleh itu, peperangan Israel juga merupakan peperangan bagi Amerika. Kesannya pergaduhan dan pencerobohan ke atas negara-negara Arab oleh Israel akan mendapat “restu” PBB secara tidak langsung kerana mendapat sokongan Amerika yang mempunyai taring veto yang paling panjang dan bisa. Umum menyedari akan hal ini. Kewibawaan PBB sebagai polis dunia sudah tidak releven dan penubuhannya perlu diperhalusi semula untuk menjamin keamanan dunia yang lebih seimbang. Namun, sudah menjadi satu resmi, yang kuat akan mengenakan yang lemah dan yang lemah akan menjadi mangsa. Nampaknya itulah yang berlaku sekarang. Sekiranya benar, PBB mengutamakan suara masyarakat dunia. Maka bersatulah seluruh warga dunia untuk mengubah akta penubuhan dan kuasa veto di dalam PBB itu sendiri.

Sekiranya ini dijadikan sebagai agenda warga dunia. Negara yang paling awal membantah ialah Amerika dan Israel. Ini kerana, Amerika dan Israel tidak melakukannya dengan percuma. Ada ganjaran besar yang menanti. Emas hitam yang disimpan di dalam purdah wanita tua itu menjadi cagaran bagi Amerika dan pembinaan bangsa Yahudi oleh Israel. Demi mencapainya mereka tidak teragak-agak untuk meloloskan purdah anak gadis, mengorbankan kanak-kanak, dan orang awam yang tidak berdaya kerana mengikut perjajian dengan Pak Alang dan Pak Ngah yang rakus tadi.

Dalam konteks dunia sekarang nampaknya Pak Alang dan Pak Ngah bersekutu untuk menyerang Pak Su. Pak Su sering dilontarkan dengan pelbagai tomohan fitnah dilebelkan dengan pelbagai istilah dan perkataan yang negatif. Tentu sekali pergaduhan anak-anak Nabi Allah Adam ini menjadikan wanita tua ini sedih dan menanggung seksa yang teramat sangat. Sekali-skala dia bersuara menghukum secara pukal sama ada Pak Alang, Pak Ngah dan Pak Su seperti Tsunami pada tahun 2004 lalu.

Sekiranya dilihat menerusi aspek ini. Kita akan mendapati pergaduhan ini tidak akan selesai. Senantisa wujud beberapa pertindihan kepentingan yang menjadikan mereka akan berperang. Dan semamangnya ia sesuatu yang amat menyedihkan dan menyakitkan. Melihat lukisan anak-anak perang di Palestin menggambarkan situsai peperangan dan kekacauan dipenuhi warna merah dan hitam. Seakan-akan tiada pensel berwarna hijau dan biru di dalam kotak pensel mereka. Mereka begitu mahir melukis senjata M-16, mortal dan kereta kebal dan lain-lain jika dibandingkan dengan kanak-kanak benua aman begitu asyik melukis doremon dengan alam khayalannya, landskap bukit dan sawah yang hijau dengan matahari yang bersinar terang dicelah gunung.

Kita mahu berkongsi udara yang bersih daripada debu bangunan dan asap bom ini dengan mereka. Namun kerakusan Pak Alang dan Pak Ngah menjadikan anak penakan mereka merana. Kita bersedih dari jauh. Apakah yang mampu kita lakukan, bantuan WHO, UNESCO di bawah PBB yang juga dikawal oleh Pak Ngah. Ia satu keadaan yang tidak adil. Pak Su berkeyakinan teguh dan berdoa agar rahmat Ilahi akan datang dan menyelubungi kedamaian nenek tua yang sudah penat dengan kerenah cucu-cucu yang lupa daratan ini. Keamanan dunia adakah kita sudah berputus asa?.-

1 comment:

Anonymous said...

This is very interesting site... Weather you and boating 1998 dodge durango problems

Pages


ShoutMix chat widget
 

Palomar