Monday, May 29, 2006

Kemanusiaan warga dunia diuji lagi

Seorang tokoh dari barat ada mengatakan bencana alam penting kepada proses semulajadi (semulacipta) bumi untuk mengekalkan keseimbangan populasi manusia di muka bumi. Dunia dikatakan tidak akan dapat menanggung lebihan populasi manusia yang semakin banyak dan akan menyebabkan sumber-sumber di muka bumi ini tidak cukup untuk seluruh umat manusia. Oleh itu, amat penting bumi bersuara dan "menelan" separuh umat manusia untuk kepentingan manusia itu sendiri.

Adakah kita boleh menerima dan bersetuju dengan pendapat ini?. Katakan kita bersetuju dengan pendapat ini. Adakah ia satu halangan untuk kita membantu mangsa-mangsa gerak gempa di Indonesia sekarang?. Jawapanya,walau apa pun pandangan dan persepsi kita terhadap bencan alam yang sedang berlaku kepada seluruh masyarakat dunia sekarang sama ada secara semulacipta, atau akibat peperangan di kalangan manusia. Kita sebagai umat manusia dituntut untuk senantiasa membantu antara satu sama lain. Tambahan pula kepada saudara seagama kita iaitu "Islam".

Ribuan malah jutaan masyarakat dunia memerlukan pertolongan. Bermula dengan krisis peperangan, kebuluran, bencana alam, wabak dan sebagainya. Ia memerlukan suara besar dan bulat dunia untuk mengatakan "ya" dan sudi menghulurkan bantuan kepada mereka yang terlibat

Pelbagai deretan cerita sedih yang kita dengar daripada mangsa-mangsa yang terlibat dalam tragedi kemanusiaan ini. Keadaaan persekitaran yang sejuk dan kesukaran mendapatkan bekalan makanan dan perubatan semacam sudah menjadi lali di telinga kita. Kita mampu berkata "kasihan", sedih, malanganya" atau Astargfirullah hal azim dan sebagainya. Namun itu tidak cukup untuk menggerakan tangan kita menyeluk saku untuk memberikan derma!. Atau tidak cukup kuat untuk menjadikan kita berlari ke dalam stor melihat masih adakah pakaian-pakaian lama yang boleh didermakan kepada mereka?. Kalau lebih bagus lagi. Perasaan dan ungkapan tadi membawa kita mengapai kunci kereta untuk pergi membeli baju-baju guni yang boleh didermakan kepada mereka. Namun, dalam Islam apabila kita hendak menderma kita digalakan memberikan "barang yang paling kita sayang". Maksudnya barang yang baik.


Di sebalik tragedi sedih ini, ada pula kita terdengar pula beberapa cerita sumbang dan jahil tentang segelintir pihak-pihak yang keras dan hitam hatinya. Apabila mereka diberikan tanggungjawab untuk mengumpul dana atau bantuan. Bantuan atau dana hilang separuh jalan. Bantuan tidak sampai kepada golongan sasar. Kita sebagai penderma atau penyumbang tentu sedih dan marah apabila mendengar berita ini. Walaupun, ganjaran kebaikkan atau kebajikan itu tetap akan dikurniakan oleh Allah kepada orang yang ikhlas hatinya (insyallah).

Namun, kita akan mula mempersoalkan apakah baiknya dan faedahnya saya menderma sekiranya tidak memberi kesan kepada golongan sasar. Dalam aspek ini teori klasik Kant dan kawan-kawannya mungkin tidak dapat diterima. Kant berpendapat" manusia lahir dengan tugas, dan manusia tidak boleh mempersoalkan tugas itu, dan melakukan perbuatan baik tanpa mengharapkan apa-apa balasan". Persoalan yang lebih dipentingkan ialah niat dan bukan kesan kepada perbuatan itu. Ini merupakan satu delema kepada penderma dan pencinta keamanan yang mahu melihat masyarakat dunia hidup dengan harmoni.

Persoalan lain yang mungkin timbul. Mungkin wang atau dana akan lebih mudah diselewengkan jika dibandingkan barang-barang keperluan. Oleh itu, kita mungkin boleh membuat kesimpulan supaya bantuan ini sampai kepada golongan sasar. Terdapat beberapa langkah yang boleh kita lakukan.
1) Pergi hantar sendiri ke tempat tragedi
2) Melalui badan yang bertauliah dan sah
3) Bantuan berbentuk barang-barang keperluan
4) Dana lebih kepada bantuan untuk jangka sederhana dan jangka panjang.

Kita telah belajar banyak perkara daripada tragedi Tsunami. Bukan tidak percaya tetapi kurang yakin ia sampai sepenuhnya kepada golongan sasar.


Di negara-negara yang menghadapi bencana, mereka diuji dengan kesakitan, kesedihan, perasaan kehilangan yang amat menguji tahap keimanan mereka. Jangan lupa, di negara kita, negara yang tidak pernah ditimpa dengan bencana seperti itu. Kita juga diuji dengan keikhlasan, keimanan, kesyukuran, dan semangat ukhuwah Islamiyah. Bencana ini adalah ujian untuk seluruh umat manusia. Menguji tahapan sentimen kamanusiaan dan nalai-nilai manusia itu sendiri. Jom kita menderma! Tabung Palestin, Tabung Yorgjarkarta dan etc.

No comments:

Pages


ShoutMix chat widget
 

Palomar