Wednesday, January 04, 2006

Tunjuk Pusat dan Getah Seluar Dalam.

Saya tertarik untuk membicarakan tentang etika pakaian dan fesyen pakaian dikalangan muda-mudi sekarang terutama orang-orang Melayu yang mengelarkan diri mereka Islam. Sebelum melanjutkan pandangan saya satu soalan yang harus dijawab secara jujur dan ikhlas. Adakah fesyen pakaian muda mudi yang kita temui atau nampak disekeliling kita sekarang sihat untuk masa depan negara kita?. Pada hemat saya terdapat satu kecenderungan yang amat besar bagi muda-mudi sekarang untuk berpakaian tidak sopan dengan fesyen yang dianggap terkini dan moden. Gejala yang amat menyakitkan/menjolok mata ialah pemakian baju yang menampakan pusat dan seluar yang menampakkan getah seluar dalam. Saya cenderung untuk fokus kepada perkara ini dahulu walaupun aspek lain juga berada dalam keadaan tenat dan nazak. Ini kerana pengaruh ini seakan-akan telah menjadi satu budaya yang sukar dikikis.

Gejala ini sekiranya tidak dibendung akan menjadi lebih serius dan apa yang lebih membimbangkan ia akan menjadi satu kebiasaan dan menjadikan masyarakat melihat sesuatu yang salah atau silap sebagai benar dan boleh (tiada masalah). Persepsi ini nampaknya mula wujud dan amat sedih sekiranya ia diterima oleh majoriti umat Islam. Saya tidak pasti sejauh mana peruntukan undang-undang yang ada boleh menyekat masalah ini. Namun tindakan JAWI, atau Majlis Agama Islam Negeri menahan mereka yang berpakaian tidak sopan seharusnya disokong oleh umat Islam. Ini kerana ia amat bertepatan dengan ajaran Islam.

Gejala yang terbit dari pengaruh negatif dan tentu sekali meniru fesyen-fesyen terkini yang diperagakan oleh model atau artis-artis luar atau tempatan. Pemakaian baju yang ketat menampakan pusat dan seluar yang dipakai dengan cara tidak sopan memberi petunjuk kepada kita bahawa sesuatu yang serius sedang berlaku dan langkah-langkah yang berkaitan harus diambil. Memang kita , tidak menolak kemajuan namun jangan biarkan kemajuan ini tidak melalaikan kita. Keperluan yang mendesak sekarang ialah untuk memberitahu masyarakat bahawa carok pemakaian berkenaan tidak boleh diterima oleh masyarakat Islam. Agak aneh dan menyedihkan melihat seorang gadis Melayu yang bertudung berseluar panjang ketat dan baju sendat apabila mengangkat tangan menampakan pusat dan apabila membongkok menampakkan getah dan bahagian atas seluar dalamnya. Ini memberi gambaran bahagian sekitar pinggang dan pusat tiada masalah orang nampak. Hal yang sama belaku kepada remaja lelaki yang memakai seluar panjang yang londeh dan sengaja menampakan getah seluar dalamnya. Dalam soal ini, saya berpendapat peranan ibu bapa amat penting. Elemen negatif boleh datang dengan pelbagai cara hingga ke bilik tidur kita melalui terutamanya melalui internet dan lain-lain media. Namun, kesedaran agama dari peringkat awal tentu menjadi penawar mujarab kepada masalah ini. Namun sekiranya “ayah kencing berdiri anak kencing berlari, cikgu hisap paip pelajar hisap candu”. Kesannya gelaja ini akan berlarutan.

Secara teorinya sesuatu yang meransang id tentu sekali akan menarik perhatian. Kalau kita mengikuti teori Freud, ego adalah lapisan yang telah diselaraskan antara id dan superego. Namun dalam keadaan kita sekarang. Nampaknya, lapisan id itu mula berkembang untuk menjadi ego dan menjadi kebiasaan dalam masyarakat Islam. Mungkin nasihat orang bijak pandai yang dipinjam oleh Mohamad Ali (peninju terkenal itu) kepada anak perempuannya, boleh menjelaskan tentang konsep sesuatu yang kita sayang dan cintai terutama apabila merujuk kepada kebebasan wanita. “ Permata / intan yang bernilai akan sentiasa dibaluti dengan kain yang suci bersih untuk memastikan ia tidak mudah rosak dan tahan lama”. Konsep ini amat sesuai dilihat oleh wanita-wanita Islam. Saranan menutup aurat adalah sesuatu yang amat mulia kerana ia memberikan taraf yang tersendiri kepada wanita berkenaan.

Dalam masyarakat Melaysia sekarang, majoriti peminat menyukai Siti Norhaliza kerana sopan santun dan cara pakaianya semasa menjadi model untuk mana-mana majalah atau akhbar. Walaupun dia tidak bertudung seperti Wahida dan lain-lain personaliti yang memilih untuk bertudung. Berdasarkan pengamatan saya sehingga sekarang, dapat dilihat artis yang memilih imej tidak sopan dan seksi tidak akan kekal lama. Mereka hanya akan bertahan seperti cendawan selepas hujan yang tumbuh dengan banyak kemudian akan layu dalam masa yang singkat dan menunggu untuk dipungut oleh pengemar-pengemar cendawan yang amat meminati cendawan yang muda dan manis.

Pendapat artis seksi yang diberikan dalam akhbar dan majalah hiburan seperti “saya memang macam ni, dari sekolah lagi dah macam ni, saya tak kisah orang kata saya seksi, lagipun masa muda ini lah kita nak pakai macam ni, bila dah tua berkedut takan nak pakai macam ni lagi”. Ini memberi pelbagai makna dan tafsiran. Antaranya pemahaman agama yang dangkal tentang Islam. Dan kesan yang paling buruk ia cuba menafikan kebiasaan dalam masyarakat dan memberi alasan individu yang cuba dijadikan alasan yang bersifat umum. Hal-hal sebegini dianggap kecil oleh masyarakat kita. Namun ia sebenarnya satu isu yang harus dicantas dari “rebung supaya ia tidak menjadi buku buluh yang akan menerbitkan duri-duri miang yang akan menjadikan masyarakat gatal dan tergaru-garu”. Hal yang lebih serius, pandangan dan kelakuan artis yang berfahaman dangkal ini pula dijadikan “idola, pujaan, kegilaan remaja dan muda mudi. Agak menyedihkan lagi apabila sebahagian ibu bapa tidak kisah sangat dengan budaya dan cara pemakaian anak-anak mereka yang dianggap up to date, fesyen sekarang ni! ape nak buat, semua orang pakai macam tu” dan lain-lain lagi.

Mungkin pada tahap awal ia adalah satu rumpun yang kecil dan berguna untuk sesetengah pihak namun harus diingat dengan hujan yang lebat, tanah yang pamah tiada penjaga kebun, rumpun-rumpun buluh ini akan cepat merebak keseluruh taman dan laman rumah kita. Racun-racun yang berbisa dan kuat harus digunakan untuk mengekang penularan elemen-elemen negatif ini.

Mungkin cerita rungutan isteri saya membuka mata saya tentang betapa susah dia hendak membeli baju-baju fesyen terkini yang menutup aurat. Dikebanyakan pasaraya di bandar-bandar besar di Malaysia sukar untuk ditemui fesyen yang menepati citarasa wanita Islam yang menutup aurat. Baju-baju yang singat, sendat banyak ditemui di sana memberi gambaran ia mempunyai permintaan yang tinggi. Sekali gus ia membudayakan pakaian berkenaan. Bagi mereka yang ingin berpakaian sopan sesuai dengan citarasa Melayu dan Islam terpaksa pergi ke kedai butik, kedai jahit untuk menempah pakaian atau ke gudang pakaian muslim. Namun sebagai negara demokrasi ini adalah hak individu tetapi bagi orang Islam, demokrasi bukan bermaksud bebas sebebasnya seperti di barat. Kita mesti senantisa mengaitkan kebebaskan kita dengan peraturan-peraturan dan tatatertib orang-orang Islam.

Oleh itu, apa yang perlu dilakukan?. Soalan itu harus dijawab dengan penuh rasa keinsafan dan gementar dihati seperti perasaan rakyat Indonesia yang sedang merasai gegaran gerak gempar sekarang. Saya berharap tulisan ini memberi manfaat pada diri saya dan semua orang yang membacanya.

7 comments:

Anonymous said...

Hidup Islam!!

hamka said...

benar, susuh doh cari wanita mulia...

damak09 said...

Emm, wanita mulia ada tetapi... di dalam bentuk baru. emm ni kena hurai lain kali.

Anonymous said...

memang susah kalau dah terlambat..
tapi saya rasa masih boleh dibentuk,cuma perlu gaya yg kreatif.bagi membentuk anak yg masih muda pula, saya rasa perlulah dimulakan dari ibu bapa. sebab inilah contoh terdekat... tapi jgn pula dijadikan alasan yg "mak saya pun pakai macam ni" atau "parents saya tak kata apa2, awak siapa nak tegur?" ....
tapi nasihat saya, jangan kita kutuk pula mereka yg berpakaian seksi ni,(bukan saya sokong)tapi..
apa kata kalau kita tegur dengan cara yang berhikmah..insya-Allah mereka akan berubah...^_^

damak09 said...

cara berhikmah itu.., maksudnya dengan cara bijaksana. Soal sekarang adakah sistem pendidikan kita tidak bijaksana atau tidak terlalu menekankan aspek ini. Ikon dan Idoa itu sendiri perlu diubah.. daripada Artis yang seksi kepada mrk yang murni

Anonymous said...

Ah, the land of the free!
You have the right to free speech as long as you speak English.
---
best regards, Greg

damak09 said...

bro.. you can translate this article using google translate. be free to think!

Pages


ShoutMix chat widget
 

Palomar